Friday, April 19, 2013

Cerpen : Jejaka Bawah Umur


“Adik, adik dengar tak ni?” Tanya Puan Fatihah.
“Dengarlah bu. Ala ibu ni, adik masih bawah umur lagi bu. Takkanlah adik nak kahwin masa ni pulak bu. Tunggulah umur adik 25 ke 26 ke? ” Faqih Atif berkata membantah kata ibunya.
“Adik dengarlah cakap ibu kamu tu.” Kata Encik Haziq menyebelahi Puan Fatihah. Dia memang sudah biasa dengan kedegilan anaknya itu.
“Adik taknak kahwin!” Bantah Faqih lalu terus menuju ke biliknya.
‘Apalah ibu ni. Aku masih bawah umur lagi bu. Dahlah nak SPM tahun ni.’ Desis hati kecilnya seraya matanya melihat komen-komen di laman Facebook.
Tiba-tiba terdengar ketukan pintu dari luar bilik Faqih. Faqih terus menuju ke katil lalu berbaring. Sekali lagi pintunya diketuk. Faqih tidak berkata apa-apa. Oleh kerana pintu biliknya tidak dikunci, ibunya terus masuk.
“Adik..” Puan Fatihah mengusap kepala Faqih.
Faqih sengaja buat-buat merajuk supaya perkahwinannya dibatalkan. “Adik, ibu dengan ayah dah buat keputusan.” Kata-katanya terhenti di situ.
‘Batalkan.. Batalkan..’ Doa Faqih.
“Apa keputusannya bu?” Faqih terus memusing badannya kearah ibunya. Tiada nada merajuk dari Faqih.
“Kamu akan kahwin dua bulan sebelum SPM.” Kata Puan Fatihah.
‘Dua bulan sebelum SPM. Esok?’ “Kalau itu ketentuan Allah, adik ikut je bu.” Akhirnya Faqih mengalah. Sudah penat membantah. Jodoh dah sampai, nak buat macam mana.
“Kan bagus macam tu. Adik dah solat ke belum?” Tanya Puan Fatihah.
“Belum bu.”
“Adik solat dulu lepas tu bersiap, ibu nak ajak kamu jumpa bakal isteri kamu.” Kata Puan Fatihah sambil memandang wajah anak kesayangannya.
“Umur dia berapa bu?” Tanya Faqih. Sebelum berkahwin, dia mahu mengetahui hal peribadi isterinya.
“25 tahun.” Puan Fatihah menjawab sambil tersenyum. Akhirnya, Faqih sudah mahu mengenali bakal isterinya.
“Kerja kat mana?” Tanya Faqih pula.
“Nanti adik tanyalah dia sendiri. Dah, cepat bersiap. Pakai baju yang bergaya sikit.” Mendengar perkataan bergaya itu membuatkan dahi Faqih berkerut. Takkan jumpa bakal isteri je pun nak pakai bergaya sangat kot.
“Adik nak pakai simple je boleh ye bu?” Faqih paling tidak suka pakai pakaian yang bergaya tetapi kalau pakai pakaian simple pun tetap nampak bergaya.
“Hmm.. Solat jangan lupa pulak. Ibu nak bersiap jugak ni.” Puan Fatihah berlalu pergi.

**************************************************************************
“Mana dia ni Ma? Kita punyalah tunggu setengah jam kat sini. Macam tunggul kayu pun ada.” Dahlia Arissa merungut.
“Tunggulah dulu. Kenapa? Lia bosan ke?” Tanya Puan Hidayah dengan lemah lembut.
“Hah, tu diorang sampai pun.” Belum sempat Dahlia menjawab, Puan Hidayah berkata.
Eh, macam kenal je perempuan ni. Baru aku ingat, nilah kakak yang dekat universiti tempat aku melawat dulu.  Memori Faqih masih ingat akan perempuan ini. Dia yang mencubit pipi Faqih geram kerana Faqih comel dulu.
“Assalamualaikum Ida, Lia. Minta maaf ye sebab lambat. Jalan raya sesak tadi.” Puan Hidayah adalah sahabat baik Puan Fatihah. Setelah beberapa hari mereka berbincang, akhirnya mereka bersetuju untuk menyatukan Faqih dengan Dahlia tetapi kenapa terlalu awal? Mesti ada sesuatu yang disembunyikan.
Belum sempat  Puan  Hidayah menjawab salam, Faqih sudah menyampuk. “Apalah ibu ni? Tak baik tipu orang. Minta maaf ye makcik, kami tadi singgah ke kedai buku. Ibu saya nak beli buku.” Jujur Faqih.
“Adik ni tak pandai cover line betul.” Bisik Puan Fatihah kepada Faqih.
“Eh, bukan ibu sendiri ke yang cakap jangan menipu.” Faqih ini seorang yang pandai menjawab.
“Ni tipu sunat namanya.”
“Owh.” Walaupun Faqih tidak tahu apa itu tipu sunat, dia buat-buat faham. Nanti carilah kat Google.
‘Ada ke tipu sunat erk? Tak pernah dengar pun.’ Faqih blur.
Setelah Faqih dan Puan Fatihah selesai berbisik,  Puan Hidayah bersuara. “Jomlah makan. Faqih, nilah bakal isteri kamu.” Puan Hidayah memperkenalkan Dahlia kepada Faqih.
Semasa makan, Faqih dan Dahlia langsung tidak bersuara. Mereka akan menyampuk sekali-sekala sahaja dalam perbualan ibu mereka.
“Fatihah, jom kita pergi jalan-jalan. Faqih, kamu temankan Lia makan ye.” Puan Hidayah sengaja meninggalkan Dahlia dan Faqih berdua. Kalau tidak, sampai esok pun tak dapat menyesuaikan diri.
“Tapi…” Serentak Dahlia dan Faqih berkata.
“Bye.” Mereka tidak mempedulikan apa yang mahu dikatakan oleh Faqih dan Dahlia.
Setelah mereka pergi, masing-masing mendiamkan diri. Faqih menarik nafas dalam-dalam kemudian bersuara. “Kak Lia ke yang nak kahwin dengan Faqih atau pilihan keluarga?”
“Faqih akan tahu setelah saya kahwin dengan Faqih. Faqih janganlah panggil saya kakak lagipun tak lama lagi kita kan nak kahwin.” Dahlia berkata. Kenapa dia boleh segan pula dengan Faqih. Dulu bukan main lagi cubit pipi Faqihlah, puji Faqihlah.
“Selagi kita belum kahwin, saya akan panggil kak Lia kakak sebab saya rasa macam saya tak sopan.” Faqih memang seorang yang sopan.
“Ok but after we get married don’t call me kak Lia.” Entah betul ke tak ayat aku ni. BM pun tak lulus, ada hati nak speaking English.
Mereka kembali senyap melayan perasaan sendiri. Tidak tahu mahu berkata apa.
 Setelah beberapa minit, ibu mereka pun sampai. “Kenapa senyap je ni? Jom kita shopping.” Ajak Puan Fatihah. Mereka pun keluar dari kedai makan di dalam The Spring lalu menuju ke MPH. 
Puan Fatihah dan Puan Hidayah meninggalkan mereka berdua di belakang. “Haish, masih tak mesra lagilah mereka berdua tu Fatihah.” Kata Puan Hidayah.
“Nanti oklah tu. Dah bagitahu Dahlia ke yang diaorang nak kahwin terus esok?” Tanya Puan Fatihah. Semua barang dah sedia, Faqih pun dah setuju.
“Dah. Dia kata ok je. Cuma baju kahwin je belum pilih lagi.” Mereka terus menuju ke kedai baju pengantin. Faqih dan Dahlia hanya mengikut dari belakang tanpa bersuara.
“Faqih, baju ni ok tak?”
“Faqih ikut je bu.” Kata Faqih. Baju kahwin nilah paling dia tak pandai nak pilih. Kalau pilih betul-betul nanti, sampai malam pun masih tak tahu nak pilih yang mana.
“Lia?”
Dahlia hanya mengangguk. Dia juga tidak pandai bab-bab pilih baju ni.
“Cik, kami pilih baju ni.” Baju berwarna hijau muda serta corak bunga berwarna kuning di bahagian lengan menjadi pilihan mereka. Sesuai dengan tema mereka berwarna hijau, mereka memilih tema Flora dan Fauna.
Tiba-tiba seseorang yang dikenali oleh Dahlia masuk ke dalam kedai baju pengantin itu bersama seorang wanita yang berpakaian sungguh seksi.
Miskin sangat sampai tak cukup kain nak tutup aurat tu. Uppss.. Terngumpatlah pulak. Dengan spontannya Dahlia memegang tangan Faqih erat. Sakit hati memandang lelaki itu.
Lelaki tadi dengan perasaan cemburunya, dia juga buat-buat mesra dengan perempuan di sebelahnya. Dia memilih baju kahwin siap tangan gatal nak pegang perempuan.
Meluat aku tengok lelaki kasanova ni.
Faqih yang melihat Dahlia asyik memandang lelaki itu terus menegur. “Tak baik tau tengok lelaki macam tu. Lagi satu, kalau ye pun tak sabar nak kahwin, janganlah sampai pegang tangan Faqih. Tunggu lepas kahwinlah.”
Astaufirullahalazim. Lupa pulak aku yang wujudnya orang kat sebelah aku ni. Malunya aku..
“Sorry ye Faqih.” Dahlia melepaskan tangan Faqih.
**************************************************************************
Keesokan harinya, semuanya berjalan dengan lancar. Malam itu, semua sibuk dengan kerja masing-masing. Mengemas rumah. Dahlia dan Faqih pula tidak dibenarkan berbuat apa-apa. Hanya duduk di bilik dan berehat.
“Faqih..” Panggil Dahlia.
“Ye, kak.. Eh, lia.” Faqih masih tidak biasa.
“Jom tengok  tv sama-sama. Awak tak bosan ke baca buku je dari tadi?” Ajak Dahlia.
“Jomlah.” Faqih menutup novelnya lalu menuju ke sofa. Langsung tidak menjawab pertanyaan Dahlia. Mereka duduk bersama-sama di sofa sambil menonton televisyen.
“Aaaah!” Dahlia menjerit kerana terkejut.
Faqih tergelak. “Awak takut hantu rupanya.” Ketawa Faqih masih bersisa. Lawak pula melihat wajah Dahlia yang terkejut itu.
“Saya tak boleh tengok cerita terkejut-terkejut macam ni. Baik tengok bola je.” Dahlia mengubah siaran.
“Tak sangka awak minat bola jugak ye.” Faqih terpegun. Dia tidak percaya apa yang dilihatnya.
“Kenapa? Awak ingat perempuan tak minat bola erk? Main bola pun bolehlah.” Dahlia berkata dengan bangganya. Baru sekejap kahwin dah nampak mesra.
“Cakap besarlah pulak. Ok, esok kita lawan. Awak ajak geng awak datang rumah. Kita main kat padang belakang.” Faqih mencabar.
“Ayah kan cakap nak buat acara sukan esok, tak payahlah.” Faqih tidak menjawab malah fokus kepada perlawanan bolasepak yang terpapar di skrin televisyen yang besar itu.
Ketika Faqih masih kusyuk menonton televisyen, kepala Dahlia tiba-tiba rebah ke pahanya. Dia melihat wajah cantik milik isterinya. Dia menutup televisyen. Takut mengganggu isterinya yang nyenyak tidur. Dia terus mengangkat isterinya yang ringan itu ke katil lalu menyelimutkan isterinya.
 Faqih mengambil alat kawalan penghawa dingin lalu menekan butang on. Dia baring di sebelah Dahlia lalu membisikkan ke telinga Dahlia. “Selamat malam isteriku.” Faqih terus membaca doa tidur dan tidur dengan nyenyak sekali. Mungkin kepenatan.
***************************************************************************
Keesokan harinya, selesai solat Subuh, Encik Haziq mengumumkan. “Hari ni kita ada acara sukan. Ayah dan Papa akan jadi juri dalam semua acara. Semua wajib masuk acara sukan keluarga kita. Perbagai aktiviti yang diadakan. Ibu dan Mama pula akan menyediakan minuman dan makanan. Setiap permainan haruslah mempunyai dua orang pemain dan mesti suami isteri memandangkan semua dah kahwin.” Kebetulan semua ahli keluarga mereka lengkap. Adik beradik Faqih dan Dahlia semua hadir.
“Kami membuat acara ini bagi mengerat silaturrahim antara keluarga Encik Haziq dan saya sekeluarga juga bagi meraikan majlis perkahwinan Dahlia dan Faqih semalam.” Encik Ziad pula bersuara.
“Ok, semua bersurai. Mandi dan pakai pakaian sukan.” Semua mengambil tuala. Di bilik masing-masing semuanya ada tandas. Terdapat 15 bilik dan 17 tandas. Kolam renang juga terdapat di belakang halaman rumah tetapi semua ingin mandi di dalam bilik masing-masing. Banglo itu memang besar. Dua tingkat. Di halaman juga disediakan tempat berkebun, padang bolasepak, futsal, bola keranjang dan ruang yang besar untuk apa-apa majlis.
Setelah semua sudah berhimpun di padang, Encik Haziq pun bersuara. “Permainan pertama adalah si suami haruslah membawa si isteri tetapi si suami harus berlari dengan masuk di dalam guni ini.” Setelah memberi demo, mereka memulakan permainan pertama.
“3, 2, 1, mula!” Dengan lajunya Faqih berlari dengan kakinya di masukkan ke dalam guni mendapatkan isterinya lalu berpatah balik sambil menggendong isterinya. Terlopong Encik Haziq dan Encik Ziad melihat. Tidak menyangka yang Faqih ada bakat dalam sukan. Sungguh pantas, 30 saat sahaja. Nafas Faqih masih teratur. Tidak seperti orang lain, semuanya sudah seperti tidak larat.
Encik Ziad berkata setelah mencatat markah. “Permainan seterusnya, 6 orang pemain yang berpasangan haruslah bermain futsal.” Kebetulan di situ ada 16 orang pemain jadi mereka berbincang. Setelah berbincang, mereka pun membahagikan pasukan.
“Sila lantik seorang kapten dan kapten sila ke hadapan dan bagitahu nama kumpulan.” Faqih dan abang Dahlia, Hamizul kehadapan. Faqih mengambil keputusan untuk menamakan pasukan mereka adalah pasukan ‘Kami Pejuang Islam’ manakala Hamizul pula memberikan nama pasukannya adalah pasukan ‘Takkan Kalah Punya’.
“Permainan dimulakan.” Encik Haziq meniup wisel. Hamizul dan Faqih sangat sengit. Mereka asyik merampas bola sesama sendiri. Wisel ditiup kerana Faqih terjatuh. Hamizul geram kerana tidak dapat melepasi Faqih jadi dia dengan sengajanya menyepak kaki Faqih dengan kuat.
“Awak tak apa-apa ke?” Dahlia yang berada di posisi penyerang terus berlari anak kearah Faqih apabila melihat Faqih terjatuh. Dia risaukan Faqih.      
“Sorry Faqih.” Hamizul menghulurkan tangannya. Hamizul memang seorang yang emosi dan agresif apabila bermain tetapi itu hanya semasa bermain. Kerana terlalu fokus untuk menang, dia akan bermain dengan cara kasar.
“Takpe. Saya ok.” Faqih cuba untuk bangun tetapi dia terduduk semula.
“Biar saya tengok kaki awak.” Dahlia menghulurkan bantuan. Kaki Faqih lebam.
“Teruknya… Pa, ganti pemainlah pa. Teruk ni.” Dahlia memapah Faqih ke tepi padang lalu menyapu ubat.
Setelah Encik Haziq dan Encik Ziad membuat keputusan, mereka ingin menukar pemain. “Oleh kerana seorang pemain cedera, dua orang pemain simpanan akan masuk.”
“Takpe, Faqih masih boleh main pa, ayah.” Faqih mencelah.
“Tak payahlah Faqih. Kaki awak teruk ni.” Kata Dahlia seraya tangannya menyapu ubat ke kaki Faqih.
“Agrrh!” Jerit Faqih. Dia terasa sakit apabila Dahlia menyapu ubat tadi.
“Sorry awak.” Dahlia berhenti menyapu.
“Tengok, dah sakit. Macam mana nak main? Dah-dah, keputusan ayah muktamad.” Mereka meneruskan permainan manakala Encik Ziad membantu Dahlia memapah Faqih ke bilik di atas.
“Terima kasih pa.” Kata Faqih. Dia tersenyum tawar kerana menahan sakit di kaki.
“Kamu jangan banyak bergerak sangat. Duduk je atas katil tu.” Encik Ziad atau lebih dikenali sebagai Doktor Ziad berkata. Dia memang tahu yang Faqih ini seorang yang keras kepala. Dia berlalu pergi.
“Awak ok tak ni?” Dahlia bertanya. Dia takut jika Faqih tidak dapat ke sekolah esok. 
“Saya ok.” Jawab Faqih sambil tersenyum.
Dahlia ingin pergi turun ke bawah. “Awak nak pergi mana?” Tanya Faqih.
‘Takkanlah masa aku sakit ni dia nak tinggalkan aku kot.’
“Nak ambil air untuk awak.” Jawab Dahlia jujur.
“Tak payahlah. Awak temankan saya kat sini je.” Kata Faqih. Dia mahu Dahlia menemani sahaja sepanjang dia masih tercedera.
Tiba-tiba Faqih bangun dari berbaring. “Eh, awak pulak nak ke mana ni?” Dahlia risau.
“Saya nak pergi duduk kat sofa. Tengok tv. Bosanlah baring je.” Faqih memang cepat bosan jika tidak melakukan apa-apa. Dia memang seorang yang aktif. Pernah juga dia dimarahi oleh ibunya kerana bermain bola di dalam rumah.
“Biar saya tolong.” Dahlia ingin menghulurkan bantuan.
“Takpe. Saya boleh jalan sendiri.” Baru selangkah Faqih berjalan, sudah terjatuh. Nasib baik Dahlia sempat menyambutnya.
Eh, dah macam terbalik dah. Selalunya perempuan yang terjatuh lepas tu lelaki sambut tapi kali ni lelaki jatuh perempuan sambut.
“Kan papa dah cakap tadi awak tak boleh bergerak banyak sangat.” Dahlia terus memapah Faqih ke sofa.
“Yelah Cikgu Dahlia.” Jawab Faqih sambil tergelak kecil.
“Sakit-sakit macam ni pun masih nak bergurau ye. Awak kena banyak berehat, esok kan nak sekolah.” Dahlia duduk di sebelah Faqih.
“Tahulah.” Faqih mengukirkan senyuman. ‘Comelnye! Suka tengok dia senyum.’
Faqih merebahkan kepalanya ke atas pangkuan Dahlia. Dahlia langsung tidak kisah. Dia mengambil majalah lalu membaca. Setelah dia selesai membaca, dia memandang Faqih. “Dah tidur rupanya. Comelnye awak! Macam baby face pun ada.” Dia mencubit pipi Faqih perlahan. Takut Faqih sedar pula nanti.
Malam itu, setelah Faqih mandi, Dahlia memapahnya turun ke bawah untuk makan malam. “Hati-hati kaki tu.” Kata Dahlia.
“Yelah. Dari tadi awak asyik membebel je.” Rungut Faqih.
“Mana taknya. Awak ni keras kepala sangat.”
“Lia kena tegas sikit dengan Faqih ni. Dia memang keras kepala. Kalau boleh, Lia dera je dia.” Encik Haziq bergurau. Setelah Faqih duduk di sebelah Dahlia, barulah Puan Fatihah menyediakan nasi lalu memberikan kepada Faqih dan Dahlia.
“Jom makan.” Hamizil, adik kembar Hamizul sudah tidak sabar-sabar untuk makan. Hamizul seorang yang serius manakala adiknya Hamizil seorang ceria dan nakal.
Semua makan nasi serta pelbagai lauk yang seimbang dengan berselera sekali. Air jus oren dan pencuci mulut juga disediakan. Walaupun Encik Haziq dan Encik Ziad kaya tetapi mereka lebih suka tidak mempunyai membantu rumah atau maid. Semua tidak bersuara. Memang peraturan mereka, ketika makan tidak boleh bercakap. Bangun pukul 5 pagi, petang mesti bersukan. Pukul 11 malam adalah masa terakhir untuk tidur tetapi jika di rumah lain mereka boleh berbuat sesukahati tanpa jadual.
Selesai makan, mereka semua duduk di dalam perpustakaan. Dahlia duduk di sebelah Faqih lalu mengajar Faqih. Faqih terangguk-angguk semasa Dahlia menerangkan.
“Dah faham. Cuba awak buat.” Dahlia memerhatikan Faqih menulis.
“Betul.” Setelah selesai mengulangkaji pelajaran, mereka terus masuk ke dalam bilik.
“Awak, nanti awak nak bagitahu kawan-kawan awak ke yang awak dah kahwin?” Tanya Faqih.
“Kalau awak?” Dahlia menyoal semula. Dia akan ikut suaminya sahaja.
“Saya rasa setakat ni saya taknak diaorang tahu selagi saya tak habis SPM.” Dia takut jika ada gadis-gadis yang menyimpan perasaan terhadapnya akan cemburu. Dia amat pasti dalam kalangan gadis-gadis di sekolahnya, memang ada yang sudah berangan-angan untuk berkahwin dengannya.  
“Saya pun akan rahsiakan selagi awak belum SPM. Saya nak awak fokus SPM dulu. Biar saya yang cari duit untuk tanggung makan minum  kita.” Dahlia berkata. Dia risau jika Faqih tidak dapat menumpukan perhatian kepada ujian SPM yang akan berlangsung 2 bulan sahaja lagi.
“Tapi..” Faqih serba salah. Sepatutnya suami yang harus bertanggungjawab.
“Takde tapi-tapi lagi. Jom tidur.” Mereka terus tidur dengan selimut menutupi badan.
Keesokan harinya, Faqih ke sekolah Dahlia dahulu baru dia ke sekolah dengan menaiki kereta Ferrarinya. Sampai di sekolah, Faqih terus duduk di kerusinya. Seperti biasa, ada sahaja perempuan yang memujinya. Comellah, pandailah, ada jugak yang nakkan harta je.
Mata pelajaran Bahasa Melayu adalah matapelajaran terakhir. Faqih mengeluarkan buku latihan Bahasa Melayu lalu diletakkan di atas meja. Sementara menunggu Cikgu Halifah Afeefa masuk, dia membelekkan novel yang diterima olehnya tadi.
Tiba-tiba guru besar dengan seorang wanita berbaju kurung berserta tudung berwarna hijau masuk ke dalam kelas 5 Merah.
“Assalamualaikum guru besar.” Murid kelas 5 Merah memberi salam.
“Waalaikummussalam. Cikgu lupa nak cakap hari tu yang Cikgu Halifah dah berhenti kerja sebab dia dah kahwin dan dia sampaikan salam sayang kepada anak murid dia. Ni cikgu Dahlia. Lia, kenalkan diri.”
‘Ya Allah, isteri aku ajar aku. Ni yang susah ni nak belajar dengan isteri sendiri.’
“Assalamualaikum. Nama cikgu Dahlia Arissa Binti Ziad. Cikgu akan mengajar kamu Bahasa Melayu dan juga guru kelas. Cikgu harap murid-murid semua akan memberi kerjasama dengan cikgu.”
“Kamu semua jangan nakal tau. Lia, saya nak uruskan murid tingkatan 1 dulu ye.” Guru besar meminta izin untuk berlalu pergi.
“Cikgu, cikgu dah kahwin belum?” Tanya salah seorang pelajar. Kelas mula bising tetapi setelah pelajar itu bertanya semua senyap kerana mereka juga ingin tahu.
“Secret. Oklah, cikgu nak kamu semua memperkenalkan diri. Kamu mula dulu.”
Setelah semua memperkenalkan diri, tinggallah Faqih seorang yang belum memperkenalkan dirinya.
“Yang budak lelaki comel tu, siapa nama?” Tangannya ditujukan kepada suaminya sendiri.
Merah padam muka Faqih apabila isterinya memujinya comel. “Nama saya Faqih Atif. Panggil saya Faqih je.” Kata Faqih. Dia rasa malu pula apabila bercakap dengan Dahlia di dalam kelas.
“Ok. Hari ni cikgu tak akan ajar kamu bahasa melayu dulu. Kita buat game. Ada cadangan?”
“Cikgu, kita main teka-teki.” Cadangan diberikan oleh beberapa pelajar.
“Belajar je.”
“Main telefon rosak.” Bermacam-macam cadangan yang diberikan.
“Faqih, apa cadangan kamu?” Dahlia menanyakan kepada Faqih memandangkan Faqih mendiamkan diri. Sebenarnya Dahlia juga tidak menyangka yang dia akan berpindah ke sekolah suaminya. Last minute guru besar cakap dia akan berpindah.
“Kita.. kita.. kita main.. main.. hah, kita main Kamu Sorok Kami Cari.” Hanya permainan itu sahaja yang ada di fikirannya semasa itu. Dahlia sengaja bertanya kepada suaminya kerana dia mahu Faqih biasa dengannya sepanjang dia menjadi guru Faqih.
Dahlia tahu permainan itu. Semua menyokong Faqih. “Baiklah. Kita main Kamu Sorok Kami Cari.”
Dahlia memilih Faqih untuk menyorok.
“Cikgu main sekali ke?” Tanya Faqih pula. Dia tidak biasa memanggil Dahlia, cikgu.
“Ye.”
Semasa semua orang sedang mengira 1-20 Faqih terus pergi berjalan-jalan. Dia tidak mencari tempat untuk menyorok malah berjalan dengan selamba sahaja. Semua orang sedang mencarinya. Dia hanya memerhatikan Dahlia dari tingkat atas.
“Sayang..” Tiba-tiba Faqih terdengar suara seorang wanita dari belakangnya. Wanita itu ingin memeluk Faqih tetapi dengan pantas Faqih berlari turun ke bawah. Dia tahu pelajar itulah yang gila padanya. Setiap hari akan mengganggunya. Semua pelajar yang mencarinya dapat melihatnya terus berlari mengejarnya.
Setelah Faqih pasti yang tiada siapa dapat melihatnya di  dalam stor sukan, dia keluar. Dahlia sedang berdiri di situ. “Dah jumpa pun!” Kata Dahlia.
Semua pelajar kelas 5 Merah terus mendapatkan cikgunya. “Wah, hebatlah cikgu.” Puji mereka.
Kringg!
 Loceng sekolah berbunyi menandakan pelajaran sudah tamat. Faqih mengambil begnya lalu menuju kearah tempat letak kereta. Kelihatan Dahlia sedang menunggunya.
Dahlia masuk ke dalam perut kereta Ferrari Faqih. Begitu juga dengan Faqih. “Awak tak risau ke kalau kawan-kawan awak nampak saya naik kereta dengan awak?” Tanya Dahlia.
“Takpe. Pandai-pandailah saya cover line ye Cikgu Dahlia.” Gurau Faqih tapi ada baiknya juga jika dia sudah berkahwin. Dapatlah dijadikan alasan kenapa dia tak boleh ada kekasih hati terutamanya dengan Izzati. Minah tomboi yang suka cari pasal dengannya. Dahlah cari pasal, ada hati nak jadi kekasih Faqih pulak tu.
“Hoi!” Baru sebut dah sampai pun minah tomboi tu.
Faqih keluar dari perut keretanya. “Kau nak apa lagi Zati?” Sudah malas dia mahu melayan minah berpakaian lelaki ni.
“Kau tanya aku nak apa? Aku nak kaulah.” Dengan gatalnya Izzati berkata.
“Ada-ada jelah kau ni Zati.” Dahlia hanya memerhatikan Faqih dari dalam kereta. Dia malas mahu masuk campur hal itu kerana dia tahu para pelajar memang tergila-gilakan suaminya. Siapa yang taknak si jejaka comel lagi bijak ni.
“Apa kau cakap? Zati? Berapa kali aku nak cakap, panggil aku Izz bukan Zati.” Izzati marah. Dia langsung tidak perasan akan kehadiran Dahlia di dalam kereta kerana tingkap kereta Faqih gelap.
“Kau ambil 50 ringgit ni, lepas tu pergi main jauh-jauh.” Faqih memberikan Izzati RM50 ringgit. Rasuah tu! He he he..
“Banyak ni. Apa-apa pun terima kasih bro.” Izzati terus hilang setelah mendapat wang. Itulah Izzati, pantang dapat duit terus lesap.
Baru sahaja Faqih mahu masuk kembali ke dalam kereta, seseorang menarik bajunya dengan kasar. “Bro, apasal kau tolak permintaan adik aku?” Tanya seorang lelaki yang berbaju t-shirt berlengan pendek. Baru je nak lega dah kena kacau balik.
“Siapa adik kau? Aku tak faham. Cer cerita sikit.” Faqih dengan tenangnya berkata. Dia langsung tidak takut dengan lelaki yang berwajah garang itu tapi dia masih tidak faham. Tolak permintaan adik dia? Permintaan apa? Siapa adik dia?
“Buat-buat tak tahu pulak.” Lelaki itu geram. Dia menumbuk muka Faqih. Faqih rebah.
“Apa ni? Aku tak tahu apa-apa pun.” Jujur Faqih. Dia memang tidak tahu apa yang berlaku.
“Aku nak kau pergi sini malam ni atau nyawa keluarga kau akan terancam.” Lelaki itu berlalu pergi setelah dia membaling kertas yang terdapat alamat rumahnya.
Pergi rumah dia? Faqih masuk ke dalam kereta.
“Awak ok ke Faqih? Lelaki tu nak apa? Kenapa dia belasah awak?” Bertubi-tubi soalan dikeluarkan oleh Dahlia.
“Saya ok.” Itu sahaja yang dikatakan oleh Faqih. Dia mengelap darah di bibirnya menggunakan sapu tangan.
‘Aku mesti rahsiakan perkara ni dari isteri aku.’
“Biar saya yang pandu kereta  ye?” Dahlia begitu risaukan suaminya.
Faqih hanya mengangguk. Dia sudah tidak mampu menghalang kerana kepalanya sakit. Mungkin kerana terhentak semasa lelaki tadi menumbuknya tetapi siapa lelaki tadi? Kenapa dia nak Faqih pergi rumah dia?
“Awak berehatlah dulu.” Kata Dahlia sambil matanya cuba fokus kepada pemanduannya.
“Awak, malam ni saya nak keluar boleh?” Faqih meminta izin. Macam pelik je suami minta izin.
“Boleh tapi saya temankan ye.” Dahlia seperti dapat meneka Faqih ingin berjumpa dengan siapa. Dia risau jika ada apa-apa berlaku kepada suaminya.
“Takpe, saya boleh pergi sendiri.” Faqih menolak permintaan Dahlia. Dia tidak mahu Dahlia terlibat dalam hal ini.
Dahlia tidak memaksa. Sampai sahaja di rumah, Dahlia berpimpin tangan dengan Faqih masuk ke dalam rumah baru mereka. Rumah itu pembelian bapa Faqih. Mereka yang mahu Faqih dan Dahlia tinggal di rumah sendiri lebih awal. Faqih pun tidak tahu kenapa mesti berpindah awal. Dia tidak kisah lagipun barang-barang mereka semuanya sudah dipindahkan ke rumah banglo dua tingkat ini.
Dahlia masuk ke dalam rumah manakala Faqih berjalan-jalan sekitar halaman rumah. Rumah itu lebih kurang sama besar dengan rumah Encik Haziq tetapi rumah ini sedikit kecil dari rumah Encik Haziq. Bilik di sini ada lapan. Tandas ada lima. Ruang tamu ada dua. Satu untuk mereka berdua sahaja, satu lagi untuk tetamu yang datang. Perabot, televisyen, penghawa dingin, semuanya telah tersedia.
Faqih melangkah masuk ke dalam rumah. Dia menaiki anak tangga satu persatu lalu menuju ke bilik yang terdapat katil king size. Dia terus mandi. Selesai mandi, dia memakai baju berwarna kuning berlengan panjang lalu solat Zuhur.
“Awak, meh sini saya lapkan bibir awak dengan air.” Dahlia yang sedang duduk di bahagian sofa di dalam bilik itu memanggil Faqih untuk duduk di sebelahnya. Faqih terus duduk. Dahlia mengelap bibir Faqih dengan berhati-hati. Luka di kakinya juga sudah semakin pulih cuma masih sedikit lebam. Selesai mengelap, Dahlia terus ke dapur. Faqih mengikutnya dari belakang. Dia memerhatikan isterinya memasak tanpa bersuara.
 “Dah siap.” Dahlia bersuara menyebabkan lamunan Faqih mati. Entah apa yang sedang difikir olehnya.
“Cuba rasa.” Dahlia meletakkan semangkuk sup ayam di atas meja makan. Sebenarnya ini pertama kali dia membuat sup ayam, sebelum ini dia hanya memerhatikan sahaja ibunya memasak. Tolong pun tak pernah apatah lagi memasak. Setakat hidangkan atas meja adalah.
Faqih tersenyum tetapi senyuman agak kelat setelah mencuba sup itu. “Kenapa ada apa-apa yang kurang ke?” Tanya Dahlia. Malulah aku kalau Faqih tahu aku tak pandai masak tapi kira oklah dapat masak nasi goreng daripada tak pandai masak apa-apa.
“Awak cubalah sendiri. Saya nak pergi solat dulu, nanti kalau awak dah perbaiki awak panggil saya ye?” Faqih terus menaiki anak tangga menuju ke bilik.
“Ok.”
Setelah beberapa minit Dahlia memperbaiki makanannya, Faqih turun dengan berpakaian segak. Rambutnya agak sedikit pacak itu menampakkan lagi kehensemannya. Warna bajunya yang cerah itu sesuai dengan kulitnya yang agak putih itu. “Faqih, jomlah makan.” Rasanya inilah kali pertama Dahlia memanggil nama Faqih.
Faqih terus duduk di kerusi yang berada di ruang makan itu. Dia menghidu bau butter prawn kegemarannya membuatkan dia tidak sabar-sabar untuk makan.  “Bukan awak masak sup ayam ke tadi?” Faqih hairan.
“Saya dah buang tadi sebab salah buat. He he he..”
“Nah.” Dahlia menghulurkan sepinggan nasi berserta lauk kepada Faqih. Faqih membasuh tangan lalu duduk di kerusi berhadapan dengan Dahlia. Dahlia tidak menyangka yang Faqih akan menggunakan tangan sahaja. Dia memang lebih selesa makan menggunakan tangan tetapi terasa tidak sopan pula apabila dilihat Faqih nanti.
Tidak sangka udangnya kali ini menjadi. Dia teringin mendengar pujian dari Faqih malangnya, satu perkataan pun tidak keluar dari mulut Faqih ketika makan. Dia memberanikan diri untuk bertanya. “Ok ke udang tu?” Tanya Dahlia.
Faqih mengangguk. “Kalau awak nak guna tangan semasa makan pun boleh.” Faqih perasan akan Dahlia yang seperti tidak selesa menggunakan sudu.
“Boleh ke?”
“Mestilah boleh. Makan guna tangan ni sunah nabi tau.” Kata Faqih.
Memang Dahlia pernah membaca tapi dia terlupa. Dahlia hanya mengangguk mengiyakan kata-kata Faqih. Dahlia meletakkan sudu di atas meja lalu makan dengan menggunakan tangan kanannya yang baru sahaja dibasuh.
Dahlia dan Faqih sudah selesai makan. Faqih mencuci tangannya lalu kembali duduk di kerusi ruang makan. “Awak, saya keluar dulu ye.” Faqih berkata. Dahlia yang baru sahaja teringat yang Faqih ingin keluar mengangguk membenarkan Faqih pergi.
Kali ini Dahlia terasa tidak sedap hati. Aku mesti siasat. Dahlia menuju ke atas untuk menukar pakaian.

Faqih sudah berada di hadapan pintu rumah banglo dua tingkat milik Hisyam, abang Aqira. Dia terkaku sebentar di muka pintu. Banyak betul kereta dekat rumah ni. Faqih melihat 6 buah kereta yang berada di perkarangan rumah banglo yang luas itu. Boleh ditambah lagi beberapa buah kereta untuk diparkir kerana ruang masih luas.
Loceng ditekan beberapa kali. Seorang lelaki berbaju kemeja membuka pintu. Abang sulung Aqira, Muhaimin tersenyum memandang Faqih. Baru Faqih tahu, inilah rumah Aqira. “Masuklah.” Jemput Muhaimin atau nama panggilannya Min. Dia bekerja sebagai seorang arkitek.
“Faqih duduk dulu. Abang Min panggil Aqira kejap.” Muhaimin terus menuju ke atas untuk memanggil adiknya. Entah apa yang sedang dilakukan oleh adiknya itu.
Dua orang gadis yang duduk di ruang tamu itu memandang Faqih. Mereka seperti sudah terpukau dengan kehenseman dan kecomelan Faqih. Faqih berasa tidak selesa  apabila dua orang gadis itu memandangnya. Cepat-cepat matanya dilarikan ke tempat lain.
“Hai awak. Awak siapa nama? Boleh berkenalan tak?” Tanya gadis yang berbaju kurung berwarna merah sopan. Seorang lagi hanya tersenyum.
Belum sempat Faqih menjawab, Muhaimin sudah turun. “Adik-adik kesayangan abang, tolong jangan menggatal dengan tetamu kita ni ye. Pergi dapur tu, tolong kak Amira buat kek.”
“Baik bos.” Dua orang gadis itu terus menuju ke dapur.
“Minta maaf ye kalau adik abang Min tadi buat Faqih tak selesa. Mira! Mira tolong buatkan air untuk tetamu kita ye!” Jerit Muhaimin.
Suara seseorang di dapur menjawab. “Baik bang!” Sebenarnya, Aqira ni ada berapa orang adik beradik. Meriah betul rumah ni.
Aqira turun ke ruang tamu dengan memakai baju kurung berwarna kuning. Buat kali pertamanya Faqih melihat Aqira memakai baju kurung. “Lama betul Qira kat atas tu.”
“Minta maaf bang.” Sekejap sahaja sudah berubah penampilan Aqira. Faqih memandang Aqira tidak berkelip. Astaufirullahalazim.. Mengucap Faqih, kau tu dah jadi suami orang. Cepat-cepat Faqih mengalihkan pandangannya.
“Bang Min, boleh tak saya tanya kenapa jemput saya pergi sini ye?” Tanya Faqih.
“Sebenarnya abang nak bincang sesuatu dengan Faqih ni.” Kata Muhaimin. Aqira duduk di sebelah abangnya. Seorang kanak-kanak perempuan membawa tiga cawan kopi.
 “Abang, ika nak pergi jalan-jalan dengan abang Putra.” Kata kanak-kanak yang kelihatan berusia enam tahun itu. Dia duduk di atas pangkuan Muhaimin.
“Ye ke? Abang Putra ajak pergi mana?” Tanya Muhaimin lalu memberikan secawan milo panas itu kepada Ika.
“Abang Putra ajak pergi The Spring. Tengok Bola Kampung 3D.” Kata Ika dengan senyuman lebar lalu meneguk air dengan perlahan-lahan..
Tiba-tiba seorang lelaki yang kelihatan sebaya dengan Faqih turun dari tangga. Ika terus berlari memeluk lelaki itu. “Putra, sini kejap. Abang nak kenalkan kamu dengan kawan abang.” Kata Muhaimin.
“Faqih, ni adik abang, Putra Muslim. Putra, ni kawan abang, Faqih Atif.”
Mereka bersalaman. “Kita pernah berjumpa kan?” Tanya Putra. Dia nampak kacak dengan jaket hitam di baju t-shirt pendeknya yang berwarna merah.
“Mestilah.” Faqih dan Putra berpelukan. Seperti sudah kenal sebelum ini. Ya, mereka memang sudah lama kenal tetapi Putra sekarang sudah 17 tahun. Dia kadang-kadang sahaja balik ke rumah kerana dia dihantar oleh abangnya ke sekolah tahfiz.
“Baguslah kalau dah kenal lama.” Kata Muhaimin.
“Aida, Siti, abang Putra nak pergi The Spring tengok wayang. Nak ikut tak?” Tanya Putra kepada dua orang adiknya yang baru sahaja berjalan ke ruang tamu.
“Nak.” Serentak mereka berkata.
“Abang Min, Putra pergi dulu ye.” Putra menyalam tangan Muhaimin.
“Jaga adik baik-baik ye.” Putra keluar disusuli dengan 3 orang adiknya lalu masuk ke dalam kereta BMW milik Putra.
Amira, adik ketiga Muhaimin naik ke bilik untuk tidur. Mungkin sudah selesai membuat kek. Dia memang seorang yang gemar membuat kek. Setiap hari kerjanya hanya mencari resepi baru dan membuat kek sahaja. Bahan-bahan semuanya Putra yang tanggung kerana Muhaimin terlalu sibuk dengan kerjanya.
Aqira menguap. “Abang, Qira masuk bilik dulu ye.” Muhaimin hanya mengangguk.
Setelah Aqira masuk ke dalam biliknya barulah Muhaimin bersuara.  “Faqih sukakan Aqira?”
Faqih yang mengelamun terus tersedar. “Hah?”
“Faqih sukakan Aqira ke? Tolong jawab dengan jujur.” Muhaimin bertanya sekali lagi.
“Eerr.. Kenapa abang Min tanya?” Faqih hairan dengan soalan yang diberikan oleh Muhaimin.
“Takde apa-apalah. Minumlah air tu. Nanti sejuk tak sedap pulak.” Faqih meneguk air itu.
“Bang Min, Faqih nak balik rumah ye. Dah lewat ni lagipun abang Min tanya tu je kan.” Faqih risau isterinya yang keseorangan di rumah.
Baru sahaja Faqih bangun dari sofa, dia sudah terhuyung-hayang. “Abang Min rasa Faqih tidur sini jelah. Biar abang Min tolong ye.” Muhaimin memapah Faqih keatas lalu menuju ke sebuah bilik. Muhaimin meninggalkan Faqih keseorangan di dalam bilik tamu.
Faqih membuka matanya apabila terdengar suara seseorang. “Astaufirullahalazim Faqih.” Putra menggosok kepalanya memikirkan perkara apa yang boleh membuatkan Faqih sedar dari tidur. Sudah mahu habis waktu Subuh. Faqih yang masih mamai itu terus terkejut apabila dia berasa yang dia bukannya di rumahnya.
“Dah bangun pun. Faqih, kau ni susah betul nak bangun. Solat Subuh dulu, kau ok tak ni? Semalam abang aku cakap kau pening kepala.” Kata Putra kepada Faqih. Faqih langsung tidak ingat apa-apa. Perkara terakhir yang dia ingat ialah Muhaimin memapahnya ke atas.
“Pening sikit je ni. Kat mana arah kiblat?” Tanya Faqih. Dia mahu solat sendirian. Terasa sedikit lenguh kepalanya padahal dia tidur diatas katil yang agak selesa.
“Aku dah bentangkan sejadah kat situ. Kau ikut je arah sejadah tu.” Kata Putra lalu menuju ke biliknya semula. Dia mahu menyiapkan kerjanya sementara menanti abangnya, Muhaimin balik dari masjid.
 Faqih memerhatikan sekeliling bilik itu. Tak ada tandaslah. Terpaksa jugak guna tandas luar. Faqih menuju ke luar bilik tetamu lalu menuju ke tandas luar bilik. Faqih menanti orang yang sedang menggunakan tandas. Aqira baru sahaja selesai mandi tersenyum melihat Faqih berdiri di luar pintu.
Faqih masuk ke dalam tandas lalu mengambil wuduk. Setelah Faqih selesai mengambil wuduk, dia terus mengerjakan solat.
Faqih segera keluar dari rumah itu setelah meminta izin lalu masuk ke dalam perut kereta. Dia harus segera pulang ke rumah untuk menukar baju sekolah dan mengambil Dahlia. Pasti Dahlia risaukannya. Sampai sahaja di rumahnya, Dahlia sudah menantinya. “Minta maaf ye awak. Malam tadi saya pening kepala dan Abang Min suruh saya tidur kat situ.”
“Hmm..” Itu sahaja jawapan Dahlia. Dia masuk ke dalam perut kereta manakala Faqih keluar menuju ke dalam rumah untuk menukar pakaiannya kepada baju sukan kerana hari ini mereka ada Pendidikan Jasmani juga pemilihan pemain bolasepak.
“Awak marah saya ke sebab saya tak balik malam tadi?” Tanya Faqih. Takkan merajuk kot. Terus-terang aku cakap, aku memang tak pandai bab-bab pujuk-memujuk ni.
“Hmm..” Dari tadi itu sahajalah jawapan dari Dahlia. Dahlia menoleh ke cermin tingkap keretanya. Dia mengukirkan senyuman yang melebar. Dia menahan tawanya. Aku nak tengok setakat mana kau boleh pujuk aku.
Faqih menghidupkan enjin keretanya lalu kereta Lamborghini milik Faqih. Dia mempunyai dua kereta, Ferrari dan Lamborghini. Aku dah tahu dah caranya. Faqih tersenyum. Hanya satu idea sahaja yang dia dapat fikir sekarang untuk memujuk Dahlia. Seperti biasa, mereka mula melakonkan watak sebagai seorang pelajar dan guru di sekolah.
“Iman, tolong jawab soalan ni.” Kata Dahlia lalu menghulurkan sebatang kapur kepada Iman. Iman mengambil lalu menjawab dengan berkeyakinan. Biasalah, budak pandai.
“Faqih, tolong jawab soalan kedua.” Dahlia tidak menghiraukan murid-muridnya yang lain yang sedang mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Faqih yang sedang mengelamun itu tersentak. Dia terus ke hadapan untuk menjawab soalan Dahlia.  Apa punya soalan ni? Susah betul lagipun tak ada kena mengena dengan Bahasa Malaysia pun. Dia mendongak sedikit lagi untuk melihat tajuk. Owh, patutlah. Diaorang semua ni yang suruh buat tajuk Suami Isteri. Apa punya tajuklah. 
Faqih masih berdiri seperti tiang bendera di hadapan. Semua menanti Faqih menjawab dengan sabar. Faqih membaca berkali-kali soalan itu. Macam ada kena mengena dengan aku je ni.
“Faqih, dapat jawab ke tak tu.” Dahlia berkata. Dia menahan tawanya. Faqih tidak memberi respons.
Owh, kau kenakan aku ye Lia. Nanti kau! Faqih menjawab lalu terus duduk di kerusinya. Dahlia tidak percaya akan jawapan Faqih.
2. Isteri merajuk.
a) Kalau isteri merajuk, apa yang akan anda buat?
 Tak payah pujuk.
b) Kalau dia masih merajuk?
Kalau si isteri masih merajuk, ceraikan je.
c) Adakah anda yakin, ianya akan berjaya?
Mungkin.
“Hmm, itu pendapat awak ye Faqih. Murid-murid lain setuju tak?” Tanya Dahlia.
“Tak setuju sangat-sangat.” Serentak sekelas berkata. Ingat senang ke nak bercerai-berai ni. Tak masuk akal langsunglah jawapan Faqih ni. Dahlia menggelengkan kepalanya.
Setelah balik dari sekolah, Dahlia menyemak buku-buku anak muridnya di ruang tamu. Setelah beberapa minit, barulah Dahlia naik ke bilik apabila mengingatkan Faqih yang dari tadi tidak keluar-keluar dari dalam bilik. Dia memerhatikan sekeliling bilik tetapi tiada kelibat Faqih. Dia mengambil telefon bimbitnya di atas katil apabila ada mesej masuk. Dia membaca.
Ibu nak kamu ke dewan sekarang. – Ibu Fatihah
Dahlia mengambil tudungnya lalu mengambil kunci kereta. Dia turun ke bawah lalu memandu keretanya ke dewan. Sampai di sana, Encik Haziq menyuruhnya masuk ke dalam dewan yang tidak pernah dimasukinya. “Duduk sini.” Jemput Encik Haziq. Wah, majlis apa pulak ni. Ada pentas pulak tu. Dahlia memerhatikan dewan yang sudah dipenuhi dengan ramai orang. Para pelajarnya juga ada di situ.
“Kita mempersilakan Kumpulan Nakal ke pentas untuk menyanyikan lagi yang direka oleh ketua kumpulan mereka.”  Para penonton seperti sudah mengenali Kumpulan Nakal. Ya, memang. Kumpulan Nakal memang kumpulan yang terhebat dan terkenal di sekolah para pelajar yang menjadi penonton itu.
Dahlia hanya memerhatikan Kumpulan Nakal ke pentas tetapi salah seorang dari kumpulan mereka menggunakan cap. Faqih? Dahlia terkejut tetapi dia hanya berbuat selamba. Bermulalah nyanyian dari Faqih. Ahli-ahli yang lain hanya memainkan muzik.
Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati dan ingin menghampiri dia
Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila ku melihat senyumannya
Aku sedang ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa
Luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu
Jelaskan kau mahu
Katakan padaku kasih
Andainya kau punya perasaan sepertiku agar kita bisa bersama
Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan hatiku yang berdebar
Ku selalu terbayang senyummu
Selalu ku terbayang…
Senyummu…
 Selesai menyanyi, Faqih, sebagai seorang ketua memberi ucapan. “Terima kasih kerana sudi datang ke sini. Lagu yang saya nyanyikan tadi, khas buat seorang insan tersayang iaitu isteri saya, Dahlia Arissa.” Dahlia terkedu. Faqih mengaku? Semua para pelajar di dalam dewan itu memandangnya dengan Faqih.
“Dahlia Arissa, saat pertama kali aku mengenalimu, aku sudah jatuh cinta kepadamu dan aku tahu yang kau selalu curi melihat aku bukan? Aku ingin engkau tahu yang aku amat mencintaimu.” Semua penonton bertepuk tangan setelah Faqih selesai berucap. Macam mana Faqih tahu yang aku selalu curi melihat dia. Ahh, malunya tapi aku pun cintakan kau Faqih.
Setelah semua rakan-rakan Faqih dan Dahlia pulang, tangan Faqih melingkari pinggang Dahlia dari belakang. “Sekarang, awak tahu kan betapa saya sayang awak jadi awak janganlah merajuk lagi.”
Dahlia tersenyum. “Saya tak merajuk pun.” Jawab Dahlia. Dia memusing wajahnya memandang Faqih.
“Yelah tu. Awak mengaku jelah yang awak merajuk.”
“Taklah. Saya tak merajuk. Awak cakap jelah apa yang awak nak saya buat asalkan awak percayakan saya.” Kata Dahlia.
“Ok. Apa-apa je? Hmm.. Saya nak awak cium saya.” Faqih tersenyum nakal.
“Miang keladi betullah budak ni. Tak padan dengan budak kecik.” Dahlia mahu mengelak daripada mencium Faqih. Malulah aku nanti.
“Kalau tak cium, taknaklah percaya.”
Cup! Satu ciuman hinggap di pipi Faqih. Faqih tersenyum kemenangan lalu ketawa melihat wajah Dahlia yang sudah merah menahan malu.
“Awak jahat.” Dahlia memukul bahu  Faqih.

Tamat

#Macam mana? Best tak? jangan lupa komen tau..  

11 comments:

  1. best sangat...
    tak padan ngan dak bawak umur ye faqih...
    miang gitu

    ReplyDelete
  2. bestnya!! buat sambungan raya ke tak pon sambungan kedua ke...utk cer time faqih kerje or wife dia preggy ke :)

    ReplyDelete
  3. X fham.. ap yg cuba dismpaikan mlalui crpen ni? Pnulisan jga lemah

    ReplyDelete
  4. bila kahwen..org kaya..bila kawen mesti kaya..novel melayu..cube ubah akit..maaf..tpy mcm x brape sronok..jalan cerita mcm tergantung..lpastu masuk lain..usaha lagi

    ReplyDelete
  5. Aqira tu sape ? Muhaimin tu sape pula ?

    ReplyDelete
  6. Apa terjadi kepada aqira dan muhaimin? Cerita ni tergantung dan jalan cerita bosan .

    ReplyDelete
  7. cerita gantung. Faqih belum tahu lagi sebab kenapa mak ayah dia suruh dia kawin dengan perempuan tua tu.

    ReplyDelete