Saturday, December 7, 2013

Terima Kasih Allah



Seperti biasa, Izara, Airin, Alya dan Fara akan berehat di kantin. Dengan keriuhan orang membeli makanan di kantin membuatkan Alya hilang sabar. “Dahlah ramai orang. Tak reti nak beratur pulak tu. Hishh!” Geram Alya.
Izara dan Airin pula akan makan bekalan mereka. Bagi mereka makan makanan yang dimasak oleh ibu mereka lebih selamat lagipun jimat masa. Tak payah nak berebut-rebut nak beli makanan. “Zara, mana Fara ehh? Tak nampak pun dari tadi.” Tanya Airin seraya mulutnya mengunyah roti berintikan coklat yang dibekalnya.
“Ke mana lagi? Dating lah tu. Mentang-mentanglah dia tu cantik. Tak macam kita ni. Tak laku pun kalau orang bagi free.” Zara dengan selamba memuji rakannya dan memburuk-burukkan dirinya.
“Amboi, mulut kau takde insurans ye. Aku ni cantik lah. Cuma aku tak layan pelajar sekolah kita ni. Entah kaya ke tidak sukahati nak pikat aku. Mahu sebulan aku kebulur nanti kalau sukahati pilih je.” Airin ni boleh tahan jugak mulut dia dengan mulut mak aku. Dalam diam, Zara mengutuk Airin. Sudahlah si Airin tu syok sendiri.
Fara datang menghampiri mereka dengan langkah yang boleh dikira gedik lah. Cewah, kutuk kawan sendiri nampak! “Hai korang! Ni air milo untuk korang. Remy yang bagi.” Alya dengan selamba kataknya merampas minuman itu. Dengan muka yang berpeluh-peluh, dia meneguk habis setin air milo sejuk itu. Apa lagi! Putih mata lah kawan-kawannya.
“Alya! Fara bagi aku, bukan kau.” Geram dengan perangai Alya yang tidak senonoh itu, Zara mencubit lengan Alya.
Alya menahan kesakitan. “Aduh Zara, sakit ni. Boleh masuk wad sebulan dengan sengatan berbisa kau tu.” Zara melepaskan atas keprihatinannya melihat dahi Alya sudah berkerut-kerut menahan kesakitan yang dialaminya itu.
“Tu lah kau, siapa suruh kau minum air aku? Mati kehausanlah aku tengok kau minum air aku tau.”
“Aku haus sangat lah. Kena bersesak dengan orang ramai semata-mata nak beli sebungkus nasi lemak je. Apa lah malang nasib aku tadi kena langgar dengan orang lelaki yang tak berbudi bahasa langsung! Main redah je. Sudah lah air aku tumpah, boleh pulak dia pergi macam tu je.” Kata Alya dengan nada tidak puas hatinya.
Setelah berbual-bual sambil makan, mereka pulang ke kelas masing-masing apabila loceng menandakan waktu rehat telah tamat berbunyi.
*************************************************
Mana ummi ni? Kata nak ambil aku pukul 5 petang. Ini dah 5 setengah petang. Kawan-kawan semua dah balik. Ada pun orang yang aku tak kenal. Hish, bahaya ni. Tiba-tiba Alya ternampak seorang lelaki keluar dari pagar sekolah menuju ke pondok tempat menunggu, iaitu tempat Alya duduk.
Dia duduk berjauhan dengan Alya. Terlalu kusyuk membaca novel, tak perasan ada perempuan kat situ. Lelaki tu? Dia lah yang langgar aku masa rehat tadi! Tak boleh jadi ni. Aku mesti balas dendam. “Ehem.. Ehem..” Alya cuba mengambil perhatian lelaki itu.
Lelaki itu tidak sedar lansung. Sakit betul hati aku dengan lelaki ni! Baca novel tak ingat dunia. Ingatkan perempuan je yang suka baca novel. Aku pun baca novel tak ingat dunia. Hehe.. “Hoi!” Sergahan dari Alya membuatkan lelaki yang memakai cap itu tersedar di alam nyata lalu mendongakkan kepalanya memandang Alya. Seraya itu tangan Alya merampas novel dari tangan lelaki itu.
“Kau kan yang langgar aku masa rehat tadi kan sampai tumpah air aku?” Soalan terus menyerang lelaki itu. Alya ni nampak kelakian sikit bukan sebab apa, sebab adik-beradiknya semuanya lelaki. Hanya dirinya sahaja yang perempuan. Abangnya yang sulung yang bernama Firas Izzuedin sudah masuk universiti manakala adik-adiknya Faiz Irfan dan Faris Isfias masih sekolah rendah.
“Jadi awak ke yang saya langgar tadi? Saya minta maaf lah. Saya tak perasan. Saya sedar-sedar je tengok baju saya dah basah dengan air sirap awak tu. Sorry lah ye.” Lelaki itu meminta maaf. Memang benar dia tidak perasan. Entah bila air tu boleh tumpah kat baju dia? Dia sendiri tak tahu.
“Senang je awak minta maaf. Kalau tak sebab awak dah..” Tidak sempat Alya memarahinya, Puan Azira sudah datang.
Pon! Pon!
Hon kereta Alza milik Puan Azira berbunyi. “Nanti kita jumpa lagi kat lobi pagi esok. Pastikan kau datang! Lagi satu, buku kau ni aku pinjam.” Alya mencapai begnya lalu menuju kearah kereta Puan Azira.
Sorry sayang ummi lambat. Ummi banyak kerja tadi. Alya lapar ke? Kita nak makan kat kedai mana? Ummi bawakan ye.” Dengan lemah-lembut Puan Azira berkata.
Alya berkata, “Tak boleh ke ummi masak? Dah lama Alya tak rasa masakan ummi semenjak ummi naik pangkat.” Memang benar kata Alya, Puan Azira memang selalu mengajaknya makan luar semenjak dia naik pangkat menjadi pegawai. Hujung minggu pula, dia asyik dengan kertas kerjanya sampaikan tiada masa untuk diluangkan kepada anak-anaknya.
“Tak boleh lah Alya. Ok, kita ambik adik-adik kamu dulu lepas tu kita makan kat SCR okey?” Puan Azira cuba memujuk Alya.
Alya hanya mengangguk. Dia akur. Setelah mengambil adik-adiknya, mereka terus ke SCR. Puan Azira asyik sekali melayan panggilan telefon. Huh! Ummi ni kerja je yang dia ingat. Aku ni macam tunggul kayu dia buat.
Keesokan paginya, Alya menanti lelaki itu dengan penuh sabar. “Ish, lelaki ni memang nak kena. Sudahlah aku tak tahu kelas dia. Sekolah ni besar pulak tu. Mana lah aku nak cari dia ni.” Rungut Alya tidak berpuas hati.
Kelihatan Saffie Iqram melintas di hadapan Alya. Dengan pantas Alya menarik tangannya. “Kau kenal tak lelaki yang suka baca novel ni?” Tanya Alya tanpa rasa segan-silu. Ye lah tu tak malu tapi muka dah merona merah dah. Tak guna punya lelaki! Tak pasal-pasal aku yang malu hari ni. Jatuh maruah aku tau.
Saffie menggeleng. “Tak sangka perempuan tomboi macam kau pun ada pakwe yang suka baca novel ye. Haha..” Habis Alya digelak oleh Saffie dan rakan-rakannya.
Seharian mencari lelaki itu, Alya sudah penat dan akhirnya dia berputus asa. Novel ‘Awak Suka Saya Tak?’ disimpan di dalam begnya. Rasa kecewa ada, rasa marah pun ada. Semuanya bercampur aduk.
Setelah selesai SPM. Izara, Airin dan Fara memilih untuk menyambung pelajaran mereka ke luar negara memandangkan mereka semua sudah mendapat surat tawaran. Alya pula mengambil keputusan untuk tinggal di rumah menjaga adik-adiknya.
“Kak ngah, Faiz nak makan. Lapar lah!” Rungut Faiz. Selalunya Alya akan membeli di gerai berhampiran rumah untuk dimakan oleh mereka.
Alya yang sedang mengemop bilik adiknya terus menoleh. “Faiz, akak tengah mengemop ni. Faiz dah solat zuhur ke belum? Pergi solat dulu. Akak siapkan makanan lepas ni.”
“Tapi kak ngah, ustaz kat sekolah kata lebih baik kita makan sebelum solat. Nanti kita tak kusyuk asyik ingatkan makanan.” Pandainya adik aku cari alasan. Tapi betul jugak kata dia tu.
“Oklah. Akak pergi masak dulu. Nanti kalau dah siap akak panggil ye sayang?” Kata Alya dengan nada geram sambil mencubit pipi Faiz Irfan, anak ketiga dari empat adik-beradik itu yang berumur 8 tahun.
Faiz Irfan tersenyum comel menampakkan lesung pipitnya lalu memeluk kakaknya. “Terima kasih akak. Sayang akak!” Eleh.. Nak bodek lah tu.
Petang yang cerah itu, membuatkan Alya terfikir untuk berbasikal ke taman. Dia pun terus menukarkan pakaiannya kepada pakaian sukan dan memakai tudung. “Faiz, Faris, nak ikut akak pergi taman tak? Kalau nak ikut, cepat siap.”
Cepat sahaja mereka mengambil kasut di rak lalu memakainya. Mereka memang suka aktiviti sebegini. “Akak, Faris nak tumpang basikal akak ye.” Alya hanya mengangguk. Faris Isfias, yang masih berumur 6 tahun itu tidak pandai berbasikal. Dia hanya pandai berbasikal tayar empat sahaja.
Mereka pun mengayuh basikal perlahan ke taman.
***********************
Arash yang sedang mengayuh basikal di taman memerhatikan gerak-geri seorang perempuan yang cukup sempurna dari pandangannya. Dia memberhentikan basikalnya. “Rash, are you okay? Siapa yang you tengok tu?” Kata perempuan di sebelah Arash, Asha Nasrin, bakal tunangnya merangkap kekasihnya.
“Hah? Sorry, saya tak dengar apa yang awak kata? Boleh ulang lagi sekali?” Tanya Arash dengan muka blur nya. Dia memang tidak dengar apa yang dikatakan oleh Asha kerana dia asyik sekali memandang Alya dan adik-adiknya.
Asha mencebik, “You ni kan? I bercakap dengan you boleh pulak you termenung. Tak suka tau!” Asha mencubit lengan Arash.
Nampak manja je pasangan tu. Siap cubit-cubit lengan lagi. Kan best kalau aku pun ada kekasih macam tu. Alya memandang Arash tanpa Arash sedari. “Kalau awak tak suka saya, tolonglah pergi sekarang. Saya tak kisah pun. Menyemak saya nak berbasikal je.” Marah Arash tetapi dengan nada yang sederhana. Bunyi marah tak ada, bunyi terlebih lembut pun tak ada.
“Ala.. You ni. Jangan lah marah. I gurau je. Jom kita pergi makan. I lapar lah.” Kata Asha dengan muka yang tidak tahu malunya.
“Awak pergi lah makan. Saya tak lapar. Terima kasih atas pelawaan awak tu.” Kata Arash selamba. Tidak memikirkan perasaan Asha apabila ditolak.
Asha tersenyum. “Ok lah. Takpe. I nak pergi makan dulu. Take care k. Sayang you.” Arash menolak Asha daripada memeluknya.
“Kalau awak nak makan, pergi lah makan. Tak perlu nak peluk-peluk orang lah. Geli tahu tak!” Mahu sahaja Arash mengamuk di hadapan khayalak ramai tetapi memikirkan maruah gadis itu, dia bersabar sahaja dengan perangai tidak senonoh gadis itu.
“Ok lah.” Asha pergi dengan perasaan tidak puas hatinya.
Alamak! Mana perempuan tu pergi? Aku dah hilang jejak dia! Ish, ini semua salah Asha!! Amuk Arash dalam hati. “Ehem.. Ehem.. Jejaka di hadapan, tolong alihkan basikal awak tu. Kita orang nak lalu.” Arash menoleh. Inilah perempuan tadi tu.
Sorry. Tak perasanlah. Dari tadi saya perhatikan korang. Yang ni adik awak ke? Comel lah.” Amboi,  selamba je mamat ni cubit pipi tembam adik aku. Geram betul lah!
“Abang, sakitlah!” Kata Faris. Dia menunjukkan muka marahnya yang nampak kelakar itu.
 “Ye, ini adik saya. Siapa nama awak? Boleh saya tahu?” Dah ada peluang ni, berkenalan je lah. Lagipun aku rasa lelaki ni mesti belum kahwin punya. Kalau setakat tunang ke, ada peluang lah aku nak pikat dia. He he…
“Oh ye. Lupa nak perkenalkan, nama saya Muhammad Nazirul Arash. Umur saya 18 tahun. Awak pulak? Alya kan?” Kata Arash. Kenapa aku rasa macam pernah tengok je perempuan ni ye. Hah! Baru aku teringat, ini lah perempuan yang aku jumpa dekat sekolah menengah dulu. Dulu garang, sekarang ni ayu lah pulak!
“Ye. Saya Alya. Nur Alya Nazirah. Mana awak tahu nama saya? Kita pernah jumpa ke sebelum ni?” Alya tertanya-tanya.
Arash tersenyum. Nampaknya Alya dah berubah. Mungkin dia tak ingat aku lagi kot. “Awak tak ingat saya ke? Sayalah. Lelaki yang dah langgar awak lepas tu awak pinjam novel saya. Takkan tak ingat kot.”
“Oh.. Baru saya ingat tapi novel awak tu saya dah terhilangkan. Huurrm… Maafkan saya.” Serba salah Alya dibuatnya.
Arash mengangguk. “Takpe lah. Lagipun kebetulan masa awak rampas tu saya dah habis baca.Hurrm, saya ada tengok video awak dalam youtube. Suara awak perfect sangat. Suka saya dengar tapi kenapa dah lama tak upload ye?”
“Semua ahli band saya dah sambung belajar. Tinggal saya sorang lah. Kenapa tak habis SPM baru pindah? Awak pindah ke mana? Kenapa awak pindah? Apa sebabnya? Saya rin..” Ayat Alya tergantung. Aduh, malunya kalau terkantoi. Lelaki ni lah yang buatkan hati aku sakit kerana rindukan dia. Walaupun baru bertembung sehari tetapi aku dah jatuh cinta dengan dia.
Rin apa? Luahkan apa yang kau rasa, Irah! Luahkan yang kau pun rindukan aku jugak. Tidaklah aku menanggung kesakitan ini sendirian selama ini. “Amboi. Banyaknya soalan. Biar saya jawab satu persatu ye. Saya tak sempat nak ucap selamat tinggal kat awak sebab saya berpindah secara mengejut. Saya pindah ke London sebab ibu dan ayah saya bercerai dan ibu saya telah membawa saya ke London bersamanya.”
“Oh, jadi selama ni awak tinggal di London lah?” Tanya Alya.
“Kak ngah, jomlah balik.” Ajak Faiz yang sudah lama menanti kakaknya yang syok sangat berbual.
“Faiz dengan Faris jalan dulu. Irash, boleh minta nombor telefon tak? Nanti kita berbual dalam telefon lah k.” Setelah bertukar-tukar nombor, Alya pun pulang ke rumah bersama adik-adiknya.
Malam itu, Alya memasak makan malam buat mereka semua. Faiz dan Faris disuruh oleh Alya mandi. Alya pula sudah terlebih awal mandi. Setelah menghidangkan makanan, Alya duduk keletihan di ruang makan.
Jujurlah sayang
Aku tak mengapa
Biar semua
Jelas tak berbeda
Terdengar deringan telefon bimbit Samsung milik Alya. Alya segera ke ruang tamu untuk mengangkat panggilan itu. Terpapar nama ummi di skrin telefonnya. “Assalamualaikum ummi.” Kata Alya sebelum memulakan perbualan.
“Waalaikummussalam. Alya, ummi dengan abah tak dapat balik malam ni. Kita orang kena pergi mesyuarat jauh. Sekarang ni ummi dalam perjalanan pergi ke sana.” Terang Puan Azira.
“Habis ummi? Siapa nak makan Alya masak? Adik-adik bukannya makan banyak pun. Nanti membazir kalau buang.” Alya memang tidak suka sifat pembaziran.
Puan Alya menjawab, “Lepas ni kamu ada tetamu istimewa. Tunggu je. Ummi pasti dia akan makan semua makanan kamu tu. Get ready okey? Selamat malam sayang. Assalamualaikum. Jaga diri tau.”
“Ummi, tetamu tu lelaki ke perempuan?”
“Tengok jelah nanti. Yang penting dia tu mahram dengan Alya. Okey, Assalamualaikum sayang.” Kata Puan Azira.
“Waalaikummussalam ummi. Ummi jaga diri tau.”  Kata Alya membalas salam Puan Azira.
“InsyaAllah.”
Alya menyuruh adik-adiknya menanti tetamu di ruang tamu dahulu sambil menonton televisyen. Dia pula membuat air oren di dapur. Tiba-tiba adiknya, Faris Isfias datang. “Akak, ada orang datang.” Kata Faris sambil menarik-narik seluar Alya sebagai isyarat mengajak kakaknya pergi menjeguk.
“Assalamualaikum.” Suara seorang lelaki memberi salam.
“Abang Firas!” Dengan perasaan gembira, Alya terus memeluk abangnya. Sudah lama dia tidak berjumpa. Firas Izzuedin, abang sulungnya yang sudah lama berada di Jordan untuk belajar di sana.
“Amboi adik abang sorang ni, dah lama abang tak jumpa. Makin cantik abang tengok. Rambut pun dah panjang. Tak macam adik abang yang dulu, asyik gunting rambut. Macam-macam alasan yang Alya bagi bila ummi suruh simpan rambut kan.” Firas mengungkit kisah silam Alya.
“Ala, abang Fir ni tak best langsung. Suka ungkit kisah yang dah lama tu. Abang Fir apa kurangnya. Hensem, macho dan.. menggoda. Hehe..” Gurau Alya.
“Eleh Alya ni. Nak bodek abang lah tu kan. Mesti nak ajak abang keluar esok kan?” Kata Firas.
“Yelah bang lagipun dah lama sangat Alya tak keluar dengan abang. Eh, jomlah makan.” Kata Alya dengan sengihan.
Pada waktu yang sama di rumah Arash. “Aku tak suka kalau anak aku keluar malam tak tentu hala! Korang faham ke tidak!?” Tanya Dato Imran, ayah tiri Arash dengan perasaan amarahnya. Arash yang mendengar dari bilik tahu sahaja yang setiap malam adik-adiknya pasti dimarahi. Kesian mendengar suara adiknya merayu supaya ayahnya berhenti memukul mereka menggunakan tali pinggang.
Kenapa ayah tak faham? Aku dan adik perlu makan! Aku suruh adik belajar untuk kepentingan masa depan dia tapi ayah tak pernah mempedulikan masa depan kami. Ibu pulak tak habis-habis nak berfoya-foya. Mata aku dah sakit memandang ibuku yang setiap hari sahaja membawa lelaki ke rumah.
Tok! Tok! Tok!
Pintu diketuk dari luar. Arash mengesat air matanya yang menitis. Pintu bilik Arash dikuak dari luar. Abang Arash, Nazirul Mubin seringkali melihat Arash menangis. “Arash, sudah-sudah lah tu menangis.” Pujuk Mubin. Dia tahu yang adiknya itu tidak boleh dikasari. Dia senang mengalirkan air mata. Hidup adiknya sepi dan hanya dipenuhi dengan dunia buku.
“Abang Ir, Arash nak lari dari kehidupan yang macam ni. Arash nak hidup Arash bahagia. Arash nak lari dari rumah. Lebih baik Arash ikut abi. Memang betul kata abi. Memang salah ibu yang membuatkan mereka berpisah. Abang, Arash tahu abang ada alamat rumah abi kan? Arash minta tolong dengan abang sekali ni je dan Arash janji bila Arash dah berjaya nanti Arash akan datang balik untuk bawa abang dan adik-adik duduk dengan Arash di rumah yang lebih selamat.” Dengan bersemangat Arash melafazkan kata-katanya.
Mubin mengangguk. “Abang boleh tolong kamu. Kamu nak lari malam ni pun boleh. Abang tak kisah tapi yang penting, kamu simpan semua barang keperluan kamu terutamanya telefon bimbit sebab abang nak hubungi kamu. Nanti abang sms kamu.” Mubin cuba membantu adiknya.
Arash lebih bersemangat kerana kali ini abangnya dapat membantunya. Arash hanya membawa motosikal yang dibeli menggunakan wang tabungannya untuk pergi ke rumah abinya. Malam itu, Mubin dengan licik sekali memberikan minuman yang bercampur dengan ubat tidur kepada pengawal di pondok itu supaya Arash senang melepaskan diri.
Arash tidur di hotel untuk semalam menggunakan kad kredit pemberian ayah tirinya yang hanya enam ratus. Cukuplah untuk tidur di situ serta sarapan untuk sehari. Arash duduk di balkoni melihat kedai-kedai yang berada di situ. Terasa senang hatinya kerana tiada bunyi yang membingitkan telinganya.
Arash tidak menghubungi adik-adiknya kerana takut dia akan dijejak oleh Dato Imran. Arash masuk ke dalam hotel kembali apabila melihat jam sudah menunjukkan pukul 9 malam.
Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya raut seperti dulu
Bila dicemar air mata
Telefon bimbit Arash berdering. Tertulis nombor yang dia tidak kenali dipaparkan di skrin telefonnya. Dia segera mengangkat. “Assalamualaikum.” Suara seorang lelaki kedengaran.
“Siapa ni?” Tanya Arash.
“Arash, ni abi.”
“Abi? Abi, Arash nak duduk dengan abi. Arash rindukan abi!” Dengan gembira sekali Arash berkata. Dia sudah lama tidak berjumpa dengan abinya. Berhubung menggunakan telefon pun jarang sekali. Kira setahun sekali sahaja. Itupun abinya asyik bertukar nombor telefon.
“Abi tahu Arash. Esok abi ambik kamu. Kamu duduk kat hotel abi. Sebab tu abi tahu nombor telefon kamu.” Kata Encik Fadzil dengan gelak kecil.
Arash juga tergelak. Tak sangka boleh kebetulan pulak padahal jauh dah dia cari hotel dan terjumpa hotel tu.
***********************************
“Aku terima nikahnya Nur Alya Nazirah Binti Mohammad Irwan dengan mas kahwin yang tersebut.” Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja Alya sudah menjadi isteri atau makmum kepada Muhammad Nazirul Arash.
Dengan keizinan Allah, majlis perkahwinan Arash dan Alya berjalan dengan lancar. Arash dan Alya duduk keletihan di dalam bilik. Mereka bagaikan tidak percaya yang mereka sudah bergelar suami isteri. “Awak, jom kita buka hadiah pulak.” Ajak Alya.
Arash mengangguk sambil menjawab, “Kita nak buka yang mana dulu ni?” Tanya Arash. Dia duduk berhampiran dengan isterinya. Alya pula masih dalam keadaan tidak selesa. Yelah, mana pernah dia duduk dekat macam ni dengan lelaki lain.
Ya Allah, jantung aku ni tak habis-habis nak dup dap dup dap je. Hish, kacau daun betul lah! “Ermm, kita buka yang ummi dengan abi bagi dulu lah.” Kata Alya memberi cadangan.
“Ok sayang. Jom!” Arash dengan berhati-hati membuka balutan hadiah yang terdapat gambar hati itu. Alahai, suami aku ni dah macam Irul dalam novel suamiku pemalu lah pulak. Bezanya cuma Irul tu pemalu. Kata hati Alya sambil memerhatikan gelagat suaminya.
Merona merah pipi Alya memandang hadiah yang dipegang oleh Arash. Aduh, menyesal aku suruh Arash buka hadiah ummi ni. Kalau aku pakai baju ni, mesti nampak betis aku. Huhu.. Mana aku nak letak muka aku ni? “Kalau sayang pakai baju ni malam esok boleh tak?” Permintaan yang membuatkan Alya terkejut sangat-sangat tu.
“Ala, awak ni. Kita kat rumah ummi. Mana boleh saya buka aurat saya depan abang awak lagipun abang awak duduk kat sini seminggu.” Kata Alya memberi alasan yang munasabah.
Arash baru teringat. “Ye tak ye jugak kan? Oklah kalau macam tu abang nak minta permintaan yang lain lah. Boleh?” Tanya Arash sambil tersenyum nakal.
Gila nakal suami aku ni! Glup! Bertambah seram aku nak duduk sebilik dengan dia. Ahh! Mana boleh! Dia suami kau Alya. “Kalau Alya boleh bagi Alya bagi. Apa dia?” Tanya Alya. Janganlah minta yang bukan-bukan sudah lah.
Please jangan guna saya awak dengan suami sayang sendiri. Alya panggil Arash abang mulai sekarang. Okey, abang nak dengar. Cuba k.” Pujuk Arash.
Alya mencuba. “Ok a..a..bang.” Tergagap-gagap Alya menjawab.
“Kalau sayang tak panggil Arash abang, abang cium sayang nanti.” Ugut Arash.
“Ok..Ok.. Jomlah kita tidur.” Alya mengalah. Nasib baik dia dah solat awal tadi sebelum masuk bilik. Sekarang dia dah mengantuk.
“Ok. Good night sayang. Love you.” Ucap Arash sebelum tidur. Alya tidur di dalam pelukan suaminya. Nyenyak sekali dia tidur.
Keesokan pagi, Alya bangun untuk solat subuh. Suaminya sudah menghilang entah kemana. Usai solat, dia membuat sarapan bersama keluarganya sambil menanti suaminya. Ceria sungguh dia pagi ini. Maklumlah, pengantin baru. Mereka sekeluarga masih dalam sesi mengemas rumah.
Hari sudah petang, Arash masih belum pulang. Alya fikir mungkin suaminya pergi bekerja tetapi kalau ye pun balas lah mesej nya. Buat dia risau je tau.
***************************************
Arash dan Alya sudah berpindah rumah setelah dua bulan berkahwin. Alya mengesyaki ada sesuatu yang suaminya sembunyikan daripadanya. Arash sering keluar sebelum subuh dan pulang lewat malam. Tengahari itu, Alya menonton televisyen seorang diri. Bosan sungguh dia keseorangan di rumah.
Tiba-tiba Arash muncul di hadapannya dengan wajah yang ceria. “Sorry sayang. Abang banyak kerja. Tak ada masa untuk sayang. I’m so sorry k. Harap sayang maafkan.” Kata Arash sambil menghulurkan coklat Cadbury kepada Alya.
Alya langsung tidak terasa hati sebenarnya tetapi dia sedar perubahan suaminya. Arash bukannya sibuk tetapi cuba mengelak daripada Alya sahaja kerana tidak mahu terkantoi dengan isterinya tentang sesuatu perkara yang mungkin akan menyebabkan Alya membencinya.
Sekarang dia sudah bersedia jika Alya menanyakan hal itu. Dia mahu berterus-terang. Alya tersenyum gembira. “Takpe, Alya faham kerja abang.”
Malam itu, Alya duduk membaca novel di sofa ruang tamunya. Arash pula sedang sibuk di dapur. Semenjak dia dan Alya tinggal serumah, Arash rajin memasak buat mereka berdua. “Sayang! Jom makan!” Jerit Arash dari dapur seraya tangannya menyusun kemas pinggan mangkuk berisi lauk-pauk.
Dia memang pandai memasak kerana di London, dia seringkali memasak untuk keluarganya kerana seluruh keluarganya akan pulang malam dan hanya dia dan adiknya sahaja di rumah. Alya datang lalu terus memeluk pinggang Arash dari belakang. “Wah, sedap-sedap makanan malam ni. Thanks abang.” Kata Alya dengan ikhlas.
Gila tak sedap! Butter prawn, ayam masak kicap, sup cendawan berserta pencuci mulut iaitu agar-agar juga disediakan. Tak lupa juga nasi. He he.. Kalau takde nasi, mana lengkap makanan ni.
“Sama-sama sayang. Kalau sedap silalah makan tuan puteri.” Kata Arash lalu menarik kerusi untuk isteri tersayangnya duduk. Jarang sekali Arash memberi layanan sebegitu semenjak mereka duduk rumah berdua.
Alya makan penuh berselera. Maklum lah, lama tak makan butter prawn yang sedap itu. Arash tersenyum sendiri melihat gelagat isterinya makan. Macam comel je.. Macam comel je.. He he he.. Mestilah comel. Bini siapa? Bini aku lah. Arash melayan perasaan sendiri.
Selesai makan, Arash menanti Alya untuk menonton cerita korea bersamanya pada malam itu di bilik. Sambil menanti Alya, Arash berfikir, ‘Macam mana kalau Alya tahu yang aku ni bukan lelaki yang baik seperti yang dia sangkakan? Aku tak sanggup tengok dia membenci aku! Ahh! Aku tak boleh bayangkan aku hidup tanpa dia!!’ Arash sengsara di dalam hati.
Cup!
Arash sedikit terkejut dengan ciuman di pipinya. “Sayang ni suka buat abang terkejut tau.” Kata Arash dengan suara sedikit manja gitu.
“Abang tu yang mengelamun. Sayang dah panggil dah tapi abang tak dengar. Sayang cium lah. He he..” Kata Alya dengan sengihan.
 Arash tersenyum. “Abang.. Jom solat berjemaah. Waktu isyak dah masuk dah.” Ajak Alya. Lunak saja suaranya. Cukup mempukaukan suaminya. Depan orang lain Alya tidak berani buat sebegitu tetapi depan suaminya senang sahaja.
Arash menelan liurnya. Terasa pahit tekaknya. Patutkah aku berterus-terang? “Abang.. Abang.. Abang tak boleh solat. Abang tak pandai.” Terus terang Arash berkata. Tiada rasa malu tetapi rasa takut. Takut Alya tidak boleh terima kekurangannya.
Alya sedikit terkejut. Tidak sangka suaminya selama ini tidak solat. Dia sangkakan suaminya ke masjid untuk solat subuh setiap pagi. “I’m sorry..” Kata Arash terus memeluk isterinya lalu mengalir air matanya yang sudah tidak dapat ditahan.
Alya jadi sebak. “Abang, abang tak perlu minta maaf dengan Alya. Abang patut minta maaf dengan Allah. Sekurang-kurangnya abang dah sedar kan?” Alya meleraikan pelukannya sambil merenung anak mata Arash.
“Abang nak minta tolong sayang untuk ajarkan abang untuk kembali kepada jalan yang benar dan abang harap sayang terima kekurangan abang.” Kata Arash. Alya mengesat air mata Arash lalu mengangguk.
Perkara pertama yang Alya ajarkan ialah menghafaz bacaan dalam solat. Bersungguh-sungguh Arash belajar darinya. Alhamdulillah, berkat pertolongan Alya, Arash menghafal kesemua bacaan dalam solat. Itulah kelebihan Arash iaitu dapat menghafal dengan cepat.
Selesai solat Isyak, Arash memberitahu abinya bahawa dia mengambil cuti untuk dua hari. Dia mahu belajar lebih mendalam tentang ISLAM. Arash terlena setelah selesai menelefon abinya.
Misi kedua Alya iaitu mengejutkan Arash bangun subuh. Liat sungguh Arash mahu bangun. Beberapa kali Alya mengejutkan Arash tetapi Arash langsung tidak memberi respons. Tidur mati ke apa? Terdengar dengkuran halus Arash kedengaran. Alya mencari jalan untuk membangunkan Arash. Pelik! Selalunya bangun awal dapat pulak.  
Tiada jalan lain. Alya mengangkut sebaldi air lalu menyimbah ke muka Arash kerana dengan renjisan air yang dilakukan oleh Alya tidak berjaya. Arash masih lena dibuai mimpi dalam keadaan dirinya basah. Siap boleh tarik selimut untuk tutup badannya pulak tu.
Walaupun tidak sampai hati mahu mengejutkan suaminya tetapi itu diketepikan. Dia mahu suaminya mengerjakan suruhan-Nya terlebih dahulu. Alya mencium pipi suaminya perlahan. Arash terjaga akhirnya. Wajahnya yang merona merah tidak dapat disembunyikan lagi. “Sayang.. Suka tau buat abang macam ni.” Kata Arash manja lalu menekup mukanya dengan bantal.
Alya, He is so cute. Puji Alya dalam hati. Alya ketawa kecil. “Buat macam mana pulak? Alya mana ada buat apa-apa kat abang.” Kata Alya. Sebenarnya dia juga agak malu kerana sudah terkantoi dengan suaminya. Keinginannya memang tidak dapat ditolak tadi. He he.. Ye ke?
“Sayang ni.. Sampai hati tau buat abang kesejukan. Sudahlah suhu air-cond tu sejuk sangat, mahu demam abang sebulan tau.” Kata Arash. Rupa-rupanya Arash mahu cover line yang dia ni sebenarnya malu menyebabkan dia menggunakan alasan sejuk.
Alya tersenyum lega. “Abang demam takpe. Alya boleh jagakan. Dah, sekarang ni abang pergi mandi, ambik wuduk dan solat terus. Takut masa subuh habis nanti.”
“Ok sayang.” Kata Arash lalu segera ke tandas dengan badan yang masih basah kuyup.
************************************
Tiba-tiba loceng rumah berbunyi. Alya segera membuka pintu. Seorang perempuan berdiri di luar rumah itu dengan pakaian tidak cukup kainnya itu. Alya seperti kenal perempuan itu tetapi dia masih belum ingat. “Hai Alya. I nak cakap sesuatu dengan You.” Baru Alya ingat, inilah bakal tunang Arash dahulu, Asha Nasrin.
“Masuklah.” Jemput Alya lalu memberi laluan untuk Asha duduk di sofa di ruang tamu.
Otak Alya penuh dengan tanda tanya. Kenapa dia datang ke sini? Nak cari masalah ke? “Ada apa awak datang ke sini?”
For your information, I’m your husband’s ex-girlfriend.” Eleh, nak speaking lah sangat. Main redah je tu. Cewah, sekurang-kurangnya boleh difahami jugak.
Alya buat derk. Cakap jelah apa yang kau nak? Aku dah tahu dah yang tu. “So?” Alya buat muka tidak berminat dengan kata-kata Asha tetapi telinganya masih setia dipasang terhadap Asha walaupun matanya asyik memandang majalah hiburan.
“Dia dah buat I mengandung and I nak You izinkan dia menikahi I dan You pujuk dia supaya bertanggungjawab atas anak ini.” Kata Asha dengan senyuman sinis. Harapannya supaya Alya mempercayai kata-katanya.
“Aku takkan percayakan kata-kata kau lah.” Kata Alya dengan selamba tetapi di dalam hatinya hanya Allah yang tahu. Dia sungguh kecewa jika suaminya melakukan perkara terkutuk itu dan dia berharap agar suaminya tidak seperti apa yang dikatakan oleh Asha itu.
Asha masih dengan senyuman sinisnya. “Aku ada bukti. Semuanya ada pada cd ini.” Dengan beraninya Asha menyatakan. Dia sudah tukarkan I-You kepada aku-kau dengan Alya kerana dia merasakan panggilan itu lebih sesuai buat Alya. Langsung tidak menyesal apa yang dilakukan itu telah mencemarkan maruah keluarganya sendiri. Anak itu juga mungkin akan digelar ‘anak luar nikah’ jika dia benar-benar mengandung.
Glup! Jantung Alya berdebar-debar. “Aku nak balik dulu. Kalau kau dah ada keputusan, call aku. Aku rasa kau ada nombor telefon aku.” Selamba sahaja Asha keluar dari rumah mewah itu. Perempuan macam dia tak layak duduk rumah sebesar ini. Geram Asha dalam hati. Takut juga jika rumah itu ada cctv ke? Kan susah.
Alya segera memasang cd itu. Memang benar! Di hadapan matanya segalanya telah terbukti yang suaminya telah melakukan semua itu. Mengalir deras air mata Alya. Dia terus memberhentikan rakaman video itu. Dia sudah tidak sanggup. Segera Alya menyimpan kembali cd itu.
Petang itu Alya tidak tenang. Dia terus sahaja mengemas barangnya. Arash yang baru pulang dari masjid untuk solat isyak agak terkejut. “Sayang nak pergi mana ni? Nak ajak abang pergi bercuti ke?” Tanya Arash dengan senyuman.
“Tak! Alya nak tinggalkan rumah ni. Tolong jangan ganggu hidup Alya lagi dan Alya nak abang kahwin dengan Asha.” Kata Alya. Sungguh dia tidak mahu menatap wajah suaminya pada ketika itu. Dia tidak sanggup kehilangan suaminya tetapi dia juga tidak sanggup untuk melukakan hatinya sendiri.
“Apa Alya cakap ni? Abang tak faham. Sayang please.. Abang betul-betul tak faham. Kenapa Alya nak tinggalkan abang?” Tanya Arash. Dia amat tidak mengerti dan apa kena-mengena Asha dengan rumah tangga mereka.
“Hentikan lakonan abang tu dan bertanggungjawab dengan apa yang abang telah lakukan terhadap Asha. Abang nak buat apa-apa lepas ni Alya dah tak kisah. Sebelum Alya pergi, Alya harap abang halalkan segala makan minum Alya selama ni.” Kata Alya lalu berlalu pergi dengan kereta Vios nya.
Arash terduduk. Ya Allah, kau tabahkanlah hatiku untuk menghadapi ujian-Mu ya Allah. Arash akui dirinya adalah insan yang lemah. Dia terlihat sampul surat yang tidak pernah dilihatnya. Terngiang kata-kata Asha ketika dia terjumpa Asha ketika membeli barang dapur dahulu. “Aku akan pastikan kau menderita Arash! Sorang demi sorang orang yang kau sayang akan bencikan kau!!”
Segera Arash memasang cd itu. Dia terkejut melihat dirinya di dalam video itu. Sungguh dia tidak melakukan perkara terkutuk itu. Ya Allah.. Dia tidak sangka Asha sekejam itu. Arash terus mengambil beberapa helai bajunya lalu terus memandu laju keretanya ke mana sahaja asalkan Alya dijumpainya.
Lagu yang dipasang diradio bagaikan mengerti kesedihan yang dialaminya. Lagu nyanyian Forteen iaitu Kita.
Kau renunglah wajahku
Di manakah hilangnya
Raut seperti dulu
Bila dicemar air mata
Ku tak mahu berpisah
Kerana hati masih sayang
Pada dirimu
Tapi harapan makin kabur
Radio ditutup. Arash melayan perasaannya sendiri. Semakin laju dia memandu. Dia tidak tahu ke mana arah yang mahu ditujunya. Dia menelefon ibu mentuanya, “Assalamualaikum Ummi. Alya ada di rumah tak?” Tanya Arash dengan suara yang serak-serak basah akibat menangis.
“Takde pulak tapi Alya ada cakap yang dia nak pergi jauh dari sini. Itu je.” Kata Puan Azira. Tiada niat dia hendak menipu Arash tetapi dia mahu Alya mencari ketenangan dahulu. Alya sudah memberitahunya segalanya. Walaupun sudah dipujuk, Alya masih percayakan cd yang dilihatnya tadi. Puan Azira pula tidak tahu mana kebenarannya dan akhirnya dia mengalah dan mencadangkan supaya Alya menenangkan fikirannya. Dia sudah mengatur tiket buat Alya.
“Terima kasih ummi. Kalau ada berita apa-apa tolong bagitahu Arash ye. Assalamualaikum.” Setelah Puan Azira menjawab salam, Arash terus mematikan talian. Arash masih belum berputus asa. Dia mula memecut kereta Lancer merahnya ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
Arash cuba mencari Alya di seluruh tempat itu tetapi dia terasa kepalanya berpusing. Dia terus pengsan di situ.
Arash terjaga. Walaupun kepalanya terasa berat, dia gagahi jua untuk mengerjakan suruhan-Nya. Usai solat, pintu dikuak dari luar. “Arash, jom makan.” Ajak Puan Azira.
Arash hanya mengangguk. Hatinya sedikit tenang setelah solat Maghrib. Arash mengikut Puan Azira ke ruang makan. Setelah makan malam, Arash meluangkan masanya bermain dengan adik-adik Alya. Walaupun hatinya terasa bimbang akan Alya, dia tidak mahu adik-adiknya turut sedih jika melihatnya menangis.
Usai solat isyak, Arash terus tidur.
******************************
Alya merasa lebih tenang di Sarawak. Pandai sungguh Puan Azira memilih tempat buatnya. Damai Beach menjadi tempat Alya mencari ketenangan. Melihat ombak yang deras dari balkoni biliknya membuatkan hatinya tergerak untuk ke sana.
Alya terus turun dengan pakaian yang agak santai. Ketika Alya sedang duduk di bangku melihat keindahan ciptaan Allah, tiba-tiba dia merasa bagai ada seseorang memanggilnya. Alya segera menoleh, “Arash..” Alya menjadi sebak. Betul ke apa yang aku nampak ni?
“Alya, abang tahu Alya percayakan abang kan. Please sayang jangan buat abang macam ni.” Sanggup Arash ke Sarawak semata-mata mencari isterinya. Arash memeluk isterinya. Dia mendapat tahu dari Puan Azira. Puan Azira percaya yang Arash tidak menipu dan semuanya terbukti setelah mengetahui yang sebenarnya video itu telah diubah.
Sekarang Asha sudah ditangkap kerana telah terlibat dengan kes khalwat dan dadah. Alya berkata, “Alya minta maaf sebab tak percayakan abang. Alya berdosa dengan abang. Abang maafkan Alya ye?” Kata Alya dengan serba salah.
“Abang maafkan Alya.” Kata Arash lalu meleraikan pelukannya.
Akhirnya, tempat yang dirancang untuk mencari ketenangan itu telah menjadi tempat untuk Alya dan Arash berbulan madu. Terima Kasih Allah kerana telah mengirimkan insan yang bernama Nur Alya Nazirah untuk membantuku ke arah jalan yang benar.


No comments:

Post a Comment