Tuesday, November 27, 2012

Ganasnya Isteriku


Daniel menuju kearah kantin sekolah. Seperti biasa, Daniel akan membeli makanan kegemarannya. Nasi lemak.
“Ibu, macam biasa ye.” Aku memberitahu Makcik Ana iaitu pekerja di kantin sekolah. Dia adalah ibu angkatku.
“Ok, nah.” Makcik Ana memberikan aku setin air milo dan sebungkus nasi lemak.
Aku makan bersama rakan-rakanku. “Dean, kau bekal apa hari ni?” Tanyaku sambil membuka bungkusan nasi lemak.
“Aku bawa nasi goreng je.” Dean berkata kepada Daniel sambil melihat rakan-rakanku yang lain.
“Kau pergi mana tadi Dan?” Tanya Ahzam iaitu rakan baik aku.
“Aku pergi beli makananlah dan aku jugak kacau awek.” Kataku sambil tersengih-sengih.
“Kau ni tak berubah-rubah lagi ke?” Tanya sepupuku Harraz Shafi.
Aku mengelamun mengimbas kejadian tadi.
“Hai cik adik manis, minta air ye.” Aku terus meneguk air yang dipegang oleh perempuan itu tadi.
Perempuan itu terkebil-kebil melihatku sambil terganga mulutnya. “Apa? Awak habiskan air saya sampai setengah?” Kata perempuan yang comel itu kepadaku setelah aku mengembalikan airnya.
“Awak buta ke? Awak sendiri dah tahu yang air tu dah sampai setengah, buat-buat tanya pulak.” Aku memang suka bergaduh dengan perempuan ini kerana apabila dia marah, dia akan nampak comel.
“Memang saya tak buta tapi awak kena ingat, saya ni anak V.I.P tau.” Dia mengingatiku. Aku memang tahu yang dia terkenal oleh kerana bapanya mempunyai syarikat yang maju serta terkenal.
“V.I.P tu bapa awak. Bukan awak.  Ingat saya takut sangat ke dengan bapa awak tu.” Sekali lagi aku menjawab kata-katanya. Sebenarnya aku ada rahsia disebalik senyumanku. Sebenarnya perempuan itu tidak mengenali bapaku.
“Awak ingat awak tu setaraf ke dengan saya?” Gadis yang comel itu menanyakan kepadaku.
“Saya rasa bapa awak tu lebih rendah tarafnya dengan bapa saya. Nak tahu sebab apa?” Aku tersenyum.
Perempuan itu mengangguk sambil meminum air coca colanya.  “Sebab V.I.P tu adalah very idiot person dan lagi satu, saya baca dalam novel Suamiku Vampire, kalau kita minum air bekas minum orang, maknanya kita dah cium dia.” Kataku lalu meninggalkannya. Tersembur keluar dari mulut perempuan itu.

“Dan!” Jerit Harraz menghilangkan lamunanku.
“Aku nak kahwin.” Aku melatah. Malu rasanya.
Dean menahan gelak tetapi apakan daya, dia sudah tergelak sepuas-puas hatinya.
“Apa kau kata?” Serentak semua rakan Daniel bertanya. Terlopong mereka.
“Eh, takde apa-apalah. Sampai bila korang nak ternganga ni? Makanan tu dah tak sabar nak dimakan.” Kataku.
“Yelah. Eh, bukan ke hari ni Dan yang baca doa?” Ahzam mengingati Daniel bahawa hari ini adalah harinya untuk bertugas membaca doa.
Aku menelan air liurku yang terasa amat pahit. Sebelum ini, aku tidak pernah membaca doa di hadapan rakan-rakanku.
“Ye tak ye jugak kan.” Dean berkata tanda sudah mengingati janji mereka semalam. Selalunya Dean atau Harraz yang membaca tetapi hari ini ketua mereka yang membaca doa.
Daniel mula membaca doa makan. Sungguh lancar bacaannya.
“Kalau perempuan dengar boleh cair ni.” Puji Harraz.
Merah muka Daniel menahan malu. “Aku baca biasa-biasa je.” Daniel merendah diri.
“Apa kata kau masuk Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah minggu depan. Ramai lagi yang boleh masuk.” Ahzam memberi cadangan.
“Taknaklah aku.” Daniel berkata sambil makan makanannya.
“Masuk jelah,aku dengar hadiahnya lumayan tau. Kalau kau masuk, aku pun nak masuk juga.” Harraz juga ingin masuk.
“Nantilah tengok macam mana.” Daniel mengatur langkahnya menuju ke dapur kantin.
“Ibu, biar hari ni Dan tolong lagi ye?” Daniel berkata.
“Hari ni Dan tak payah tolong ibu ye. Biar ibu yang buat sendiri.” Makcik Ana menolak.
“Takpe, biar Dan tolong.” Daniel mengambil kain yang tersangkut lalu mengelap meja satu persatu.
Sedang kusyuk Dan mengelap, dia terlanggar seorang perempuan. “Sorry, sorry. Saya tak sengaja.” Daniel menyambung mengelap meja tanpa melihat wajah perempuan yang dilanggarnya tadi.
“Hoi, dahlah awak minta maaf tak pandang orang lepas tu air saya ni taknak ganti ke?” Perempuan itu berkata.
Daniel  mengangkat wajahnya. “Awak lagi. Baiknya nasib saya hari ni jumpa dengan awak.” Daniel tersenyum.
“Nasib malang adalah. Air saya ni macam mana?” Perempuan itu bertanya.
“Sukahati awaklah nak buat apa.” Daniel menyambung mengelap meja.
“Senang betul awak cakap ye, ingatkan air ni free ke?” Perempuan itu masih tidak berpuas hati.
“Khairul Ammar Daniel!” Panggil Ahzam.
“Khairina Asfiya Danisha!” Panggil rakan Danisha iaitu Syarifah Ainan.
“Kejap!” Serentak Daniel dan Danisha berkata.
“Anis!” Sekali lagi Ainan memanggil Danisha.
“Kita belum habis lagi Isha.” Daniel berkata sambil memegang kasar tangan Danisha.
“Ammar, jangan panggil saya Isha. Panggil saya Anis, hanya Mama dan Papa sahaja yang boleh panggil saya Isha.” Danisha tidak mahu Daniel memanggilnya Isha. Dia menarik tangannya kasar untuk dilepaskan.
“Kenapa awak boleh panggil saya Ammar?” Jerit Daniel kepada Danisha apabila Danisha sudah melangkah jauh.
Danisha dapat mendengar jeritan Daniel tetapi dia tidak mempedulikan.

“Papa, mana abang Am ye?” Tanya Khairil Imman Danish iaitu adik kepada Daniel yang berumur 15 tahun.
“Abang Am pergi makan malam dengan kawan-kawan dia.” Kata Encik Amsyar. Khairil Immar Darwisy adalah kembar Imman yang hanya muda beberapa minit sahaja daripada Immar.
“Darwisy tengah buat apa?” Tanya Encik Amsyar kepada Darwisy yang sedang menaip sesuatu di dalam laptopnya.
Belum sempat Darwisy berkata apa-apa  sudah menjawab. “Darwisy buat apa lagi kalau bukan chating dengan kawan dia tu.”
“Siapa kawan dia tu, lelaki ke perempuan?” Tanya Encik Amsyar.
“Lelaki dan perempuan sekali.” Senang sahaja Danish berkata.
Darwisy melihat kembarnya dengan pandangan yang tajam.
“Danish tak ada ke?” Encik Amsyar tidak kisah jika anaknya sudah ada pasangan masing-masing tetapi dia tidak mahu anaknya berjumpa dengan pasangan mereka berdua-duaan sahaja.
“Danish.. Danish..” Danish sudah tergagap-gagap. ‘Menyesal pulak aku masuk campur hal abang Darwisy.’
“Danish ada jugaklah pa. Nama dia..” Danish menendang kaki Darwisy.
“Aduh, sakitlah Danish.” Darwisy mengaduh.
“Ada-ada jelah kamu dua ni. Papa nak suruh bibik buat makan malam. Nanti  papa dengar cerita korang lagi ye.” Encik Amsyar menuju ke dapur.
Setelah Encik Amsyar berlalu, Danish berkata. “Kalau Darwisy bagitahu siap Wisy. Nanti abang bagitahu jugak apa yang Darwish dah buat dengan kekasih hati abang Am hari tu.” Danish mengugut.
“Yelah-yelah. Darwisy janji, Darwisy tak akan bagitahu tapi kalau abang Danish bagitahu abang Am tentang hari tu, Darwisy akan bagitahu papa tentang kekasih hati abang Danish.” Mereka berjanji.

“Tak baiklah kau buat macam tu. Dia tu kekasih kau tau.” Kata Daniel.
Daniel minum air milonya yang dipesannya tadi. “Aku tengok dia tu gedik sangatlah. Siapa yang tak suka?” Kata Dean.
“Memanglah kau tak suka tapi tak baik kau buat macam tu kat dia. Tak pasal-pasal Daniel dan kekasih dia yang sakit perut.” Ahzam berkata sambil makan nasi goreng kampung iaitu makanan kegemarannya di dalam Restoran Jom Lepak Kejap.
“Apalah kau ni, baru sehari jumpa kau dah kata kekasih?” Daniel tidak menganggap Danisha adalah kekasihnya. Air coca cola yang diminum oleh Daniel dan Danisha semasa waktu rehat di sekolah tadi adalah air yang diberikan oleh Dean kepada Aisyah tetapi Aisyah memberikan air itu kepada Danisha. Akhirnya Danisha dan Daniel yang terkena ubat sakit perut itu yang dibubuh oleh Dean.
“Apa salahnya kan?” Ahzam menjawab.
“Yelah-yelah. Sorrylah Dan sebab aku kau sakit.” Dean meminta maaf.
“Takpe, lagipun dah sembuh dah ni.” Tiba-tiba sakit perut Daniel datang semula. Dia berlari kearah tandas.
“Aduhai, datang baliklah sakit perut Daniel tu.” Harraz menepuk dahinya.
“Bersalahlah aku kalau Daniel masih macam ni.” Dean berkata.
Ahzam sedang asyik makan berkata. “Dahlah, jangan fikirkan sangat pasal benda dah jadi tu. Lebih baik kita makan.” Mereka sudah mula makan.
Selesai makan. “Korang rasa dah berapa lama Daniel dalam tandas?” Harraz bertanya kerana sudah lama mereka menanti Daniel.
“Aku rasa dah nak dekat sejam kot.” Dean melihat jam tangannya.
“Biar aku pergi tengok.” Kebetulan Ahzam juga mahu ke tandas.
“Kalau ada apa-apa bagitahu aku ye.” Dean juga mengambil berat tentang Daniel.

“Mana Daniel ni?” Ahzam mencari Daniel di dalam tandas tetapi tandas itu kosong. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan rakan-rakannya yang sedang menunggu di dalam kereta untuk mencari Daniel.
“Tak jumpa ke Zam?” Tanya Dean.
“Dah puas aku cari tapi tak jumpalah.” Ahzam berkata dengan penuh kerisauan.
“Kita cari pakai kereta jelah.” Mereka mencari Daniel. Kelihatan sekumpulan remaja lelaki sedang berkumpul di satu tempat yang sunyi.
Harraz memberhentikan kereta apabila seorang lelaki menghalang kereta bapa Harraz. “Kau tak tahu ke kau dah langgar kawasan aku?” Tanya lelaki yang berpakaian hitam berserta topeng di muka.
“Ma.. maaf bang. Kami.. ta.. tak.. ta.. hu.. hu..” Jawab Dean gagap.
“Panggil aku Brother Joe bukan abang.” Lelaki itu berkata kasar.
“Maaf Brother Joe, kami tak berniat nak kacau tempat ni. Kami tengah cari kawan kami yang hilang, Brother Joe ada nampak tak?” Tanya Ahzam dengan lancar.
“Ini ke kawan kau?” Seorang lelaki menolak Daniel ke kereta bapa Harraz. Daniel sudah pengsan dengan bibirnya dan tangannya berdarah.
“Ya Allah, Daniel.” Harraz keluar dari keretanya lalu memukul sekumpulan remaja itu manakala Dean dan Ahzam memapah Daniel baring di dalam kerata bapa Harraz. Seorang demi seorang rebah kerana tindakan pantas Harraz memukul mereka. Empat orang sahabat itu semuanya mempunyai ilmu takwando yang dipelajari di kelas tusyen.

Daniel berasa kepalanya pening. Pandangannya kabur. Dia terlihat Ahzam dan Dean sedang tidur diatas sofa dengan lena sekali manakala Harraz sedang tidur sambil memegang tangan kirinya.
“Az.” Panggil Daniel sambil cuba untuk membangunkan Harraz menggunakan tangan kanannya yang masih tercedera.
“Daniel. Alhamdulillah kau dah sedar. Dean, Zam, Daniel dah sedar.” Harraz membangunkan dua orang rakannya yang sedang tidur dengan perbagai gaya.
“Kejaplah umi, 10 minit lagi.” Dean tidur semula manakala Ahzam sudah menghampiri tempat Daniel dibaringkan.
“Apa yang kau merepek ni Dean? Bangunlah cepat.” Harraz berkata sambil gelak kerana geli hati. Mungkin itu kebiasaannya yang dilakukan oleh Dean apabila dibangunkan oleh ibunya.
“Eh, dah pagi ke?” Dean melihat cahaya yang terang di luar rumah kondominium milik Harraz.
“Yelah. Daniel dah sedar dah ni.” Ahzam memberitahu Dean.
“Alhamdulillah, syukur Ya Allah.” Dean mengucap syukur.
“Eh Dean, kau kata kau nak buat sarapan untuk kami kan? Cepatlah buat aku dah lapar ni.” Harraz berkata sambil memegang perutnya.
“Ok, aku nak buatlah ni.” Dean menuju ke dapur untuk membuat sarapan. Dia hanya sedikit pakar dalam masak memasak ini tetapi kalau mahu dibandingkan dengan 3 rakannya itu memang kalah.
“Kau dah ok ke Daniel?” Harraz bertanya apabila Daniel sudah duduk diatas sofa.
“Aku dah ok cuma tangan aku ni yang masih sakit sikit.” Daniel berkata sambil melihat tangannya yang sudah dibalut.
Setelah 10 minit berlalu, Dean kembali. “Sarapan dah siap.” Kebetulan hari ini adalah hari Sabtu, jadi mereka tidak ke sekolah.

“Ok, jom makan.” Ahzam berkata lalu makan dengan berseleranya nasi goreng buatan rakannya.
“Sedap ke?” Tanya Dean.
“Kali ini kau lulus.” Kata Ahzam.
Daniel minum air teh yang disediakan. Tiba-tiba mukanya menjadi pelik dan tersembur keluar serentak dengan Harraz.
“Kenapa ni?” Dean cemas. ‘Takkan air ni aku gagal nak buat selalunya ok je’
“Masinnya, kau letak gula ke garam?” Serentak Daniel dan Harraz berkata.
“Korang ni asyik serentak je, otak korang meniru erk?” Tanya Ahzam.
“Aku letak..” Dean mencari sesuatu. “Ni.” Dean menghulurkan garam yang disimpan didalam sebuah bekas yang berlabel ‘garam’.
“Ni garamlah.” Harraz menunjukkan label itu.
“Aku lupa nak bacalah.” Dean tersengih-sengih.
 “Air kau kali ni gagal.” Ahzam berkata.
“Dahlah, sambung makan. Biar aku buat air milo untuk korang semua.” Harraz mengambil jug yang disediakan di dapur lalu membancuh air milo.
“Dan, kau ceritalah macam mana kau boleh tercedera teruk macam ni sekali?” Tanya Harraz sambil tangannya leka membancuh air milo.
“Tapi korang kena janji tau jangan bagitahu sapa-sapa.” Daniel membuat keputusan untuk menceritakan segalanya kepada rakan-rakannya.

Daniel keluar dari tandas, tiba-tiba seorang lelaki menarik lengan Daniel keluar dari pintu belakang restoran.
“Kau jangan dekat dengan Danisha lagi.” Ugut lelaki itu.
“Kenapa pulak?” Daniel hairan. Lelaki bertopeng itu menumbuk Daniel tetapi lebih pantas Daniel mengelak. Segala pergerakan lelaki bertopeng itu dapat dielak oleh Daniel. Daniel tidak mahu mencederakan lelaki itu tetapi apabila dia sudah dikelilingi oleh sekumpulan lelaki yang nampak hebat-hebat, dia terpaksa bertindak. Dia memukul seorang demi seorang tetapi apakan daya, mereka terlalu ramai untuk dikalahkan oleh Daniel. Akhirnya Daniel dipukul menggunakan besi sehingga Daniel tidak mendapat menahan kesakitan lalu dia pengsan.

“Owh, macam tu. Kesiannya kau.” Harraz mengambil berat.
“Tapi kenapa dia taknak kau dekati Danisha?” Ahzam hairan.
“Mungkin dia suka kat Danisha kot.” Dean mengagak.
“Mungkin jugak.” Harraz juga setuju dengan kata-kata Dean.
“Jangan fikir yang bukan-bukanlah korang ni. Az, kau kata semalam nak berlatih sama-sama untuk pertandingan Tilawah Al-Quran kan?” Tanya Daniel sambil membuka balutan ditangannya.
“Yelah, lupa aku. Sebelum tu, aku nak cakap kat kau yang aku dah bagitahu Papa kau yang kau tinggal kat rumah aku tapi aku tak bagitahu yang kau cedera sebab aku tahu kau tak akan bagi aku bagitahu kan?” Harraz berkata sambil menolong Daniel membuka balutan ditangan Daniel.
“Kau ni macam tahu-tahulah, kau memang kawan baik aku dan sepupu aku yang terbaiklah. Aku fikir aku nak tinggal kat sini sehingga aku sembuh sepenuhnya.” Daniel berkata.
“Ok, aku jugak akan tolong rahsiakan perkara ni daripada keluarga kau.” Harraz juga ingin membantu.
“Oklah, jom kita mula baca.” Mereka pun mula membaca Surah An-Nisa ayat 1 hingga 77. Sungguh merdu suara Daniel dan Harraz.

“Apa? Isy sabotaj Kak Isha?” Perbuatan Darwisy pada hari itu telah diketahui oleh Daniel.
Darwisy hanya mendiamkan dirinya sambil menundukkan kepalanya. Danish berkata. “Isy tak bersalah. Danish yang bersalah. Danish yang plan semua tu. Isy hanya ikut cakap Danish. Hukumlah Danish walau macam mana sekali pun.” Memang betul kata Danish. Dialah yang merancang kesemuanya. Dia tidak sanggup lagi mendengar adiknya ditengking seperti itu oleh abangnya.
“Am, sudah-sudahlah tu. Tahulah Danisha tu kekasih Am tapi janganlah sampai tengking adik Am macam tu sekali.”
“Am tak marahkan sesiapa, Am cuma kasihan dengan Isha. Sebab Isy dan Danishlah Isha kena hokum berdiri di atas meja sambil meletakkan beg diatas kepala. Kalau abang Am dengar dan tengok Isy dan Danish buat benda macam tu sekali, siap korang dan jangan cakap yang Kak Isha tu kekasih abang, abang masih single.”
Danish dan Darwisy hanya mengangguk. Inilah kali pertama Daniel menasihati adik-adiknya tentang kesilapan mereka.

Inilah masa yang dinantikan oleh para peserta bagi Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah. “Daniel, kau dah sedia ke belum ni?” Tanya Harraz kepada Daniel apabila selesai pendaftaran.
“Aku gementarlah.” Kata Daniel. Dari tadi dia asyik mengatur songkoknya.
“Tapi aku tengok kau macam cool je. Aku nak gi tandas dululah.” Harraz terlalu gementar. Dari tadi dia asyik ulang-alik dari tandas walaupun namanya sudah lepas.

 “Sekarang, peserta yang dinantikan oleh para penonton. Jejaka yang hensem lagi bergaya, siapa lagi kalau bukan adik Khairul Ammar Daniel.”
Semua para pelajar tidak menyangka bahawa Daniel yang nakal disekolah pandai mengaji. “Ish, aku tak cayalah dia pandai mengaji.” Danisha juga tidak menyangka. ‘Malulah aku kalau macam ni.’
“Tempat kelima disandang oleh adik Khairil Imman Danish.” Ramai orang menepuk tangan.
“Tempat keempat disandang oleh adik Khairina Asyfiya Danisha.” Hanya sekumpulan perempuan sahaja yang menepuk tangan.  Danisha menaiki tangga pentas dengan tergesa-gesa akhirnya dia tersadung di tangga. Mukanya kelihatan merah.
“Top 3, tempat ketiga mendapat wang tunai RM250 disandang oleh adik Khairil Immar Darwisy.” ‘Malu aku kalah dengan budak.’ Danisha malu.

“Papa!” Darwisy berlari mendapatkan Encik Amsyar.
“Tahniah anak papa.” Encik Amsyar mengusap kepala Darwisy.
“Tempat kedua, mendapat wang tunai RM350 dan sebuah basikal BMX disandang oleh adik Harraz Shafi.” Ramai orang memberi tepukan kepada Harraz Shafi.
Seluruh penonton dapat meneka siapakah juara buat kali ini.“Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah ini, disandang oleh Khairul Ammar Daniel bin Amsyar yang mendapat wang tunai sebanyak RM450 dan tiket ke Sarawak untuk 2 orang selama seminggu.” Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh.
“I love you Daniel!” Seorang perempuan menjerit.
“Daniel, Daniel, Daniel.” Harraz berkata lalu diikuti oleh semua para penonton. Daniel masih terkaku di kerusinya, dia bagaikan tidak percaya yang dia telah menjadi johan buat kali yang pertama. Dia melangkah apabila Harraz menolaknya.
Dia dapat melihat dari atas pentas yang keluarganya dan Danisha sedang bersorak. Dia tersenyum kearah Danisha.
Danisha berhenti bersorak apabila melihat Daniel sedang memerhatikannya. Dia menjelir lidah kearah Daniel.
“Dasyatlah abang kan papa. Ramai peminat.” Darwisy memuji abangnya.
Daniel turun dari pentas lalu menuju kearah keluarganya. Apabila hendak pulang, dia nampak Danisha sedang memerhatikannya.
‘Ish, sapa perempuan kat sebelah dia tu ye. Cemburulah aku, mungkin tunang dia kot.’ Danisha berkata didalam hatinya.
“Melepaslah kau Anis.” Kata Ainan.
“Melepas apa?”  Ainan seperti tahu apa yang dikatakan oleh Danisha didalam hatinya.
“Melepas sebab tak dapat jadikan Daniel suami kau.” Ainan berkata sambil berjalan beriringan dengan Danisha.
“Mana ada.” Danisha berjalan lebih laju kerana dia perasan yang seorang lelaki sedang menuju kearahnya.
“Anis, tunggulah aku.” Ainan berlari mendapatkan Danisha.

“Ok, papa balik dululah. Daniel balik akhir sikit hari ni, nak  lepak dengan kawan.” Encik Amsyar hanya setuju.
“Salamlah kakak dulu  kalau ye pun nak pergi. Akak kan nak pergi KL lepas ni.” Kata kakak Daniel, Amisya. Daniel menyalam tangan kakaknya. Daniel sempat memeluk kakak kesayangannya itu.
“Bye abang. Love you.” Serentak Danish dan Darwisy berkata. Daniel hanya tersenyum.

“Isha!” Danisha tahu siapakah empunya suara. Dia berjalan lebih laju.
“Isha!” Sekali lagi Daniel memanggil Danisha.
“Awak nak apa?” Danisha memberhentikan langkahnya.
“Tak ada apa-apalah.” Daniel berkata.
“Kalau tak ada apa-apa jom teman saya pergi shopping?” Ainan berkata.
Danisha mencuit bahu Ainan. “Aduh, sakitlah Anis.”
“Jom, daripada kita layan mamat ni baik kita makan kat kedai seberang sana tu.” Danisha membawa Ainan berjalan bersamanya. Daniel hanya memerhatikan langkah Danisha. “Semoga kita berjumpa lagi Isha.” Daniel berkata.
“Diamlah kau, Ammar.” Danisha berlari lagi pantas menyeberang jalan raya apabila melihat tiada kereta yang lalu lalang manakala Ainan ditinggalnya sahaja.
Sebuah kereta sport berwarna hitam putih meluncur laju di jalan raya. Oleh kerana Danisha terlalu leka, dia tidak sedar. Kereta itu semakin menghampiri Danisha. 
“Isha!” Daniel menjerit lalu menolak Danisha. Daniel tergolek di jalan raya manakala Danisha sudah pengsan. Kepala Daniel berdarah. Mungin kerana hentakan yang kuat semasa dia terjatuh tadi. Pemandu yang membawa kereta sport itu telah melarikan diri meninggalkan tempat itu.
“Daniel!” Tiga orang sahabatnya yang baru sahaja makan dari sebuah restoran berlari mendapatkan Daniel. “Dean, kau telefon ambulan sekarang. Kau telefon.” Harraz marah. Dia berlari laju mendapatkan keretanya lalu mengejar pemandu kereta sport yang melanggar Daniel. Dean mengambil telefonnya lalu menelefon ambulan.
Daniel dan Danisha dibawa ke hospital. “Macam mana boleh jadi macam ni Zam, Dean?” Tanya Encik Amsyar penuh kerisauan.
“Kami pun tak tahu sebab kami datang masa dia dah terbaring dekat jalan raya.” Dean memberitahu. Mukanya nampak bimbang.
“Zam, Daniel macam mana?” Harraz datang dengan bajunya yang berdarah dan tangannya tercedera.
“Ya Allah, macam mana kau boleh jadi macam ni Az?” Tanya Ahzam.
“Aku tanya Daniel macam mana?” Harraz marah.
“Harraz, bawa bersabar. Kami pun tak tahu apa yang dah jadi dengan Daniel.” Encik Amsyar cuba menenangkan Harraz.
Seorang doktor lelaki  keluar dari wad kecemasan. “Daniel kekurangan darah. Dia memerlukan darah jenis O.” Kata doktor itu.
“Saya kawan dia, saya nak derma darah untuk dia.” Harraz ingin menderma darah untuk Daniel.
“Maaf, tangan awak masih tercedera. Ianya mungkin mengambil risiko yang tinggi terhadap awak.”
“Saya sanggup walaubagaimanapun risikonya.” Harraz masih mahu menolong sepupunya.
“Baiklah, ikut saya.” Doktor itu membawa Harraz ke sebuah bilik.

“Anak encik dah boleh dibawa balik.” Kata Doktor Amir.
“Alhamdulillah, terima kasih doktor.” Encik Amsyar membawa Daniel pulang.
“Papa, Am nak pergi tengok Az kejap.” Daniel menuju kearah sebuah bilik yang terdapat ramai pesakit. Daniel mencari Harraz.
“Az, kau ok tak ni?” Daniel bertanya apabila melihat Harraz menggenggam tangan kanannya seperti orang yang sedang menahan kesakitan.
“Aku ok.” Harraz terus menutup matanya.
“Az, Az!” Daniel memeluk Harraz.
“Hahaha, kau dah kena Daniel.” Harraz ketawa.
“Hoi, aku rasa nak cekik-cekik kau kat sini. Ingat benda ni boleh buat main ke?” Daniel marah.
“Rilekla kawan. Aku gurau je, janganlah marah-marah. Cuba kau senyum, tak nampak muka hensem kau tu tau kalau kau marah-marah.” Harraz memujuk Daniel.
“Ye ke tak nampak muka hensem? Yelah, aku senyum.” Daniel tersenyum.
“Jomlah, doktor kata aku pun dah boleh balik.” Harraz dan Daniel balik bersama-sama.

“Papa, kenapa Daniel tak boleh tahu bakal isteri Daniel siapa?” Daniel ingin bersemuka dengan bakal isterinya. Sekarang, dia sudah berumur 26 tahun. Majlis perkahwinannya adalah esok.
“Papa nak buat kejutan.” Encik Amsyar berkata.
“Oklah papa, Daniel nak tidur. Assalamualaikum.” Daniel menuju ke biliknya.
“Waalaikummussalam.” Encik Amsyar menuju kebiliknya juga.

“Hoi, Az. Pergilah kat katil kau. Aku nak tidur ni.” Harraz tidur dirumah Encik Amsyar selama seminggu kerana ibubapanya tiada dirumah.
“Tilam kau empuklah, aku nak tidur kat sini.” Harraz menarik selimut Daniel lalu tidur dengan nyenyak. ‘Cair kalau perempuan kalau tengok dia ni tidur.’ Daniel melihat muka hensem dan comel milik Harraz yang tidur dengan gaya seperti kebudak-budakkan.

Daniel tidak sampai hati mahu mengejutkan Harraz jadi dia tidur di katil Harraz yang mempunyai banyak patung. ‘Apa nak jadilah dengan Az ni, banyak betul teddy bear dia.’ Daniel mengemas patung yang bersepah diatas katil Harraz lalu tidur. Sebenarnya itu adalah patung kakaknya yang sedang bekerja di Australia.

“Daniel, aku hairanlah. Kenapa papa kau suruh aku bersiap pakai baju macam pengantin jugak ye?” Harraz hairan.
Daniel yang sedang mengatur songkoknya berkata. “Manalah aku tahu, aku tengok macam kau pun nak kahwin lagaknya.”
“Daniel, Harraz, cepat keluar. Akad nikah tak lama lagi ni.” Encik Amsyar memanggil Daniel dan Harraz.
Mereka keluar dari bilik. Harraz melihat ibu dan bapanya berdiri di luar pintu. “Eh, mama cakap mama dengan papa nak pergi umrah semalam?” Tanya Harraz hairan.
Dato Yusof bisik di telinga Harraz. “Apa? Papa ni.” Harraz kelihatan terkejut tetapi masih tenang.
“Alah, senanglah kalau sekali.” Puan Hajar berkata.
“Yelah.”
“Harraz, Daniel. Bila nak mula ni?” Encik Amsyar sudah tidak sabar.
‘Khairina Asfiya Danisha’ “Apa?” Terkeluar kata-kata itu dari mulut Daniel.
‘Saya suruh awak lafaz ni.”
“Saya terima nikahnya Khairina Asfiya Danisha Binti Zakaria dengan mas kahwin sebanyak RM130 ringgit tunai.”
“Sah?”
“Sah.  
“Sah?”
“Sah.
Selesai sahaja upacara akad nikah, Daniel mencapai cincin lalu dimasukkan ke jari manis Danisha. Daniel tersenyum manakala Danisha membuat senyuman plastik.
Daniel mahu mencium dahi Danisha. Baru sahaja mahu mencium, Danisha menolak tubuh ringan Daniel perlahan tetapi badan Daniel tidak dapat menolongnya untuk duduk semula. Akhirnya Daniel terbaring. ‘Nasib baik sikit je orang datang, kalau tak malu dibuatnya.’
Sekarang adalah majlis akad nikah Harraz.
“Aku terima nikahnya Nur Anazah Binti Razak dengan mas kahwin sebanyak RM1000 ringgit tunai.” Harraz melafazkan dengan lancar.

Daniel masuk ke dalam biliknya dan Danisha tanpa memberi salam. “Siapa suruh awak masuk?” Tanya Danisha serius.
‘Terkejut aku dibuatnya. Tak sangka dengan suami pun nak garang macam tu.’ Daniel keluar balik dari bilik itu lalu mengetuk. “Assalamualaikum, boleh saya masuk?”
“Masuk.” Danisha berkata kasar.
“Awak lupa jawab salam, jawablah dulu.” Daniel sudah duduk di atas sofa bilik mereka.
“Sukahati sayalah.” Kebetulan Encik Amsyar baru sahaja mahu masuk ke dalam bilik Danisha dan Daniel, dia tidak jadi mahu masuk ke dalam bilik itu apabila mendengar Daniel dan Danisha mahu bergaduh. ‘Biarlah diaorang dulu, baru kahwin kan dikatakan. Mesti ada gaduh-gaduh.’
“Dahlah, saya nak keluar.” Apabila mendengar Daniel mahu keluar, Encik Amsyar segera menuju ke dapur.
“Sebelum tu, tutup pintu bilik.” Danisha memberi pesanan kepada Daniel. Daniel hanya mengangguk. Daniel bukannya takut tetapi dia tidak mahu membantah arahan Danisha kerana Ainan kata Danisha memang susah untuk dipujuk.

“Assalamualaikum, Harraz.” Daniel memberi salam di bilik Harraz yang hanya sebelah sahaja dengan biliknya kerana rumahnya agak jauh dari rumah Encik Amsyar.
“Waalaikummussalam, kejap ye sayang.” Harraz menuju kearah pintu.
“Kenapa?” Tanya Harraz.
“Macam mana kau punya isteri, ok tak?” Daniel juga ingin tahu bagaimana keadaan Harraz dengan isterinya Anazah.
“Aku ok je. Kau ni, kacaulah. Kenapa? Isteri kau tak suka kau ke?” Harraz cuba meneka.
“Aku tak tahulah. Korang tengah buat apa tadi, aku dengar suara kau dan Ana menjerit tadi.” Daniel tadi terdengar suara Harraz dan Anazah yang kuat.
“Kami main baling-baling bantal.” Kata Anazah sambil tersengih-sengih. Dia tengah mengatur tudungnya. Dia terlalu tergesa-gesa tadi untuk memakai tudung jadi dia nampak serabut.
“Tak ada apa-apa lagi kan? Bye.” Harraz menutup pintu.
“Kenapa abang buat Daniel macam tu, dia macam nak cakap sesuatu dengan abang tadi.” Anazah kasihan melihat Daniel yang baru sahaja mahu berkata-kata tetapi Harraz sudah menutup pintu.
“Biarlah, abang nak bermanja-manja dulu dengan sayang.” Harraz mencempung badan Anazah lalu membaringkan Anazah di atas katil.
“Abang ingat sayang ni bayi ke nak kena bawa macam tu sekali?” Anazah berkata dengan suara yang manja sambil membuka tudungnya.
“Memang pun.” Harraz baring di sebelah Anazah.

“Assalamualaikum, papa ajak makan malam.” Daniel mengejutkan Danisha yang berada di dalam bilik.
“Kejap, awak pergilah dulu.” Danisha memakai tudungnya.
“Taknaklah, saya nak jalan dengan awak sekali.” Daniel masih diluar bilik.
“Pergilah dulu.” Danisha berkata dengan nada yang tinggi.
“Yelah.” Daniel menuju ke ruang makan.
“Mana Danisha?” Tanya Encik Amsyar.
“Masih dalam bilik.” Daniel berkata sambil menuang air jus oren ke dalam gelasnya.
“Daniel bergaduh dengan Danisha ke?” Puan Hamizah iaitu ibu Danisha bertanya manakala Harraz dan Anazah sedang bersuapan antara satu sama lain.
“Taklah mummy.” Daniel menyembunyikan perkara yang sebenarnya.
“Sorrylah sebab anak mummy ni memang kasar sikit orangnya.” ‘Bukan sikit, banyak dah.’ Sempat lagi Puan Hamizah mengata anaknya.
 Danisha baru sahaja turun dari tangga terus mendekati ruang makan. Tinggal satu lagi kerusi yang berada di sana, dia terpaksa duduk bersebelahan dengan Daniel.
‘Takpe, sabar jelah. Tunggu sehingga kita keluar dari rumah ni.’ Danisha berkata-kata di dalam hatinya.

“Kamu nak honeymoon ke mana Ammar?” Tanya Encik Amsyar.
“Ammar dah tempah tiket ke sarawak, Am nak pergi sana jelah lagipun Am tak pernah pergi ke sana.” Daniel akan ke sana selama seminggu.
“Papa pulak nak bawa Isy dan Danish ke Melaka jadi papa suruh ibu dan bibik je yang jaga rumah ni.” Encik Amsyar juga sudah merancang mahu ke Melaka.

“Ammar, mana baju jubah hitam saya?” Tanya Danisha yang masih berada di dalam bilik mengemas barangnya.
“Tulah awak, saya suruh awak sediakan malam tadi awak taknak. Saya dah kemas barang awak, dah letak dalam kereta dah pun.” Daniel masuk ke dalam keretanya.
“Kenapa tak bagitahu awal-awal. Kalau tak, tak payahlah saya susah-susah sediakan yang baru.” Danisha masuk ke dalam kereta lalu kereta itu menuju ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
“Dah sampai.” Daniel memberhentikan kereta di tempat parking kereta lalu mengeluarkan semua beg-beg dari kereta itu.
“Kereta ni macam mana?” Danisha bertanya.
“Pak Mat kata nanti dia ambil.” Pak Mat adalah pemandu bapa Daniel.
Danisha membawa begnya.
Semasa di dalam kapal terbang, makanan dan minuman disediakan. Danisha sedang tidur di sebelah Daniel. “Isha, kita dah sampai ni.” Daniel membangunkan Danisha. Danisha membawa beg tangannya manakala Daniel hanya membawa kamera. Itulah hobi Daniel jika dia pergi melancong.
‘Ish, laki aku ni tak layan aku langsung. Dia ingat kamera tu lebih berharga ke dari isteri dia ke?’ Danisha geram.
“Isha, awak nak makan apa?’ Tanya Daniel yang sedang berada di kaunter untuk memesan makanan.
“Saya nak burger ni.” Danisha menunjukkan burger kegemaran Daniel.
“Air?”
“Air milo.” Sama sahaja dengan air kegemaran Daniel.
“Isha, awak bayar guna duit ni ye. Saya nak pergi jalan-jalan dekat kawasan ni je.” Daniel memegang kamera yang di gantung di lehernya untuk mengambil gambar.

“Sayang!” Walaupun Amisya adalah kakak Daniel tetapi Amisya lebih senang jika adiknya memanggilnya dengan panggilan yang lebih manja.
“Am!” Amisya terkejut.
“Ammar buat apa kat KL?” Tanya Amisya.
“Ammar pergi honeymoon.” Daniel memberitahu Amisya.
“Ammar!” Danisha menuju kearah Daniel.
“Ni sapa ni Am?” Tanya Danisha.
“Saya girlfriend dia.” Amisya bergurau.
“Ammar, awak dah tak sayang saya lagi ke?” Tanya Danisha mengalirkan air matanya sambil memeluk tubuh Daniel.
Buat kali pertamanya Daniel dipeluk oleh Danisha. “Bila pulak saya cakap saya tak sayang awak, awak tu yang garang sangat. Kalau awak nak tahu, nilah kakak saya. Dia bekerja kat Kuala Lumpur.” Daniel tersenyum.
“Korang memang jahatlah.” Sebenarnya Danisha malu, dia menuju ke sebuah kedai coklat.
“Isha, Isha sayang. Janganlah macam ni, tak cantik tau kalau Isha merajuk.” Sekali lagi Danisha memeluk Daniel tanpa rasa malu terhadap orang yang melihat mereka.
“Ainan kata Isha ni susah nak dipujuk tapi bila dengan Ammar, Isha senang dipujuk.” Selama ini, inilah antara sebab-sebab Daniel tidak mahu membantah kata-kata Danisha.
“Isha tak sanggup nak merajuk lama-lama dengan Ammar.” Danisha memeluk Daniel lebih erat.
“Kalaulah Am tahu yang Isha macam ni masa mula dulu, tak payahlah Am nak ikut je cakap Isha.” Daniel tersenyum.
“Amboi, kak Misya ni dah tak dilayan ke? Macam dah jadi dinding dah kat sini.” Amisya sedang berdiri bersebelahan dengan Daniel.
“Yelah, kita makan kat Mc Donald ye kak Misya?” Daniel memberi cadangan.
“Boleh jugak tu.”

“Isha, kenapa Isha taknak panggil Ammar abang?” Tanya Daniel yang sedang menonton televisyen di dalam bilik hotel Hilton. Dia terus menutup televisyen. Itulah kebiasaan mereka, kalau tidak menutup televisyen pasti mereka tidak menumpukan perhatian antara satu sama lain.
“Sebab Isha tak biasa. Am?” Jujur Danisha.
Sama juga jawapan Daniel dengan Danisha.
“Kita keluar lepas ni nak? Pergi waterfront.” Ajak Daniel.
“Boleh, boleh bla.” Kata Danisha yang sudah bersedia untuk berlari.
“Isha!” Daniel mengejar Danisha. Mereka berkejaran di dalam bilik yang kecil itu, akhirnya Danisha dapat ditangkap.
“Cepatlah bersiap, kalau tak Am cium Isha.” Muka Daniel nampak serius.
Danisha berkata. “Yelah, Isha nak pergi tukar baju kejap.” Danisha masuk ke dalam bilik air dengan membawa pakaian salinan.

“Dah ke tu?” Tanya Daniel. Hampir setengah jam dia menunggu Danisha.
“Kejap, Isha tengah pakai tudung ni.” Danisha keluar dari bilik air.
“Ok, jom.” Mereka keluar dari bilik hotel. Tanpa merekas sedari, seseorang telah memerhatikan mereka.
‘Hidup kau akan hancur Daniel!’

“Isha makan aiskrim comotlah.” Daniel mengelap mulut Danisha yang comot.
“Mana ada. Ammar memang suka makan aiskrim perisa coklat ke?” Tanya Danisha.
“Ye, Isha pulak?”
“Isha suka perisa vanilla.” Danisha berjalan beriringan dengan Daniel menghirup udara malam di waterfront.
“Apa makanan kegemaran Isha?” Tanya Daniel. Mereka sudah mula berbual dengan rancak.
“Isha suka makan roti John kat restoran baru papa. Kalau Am?” Roti John itu adalah buatan Daniel tetapi Danisha tidak mengetahuinya.
“Am suka makan Isha.” Kata Daniel.
“Kenapa Am taknak makan Isha sekarang?” Danisha bergurau.
“Nak Ammar makan sekarang ke?” Tanya Daniel.
“Bolehlah.” Danisha masih bergurau.
Daniel mengambil tangan Danisha lalu digigitnya. “Aduh, sakitlah. Tu lah, terpengaruh sangat dengan novel Suamiku Vampire tu. Tengok, dia sendiri dah jadi vampire.” Danisha membebel.
“Biarlah, novel tu best apa. Kalaulah Am dapat jadi macam Danish kan best.” Daniel sudah berangan-angan.
“Habis tu Isha ni macam mana? Nak buang ke tepi ke?” Danisha berkata.
“Kalau boleh nak buang dalam tong sampah rasanya.” Daniel berlari takut dikejar oleh Danisha.
Danisha mengejarnya sehingga Daniel sakit perut. “Aduh, sakitnya perut Am.” Daniel mengaduh.
“Kenapa ni Am? Jomlah Isha temankan Am.” Mereka menuju ke tandas awam.
“Isha tunggu kat sini ye. Jangan pergi mana-mana.” Sempat Daniel berpesan sebelum masuk ke dalam tandas awam.
Danisha masih menunggu Daniel di luar tandas dengan membaca novel Suamiku Vampire milik Daniel. ‘Betullah, memang best. Patutlah Am suka.’
Sedang dia kusyuk membaca, seseorang menutup matanya menggunakan tangan.  “Cuba teka, siapa ni?” Bunyi suara itu adalah suara milik wanita.
“Emm, Anazah kan?” Danisha cuba meneka.
“Betul tu, pandai kau teka.” Anazah adalah rakan baiknya semenjak tadika lagi merangkap isteri sepupu Daniel, Harraz.
“Mana suami kau?” Tanya Danisha.
“Harraz tengah berbual dengan kawan dia kat sebelah sana tadi.” Anazah menunjukkan tempat Harraz berbual dengan rakan-rakannya.
Semasa mereka sedang berbual-bual, dua orang lelaki menghampiri mereka dari belakang dan terus menutup mulut Danisha dan Anazah serentak menggunakan kain yang terdapat sesuatu cecair. Mereka pengsan. 

 “Dah bangun pun puteri kesayangan aku ni. Kesiannya kau.” Lelaki itu memegang wajah Danisha.
“Zack!” Serentak Danisha dan Anazah berkata.
“Ye, Ahmad Dafi Zaki.” Zack menyebut nama penuhnya. Semasa sekolah menengah, Zack pada mulanya adalah kekasih Danisha tetapi mereka telah putus kerana Danisha ternampak Anazah keluar dengan Zack menyebabkan hubungan persahabatan mereka juga hancur tetapi Anazah juga terperangkap akhirnya dan hubungan persahabatan itu disambung semula.
“Kau nak apa lagi dengan kami? Cukuplah kau dah permainkan hati kami. Kami dah bahagia dengan suami kami.” Anazah bersuara.
“Aku lebih suka kalau kau dan Danisha bahagia dengan aku.” Kata-kata itu membuatkan hati Danisha dan Anazah sakit.
“Kau tak puas lagi ke kahwin dan cerai kau tu?” Akhirnya Danisha juga bersuara.
“Aku tak akan puas buat selama-lamanya. Hahaha!” Zack ketawa.
“Bos, apa kita nak buat dengan adik cantik manis dua orang ni bos?” Tanya salah seorang konco Zack iaitu Sariman tetapi orang selalu memanggilnya dengan panggilan Arim.
“Kali ni korang tak boleh sentuh mereka kalau tak korang akan kena ni.” Zack memberi amaran sambil memegang pistolnya.
‘Mati? Aku belum bersedia lagi nak mati.’ Arim menelan air liurnya.
Zack mengambil telefon bimbitnya lalu menelefon seseorang. “Hai Daniel. Kau tengah cari isteri kau sekarang ni kan, cuba kau dengar suara dia.”
Zack mahu mencium Danisha. “Jangan!” Danisha menjerit.
“Kau jangan buat yang bukan-bukan dengan Anis, Zack.” Anazah berkata sambil menendang Zack dengan kakinya yang sudah terikat.
Daniel terkejut. “Zack, kau jangan apa-apakan isteri aku.” Harraz juga mendengar perbualan Zack dan Daniel.
“Apa? Aku tak dengarlah. Aku cuba bagi kau dengar suara isteri kau ni buat kali yang terakhir.” Zack terus menutup telefon bimbitnya.

“Kau ikut aku sekarang Dan.” Kata Harraz tergesa-gesa sambil membaca mesej di dalam telefon bimbitnya. Muka Daniel dan Harraz penuh kerisauan. Harraz membawa kereta dengan had yang hampir paling laju.
“Kau ni boleh lagi nampak cool bila isteri kau ada masalah.” Daniel berkata sambil memegang tali pinggang keledarnya dengan kuat.
“Mana ada aku cool, aku tengah risau ni tau. Dah Allah mentakdirkan muka aku sentiasa cool nak buat macam mana.” Harraz meningkatkan lagi kelajuan keretanya. Daniel pula sudah mengucap berkali-kali dan berzikir untuk menenangkan dirinya.

“Esok kita kahwin ye Danisha dan kau pulak Ana, aku akan jadikan kau isteri kedua aku selepas aku kahwin dengan Anis.” Zack duduk di kerusi di dalam rumahnya.
“Zack, aku tak suka kau. Aku taknak kahwin dengan kau.” Danisha dan Anazah berkata serentak.
“Tetapi nak buat macam mana kan, korang akan jadi milik aku tak lama lagi.” Zack ketawa sepuas-puas hatinya. Dia mendekati Anazah kerana ingin membuka tudung Anazah. Danisha pula sudah meronta-ronta untuk menolong Anazah tetapi dia sudah tidak terdaya lagi. Badannya menjadi semakin lemah.
Baru sahaja Zack mahu membuka tudung Anazah, Daniel dan Harraz datang serentak.  “Berhenti!” Serentak Daniel dan Harraz berkata. Semasa Zack leka bercakap dengan Daniel melalui telefon, Anazah bersusah payah menghantar alamat rumah Zack dengan tangannya yang terikat.
“Kau ingat kau kata berhenti tu aku akan berhenti ke?” Tanya Zack. Dia cuba melakukan perkara yang terbantut tadi.
Zack tidak sempat berbuat apa-apa lagi Daniel sudah menuju kearah Zack lalu menyepak Zack jauh dari Anazah dan Danisha.
“Arim.” Panggil Zack. Sariman sudah tahu mengapa Zack memanggilnya, dia memanggil  konco-konco Zack yang lain lalu mereka bertumbuk-tumbukan dengan Daniel dan Harraz tetapi Harraz lebih cepat bertindak dan ramai konco-konco Zack sudah tidak terdaya mahu melawan Harraz dan Daniel. Mereka mengundur ke belakang Zack.
“Kau dah kalah Zack.” Daniel cuba mendekati Zack tetapi dihalang oleh Harraz.
“Bertenanglah Dan, kau selamatkan dulu isteri kau dengan Ana. Nanti aku datang, korang tunggu dalam kereta dulu.” Harraz dan Zack sudah memulakan pergaduhan.

“Ana, Isha, korang tunggu dalam kereta ye dan telefon polis. Saya nak jaga kat luar kereta. Daniel risau akan Harraz tetapi dia tidak mahu membantah arahan Harraz.  ‘Mungkin Az dah ada plan dia sendiri kot.’

Zack rebah dengan bibirnya yang berdarah. “Aku minta maaf Zack.” Harraz menghulurkan tangannya terhadap Zack.
“Kenapa kau tak bunuh je aku?” Zack hairan.
“Membunuh itu dosa Zack. Kau masih ada masa untuk bertaubat jadi aku bagi kau peluang.” Harraz sekali lagi menghulurkan tangannya untuk membantu Zack tetapi Zack tidak menghargai. Dia menikam Harraz menggunakan pisau yang berada di dalam poket seluarnya tetapi lebih pantas Harraz mengelak. Sekali lagi Zack cuba menikam Harraz, Harraz terpaksa menendang Zack. Pisau yang berada di tangan Zack tercampak jauh dari Zack dan Harraz. Polis datang lalu Zack dihantar ke balai polis.

“Abang, Naufal asyik menangis je dari tadi. Abang temankan dia sekejap, sayang nak buat susu untuk dia.” Harraz segera ke bilik.
“Alahai, anak papa kenapa ni?” Harraz membaringkan Naufal Fikhri iaitu anaknya di pangkuannya.
“Dah berhenti pun nangis anak papa ni.” Harraz hairan. Setiap kali anaknya dengan Anazah pasti anaknya akan nampak gelisah tetapi apabila dengannya Naufal nampak selesa dan tenang. ‘Mungkin manja dengan aku kot.’

“Isha!” Panggil Daniel.
“Kejap ye. Isha baru nak buat makan malam.” Daniel menghampiri Danisha.
“Baru nak buat ke? Takpe, hari ni biar Am yang buat. Isha cari baju Am yang berwarna hitam macam Isha ni ye.” Daniel mengambil kuali.
“Am pandai ke masak?” Danisha berkata.
“Mestilah pandai. Am kan Ammar Masterchef musim kedua.” Daniel tersenyum.
“Yelah tu. Kalau tak sedap siap Am. Isha hukum Am kemas rumah dan basuh baju esok.” Danisha tahu yang suaminya pandai memasak jadi dia pasti yang Daniel tidak akan terkena hukuman yang diberikan olehnya itu.
“Isha.” Panggil Daniel ingin berkata sesuatu.
“Ada apa?” Danisha masih berada di hadapan Daniel.
“Am nak cakap yang..” Ayat Daniel tergantung.
“Am apa? Cakaplah.” Danisha marah.
“Ganasnya isteriku.” Daniel sudah bersedia untuk langkah seribu.





2 comments:

  1. Best! *thumbs up! ^^

    http://thesunshinesgirl.blogspot.com/
    jenguklah blog saya .. terimakasih. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks! ada fb? bleh add saya untuk follow citer baru

      Delete