Daniel menuju kearah kantin sekolah. Seperti biasa, Daniel akan membeli
makanan kegemarannya. Nasi lemak.
“Ibu, macam biasa ye.” Aku memberitahu Makcik Ana iaitu pekerja di
kantin sekolah. Dia adalah ibu angkatku.
“Ok, nah.” Makcik Ana memberikan aku setin air milo dan sebungkus nasi
lemak.
Aku makan bersama rakan-rakanku. “Dean, kau bekal apa hari ni?” Tanyaku
sambil membuka bungkusan nasi lemak.
“Aku bawa nasi goreng je.” Dean berkata kepada Daniel sambil melihat
rakan-rakanku yang lain.
“Kau pergi mana tadi Dan?” Tanya Ahzam iaitu rakan baik aku.
“Aku pergi beli makananlah dan aku jugak kacau awek.” Kataku sambil
tersengih-sengih.
“Kau ni tak berubah-rubah lagi ke?” Tanya sepupuku Harraz Shafi.
Aku mengelamun mengimbas kejadian tadi.
“Hai cik adik manis, minta air ye.” Aku terus meneguk air yang dipegang
oleh perempuan itu tadi.
Perempuan itu terkebil-kebil melihatku sambil terganga mulutnya. “Apa?
Awak habiskan air saya sampai setengah?” Kata perempuan yang comel itu kepadaku
setelah aku mengembalikan airnya.
“Awak buta ke? Awak sendiri dah tahu yang air tu dah sampai setengah,
buat-buat tanya pulak.” Aku memang suka bergaduh dengan perempuan ini kerana
apabila dia marah, dia akan nampak comel.
“Memang saya tak buta tapi awak kena ingat, saya ni anak V.I.P tau.” Dia
mengingatiku. Aku memang tahu yang dia terkenal oleh kerana bapanya mempunyai syarikat
yang maju serta terkenal.
“V.I.P tu bapa awak. Bukan awak.
Ingat saya takut sangat ke dengan bapa awak tu.” Sekali lagi aku
menjawab kata-katanya. Sebenarnya aku ada rahsia disebalik senyumanku.
Sebenarnya perempuan itu tidak mengenali bapaku.
“Awak ingat awak tu setaraf ke dengan saya?” Gadis yang comel itu
menanyakan kepadaku.
“Saya rasa bapa awak tu lebih rendah tarafnya dengan bapa saya. Nak tahu
sebab apa?” Aku tersenyum.
Perempuan itu mengangguk sambil meminum air coca colanya. “Sebab V.I.P tu adalah very idiot person dan
lagi satu, saya baca dalam novel Suamiku Vampire, kalau kita minum air bekas minum
orang, maknanya kita dah cium dia.” Kataku lalu meninggalkannya. Tersembur
keluar dari mulut perempuan itu.
“Dan!” Jerit Harraz menghilangkan lamunanku.
“Aku nak kahwin.” Aku melatah. Malu rasanya.
Dean menahan gelak tetapi apakan daya, dia sudah tergelak sepuas-puas
hatinya.
“Apa kau kata?” Serentak semua rakan Daniel bertanya. Terlopong mereka.
“Eh, takde apa-apalah. Sampai bila korang nak ternganga ni? Makanan tu
dah tak sabar nak dimakan.” Kataku.
“Yelah. Eh, bukan ke hari ni Dan yang baca doa?” Ahzam mengingati Daniel
bahawa hari ini adalah harinya untuk bertugas membaca doa.
Aku menelan air liurku yang terasa amat pahit. Sebelum ini, aku tidak
pernah membaca doa di hadapan rakan-rakanku.
“Ye tak ye jugak kan.” Dean berkata tanda sudah mengingati janji mereka
semalam. Selalunya Dean atau Harraz yang membaca tetapi hari ini ketua mereka
yang membaca doa.
Daniel mula membaca doa makan. Sungguh lancar bacaannya.
“Kalau perempuan dengar boleh cair ni.” Puji Harraz.
Merah muka Daniel menahan malu. “Aku baca biasa-biasa je.” Daniel merendah
diri.
“Apa kata kau masuk Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah minggu depan.
Ramai lagi yang boleh masuk.” Ahzam memberi cadangan.
“Taknaklah aku.” Daniel berkata sambil makan makanannya.
“Masuk jelah,aku dengar hadiahnya lumayan tau. Kalau kau masuk, aku pun
nak masuk juga.” Harraz juga ingin masuk.
“Nantilah tengok macam mana.” Daniel mengatur langkahnya menuju ke dapur
kantin.
“Ibu, biar hari ni Dan tolong lagi ye?” Daniel berkata.
“Hari ni Dan tak payah tolong ibu ye. Biar ibu yang buat sendiri.”
Makcik Ana menolak.
“Takpe, biar Dan tolong.” Daniel mengambil kain yang tersangkut lalu
mengelap meja satu persatu.
Sedang kusyuk Dan mengelap, dia terlanggar seorang perempuan. “Sorry,
sorry. Saya tak sengaja.” Daniel menyambung mengelap meja tanpa melihat wajah
perempuan yang dilanggarnya tadi.
“Hoi, dahlah awak minta maaf tak pandang orang lepas tu air saya ni
taknak ganti ke?” Perempuan itu berkata.
Daniel mengangkat wajahnya. “Awak
lagi. Baiknya nasib saya hari ni jumpa dengan awak.” Daniel tersenyum.
“Nasib malang adalah. Air saya ni macam mana?” Perempuan itu bertanya.
“Sukahati awaklah nak buat apa.” Daniel menyambung mengelap meja.
“Senang betul awak cakap ye, ingatkan air ni free ke?” Perempuan
itu masih tidak berpuas hati.
“Khairul Ammar Daniel!” Panggil Ahzam.
“Khairina Asfiya Danisha!” Panggil rakan Danisha iaitu Syarifah Ainan.
“Kejap!” Serentak Daniel dan Danisha berkata.
“Anis!” Sekali lagi Ainan memanggil Danisha.
“Kita belum habis lagi Isha.” Daniel berkata sambil memegang kasar tangan
Danisha.
“Ammar, jangan panggil saya Isha. Panggil saya Anis, hanya Mama dan Papa
sahaja yang boleh panggil saya Isha.” Danisha tidak mahu Daniel memanggilnya
Isha. Dia menarik tangannya kasar untuk dilepaskan.
“Kenapa awak boleh panggil saya Ammar?” Jerit Daniel kepada Danisha
apabila Danisha sudah melangkah jauh.
Danisha dapat mendengar jeritan Daniel tetapi dia tidak mempedulikan.
“Papa, mana abang Am ye?” Tanya Khairil Imman Danish iaitu adik kepada
Daniel yang berumur 15 tahun.
“Abang Am pergi makan malam dengan kawan-kawan dia.” Kata Encik Amsyar.
Khairil Immar Darwisy adalah kembar Imman yang hanya muda beberapa minit sahaja
daripada Immar.
“Darwisy tengah buat apa?” Tanya Encik Amsyar kepada Darwisy yang sedang
menaip sesuatu di dalam laptopnya.
Belum sempat Darwisy berkata apa-apa sudah menjawab. “Darwisy buat apa lagi kalau
bukan chating dengan kawan dia tu.”
“Siapa kawan dia tu, lelaki ke perempuan?” Tanya Encik Amsyar.
“Lelaki dan perempuan sekali.” Senang sahaja Danish berkata.
Darwisy melihat kembarnya dengan pandangan yang tajam.
“Danish tak ada ke?” Encik Amsyar tidak kisah jika anaknya sudah ada
pasangan masing-masing tetapi dia tidak mahu anaknya berjumpa dengan pasangan
mereka berdua-duaan sahaja.
“Danish.. Danish..” Danish sudah tergagap-gagap. ‘Menyesal pulak aku
masuk campur hal abang Darwisy.’
“Danish ada jugaklah pa. Nama dia..” Danish menendang kaki Darwisy.
“Aduh, sakitlah Danish.” Darwisy mengaduh.
“Ada-ada jelah kamu dua ni. Papa nak suruh bibik buat makan malam.
Nanti papa dengar cerita korang lagi
ye.” Encik Amsyar menuju ke dapur.
Setelah Encik Amsyar berlalu, Danish berkata. “Kalau Darwisy bagitahu
siap Wisy. Nanti abang bagitahu jugak apa yang Darwish dah buat dengan kekasih
hati abang Am hari tu.” Danish mengugut.
“Yelah-yelah. Darwisy janji, Darwisy tak akan bagitahu tapi kalau abang
Danish bagitahu abang Am tentang hari tu, Darwisy akan bagitahu papa tentang
kekasih hati abang Danish.” Mereka berjanji.
“Tak baiklah kau buat macam tu. Dia tu kekasih kau tau.” Kata Daniel.
Daniel minum air milonya yang dipesannya tadi. “Aku tengok dia tu gedik
sangatlah. Siapa yang tak suka?” Kata Dean.
“Memanglah kau tak suka tapi tak baik kau buat macam tu kat dia. Tak
pasal-pasal Daniel dan kekasih dia yang sakit perut.” Ahzam berkata sambil
makan nasi goreng kampung iaitu makanan kegemarannya di dalam Restoran Jom
Lepak Kejap.
“Apalah kau ni, baru sehari jumpa kau dah kata kekasih?” Daniel tidak
menganggap Danisha adalah kekasihnya. Air coca cola yang diminum oleh Daniel
dan Danisha semasa waktu rehat di sekolah tadi adalah air yang diberikan oleh
Dean kepada Aisyah tetapi Aisyah memberikan air itu kepada Danisha. Akhirnya
Danisha dan Daniel yang terkena ubat sakit perut itu yang dibubuh oleh Dean.
“Apa salahnya kan?” Ahzam menjawab.
“Yelah-yelah. Sorrylah Dan sebab aku kau sakit.” Dean meminta maaf.
“Takpe, lagipun dah sembuh dah ni.” Tiba-tiba sakit perut Daniel datang
semula. Dia berlari kearah tandas.
“Aduhai, datang baliklah sakit perut Daniel tu.” Harraz menepuk dahinya.
“Bersalahlah aku kalau Daniel masih macam ni.” Dean berkata.
Ahzam sedang asyik makan berkata. “Dahlah, jangan fikirkan sangat pasal
benda dah jadi tu. Lebih baik kita makan.” Mereka sudah mula makan.
Selesai makan. “Korang rasa dah berapa lama Daniel dalam tandas?” Harraz
bertanya kerana sudah lama mereka menanti Daniel.
“Aku rasa dah nak dekat sejam kot.” Dean melihat jam tangannya.
“Biar aku pergi tengok.” Kebetulan Ahzam juga mahu ke tandas.
“Kalau ada apa-apa bagitahu aku ye.” Dean juga mengambil berat tentang
Daniel.
“Mana Daniel ni?” Ahzam mencari Daniel di dalam tandas tetapi tandas itu
kosong. Akhirnya, dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan rakan-rakannya
yang sedang menunggu di dalam kereta untuk mencari Daniel.
“Tak jumpa ke Zam?” Tanya Dean.
“Dah puas aku cari tapi tak jumpalah.” Ahzam berkata dengan penuh
kerisauan.
“Kita cari pakai kereta jelah.” Mereka mencari Daniel. Kelihatan
sekumpulan remaja lelaki sedang berkumpul di satu tempat yang sunyi.
Harraz memberhentikan kereta apabila seorang lelaki menghalang kereta
bapa Harraz. “Kau tak tahu ke kau dah langgar kawasan aku?” Tanya lelaki yang
berpakaian hitam berserta topeng di muka.
“Ma.. maaf bang. Kami.. ta.. tak.. ta.. hu.. hu..” Jawab Dean gagap.
“Panggil aku Brother Joe bukan abang.” Lelaki itu berkata kasar.
“Maaf Brother Joe, kami tak berniat nak kacau tempat ni. Kami
tengah cari kawan kami yang hilang, Brother Joe ada nampak tak?” Tanya
Ahzam dengan lancar.
“Ini ke kawan kau?” Seorang lelaki menolak Daniel ke kereta bapa Harraz.
Daniel sudah pengsan dengan bibirnya dan tangannya berdarah.
“Ya Allah, Daniel.” Harraz keluar dari keretanya lalu memukul sekumpulan
remaja itu manakala Dean dan Ahzam memapah Daniel baring di dalam kerata bapa
Harraz. Seorang demi seorang rebah kerana tindakan pantas Harraz memukul
mereka. Empat orang sahabat itu semuanya mempunyai ilmu takwando yang dipelajari
di kelas tusyen.
Daniel berasa kepalanya pening. Pandangannya kabur. Dia terlihat Ahzam
dan Dean sedang tidur diatas sofa dengan lena sekali manakala Harraz sedang
tidur sambil memegang tangan kirinya.
“Az.” Panggil Daniel sambil cuba untuk membangunkan Harraz menggunakan
tangan kanannya yang masih tercedera.
“Daniel. Alhamdulillah kau dah sedar. Dean, Zam, Daniel dah sedar.”
Harraz membangunkan dua orang rakannya yang sedang tidur dengan perbagai gaya.
“Kejaplah umi, 10 minit lagi.” Dean tidur semula manakala Ahzam sudah
menghampiri tempat Daniel dibaringkan.
“Apa yang kau merepek ni Dean? Bangunlah cepat.” Harraz berkata sambil
gelak kerana geli hati. Mungkin itu kebiasaannya yang dilakukan oleh Dean
apabila dibangunkan oleh ibunya.
“Eh, dah pagi ke?” Dean melihat cahaya yang terang di luar rumah
kondominium milik Harraz.
“Yelah. Daniel dah sedar dah ni.” Ahzam memberitahu Dean.
“Alhamdulillah, syukur Ya Allah.” Dean mengucap syukur.
“Eh Dean, kau kata kau nak buat sarapan untuk kami kan? Cepatlah buat
aku dah lapar ni.” Harraz berkata sambil memegang perutnya.
“Ok, aku nak buatlah ni.” Dean menuju ke dapur untuk membuat sarapan.
Dia hanya sedikit pakar dalam masak memasak ini tetapi kalau mahu dibandingkan
dengan 3 rakannya itu memang kalah.
“Kau dah ok ke Daniel?” Harraz bertanya apabila Daniel sudah duduk
diatas sofa.
“Aku dah ok cuma tangan aku ni yang masih sakit sikit.” Daniel berkata
sambil melihat tangannya yang sudah dibalut.
Setelah 10 minit berlalu, Dean kembali. “Sarapan dah siap.” Kebetulan
hari ini adalah hari Sabtu, jadi mereka tidak ke sekolah.
“Ok, jom makan.” Ahzam berkata lalu makan dengan berseleranya nasi goreng
buatan rakannya.
“Sedap ke?” Tanya Dean.
“Kali ini kau lulus.” Kata Ahzam.
Daniel minum air teh yang disediakan. Tiba-tiba mukanya menjadi pelik
dan tersembur keluar serentak dengan Harraz.
“Kenapa ni?” Dean cemas. ‘Takkan air ni aku gagal nak buat selalunya ok
je’
“Masinnya, kau letak gula ke garam?” Serentak Daniel dan Harraz berkata.
“Korang ni asyik serentak je, otak korang meniru erk?” Tanya Ahzam.
“Aku letak..” Dean mencari sesuatu. “Ni.” Dean menghulurkan garam yang
disimpan didalam sebuah bekas yang berlabel ‘garam’.
“Ni garamlah.” Harraz menunjukkan label itu.
“Aku lupa nak bacalah.” Dean tersengih-sengih.
“Air kau kali ni gagal.” Ahzam
berkata.
“Dahlah, sambung makan. Biar aku buat air milo untuk korang semua.”
Harraz mengambil jug yang disediakan di dapur lalu membancuh air milo.
“Dan, kau ceritalah macam mana kau boleh tercedera teruk macam ni
sekali?” Tanya Harraz sambil tangannya leka membancuh air milo.
“Tapi korang kena janji tau jangan bagitahu sapa-sapa.” Daniel membuat
keputusan untuk menceritakan segalanya kepada rakan-rakannya.
Daniel keluar dari tandas, tiba-tiba seorang lelaki menarik lengan
Daniel keluar dari pintu belakang restoran.
“Kau jangan dekat dengan Danisha lagi.” Ugut lelaki itu.
“Kenapa pulak?” Daniel hairan. Lelaki bertopeng itu menumbuk Daniel
tetapi lebih pantas Daniel mengelak. Segala pergerakan lelaki bertopeng itu
dapat dielak oleh Daniel. Daniel tidak mahu mencederakan lelaki itu tetapi
apabila dia sudah dikelilingi oleh sekumpulan lelaki yang nampak hebat-hebat,
dia terpaksa bertindak. Dia memukul seorang demi seorang tetapi apakan daya,
mereka terlalu ramai untuk dikalahkan oleh Daniel. Akhirnya Daniel dipukul
menggunakan besi sehingga Daniel tidak mendapat menahan kesakitan lalu dia
pengsan.
“Owh, macam tu. Kesiannya kau.” Harraz mengambil berat.
“Tapi kenapa dia taknak kau dekati Danisha?” Ahzam hairan.
“Mungkin dia suka kat Danisha kot.” Dean mengagak.
“Mungkin jugak.” Harraz juga setuju dengan kata-kata Dean.
“Jangan fikir yang bukan-bukanlah korang ni. Az, kau kata semalam nak
berlatih sama-sama untuk pertandingan Tilawah Al-Quran kan?” Tanya Daniel
sambil membuka balutan ditangannya.
“Yelah, lupa aku. Sebelum tu, aku nak cakap kat kau yang aku dah
bagitahu Papa kau yang kau tinggal kat rumah aku tapi aku tak bagitahu yang kau
cedera sebab aku tahu kau tak akan bagi aku bagitahu kan?” Harraz berkata
sambil menolong Daniel membuka balutan ditangan Daniel.
“Kau ni macam tahu-tahulah, kau memang kawan baik aku dan sepupu aku
yang terbaiklah. Aku fikir aku nak tinggal kat sini sehingga aku sembuh
sepenuhnya.” Daniel berkata.
“Ok, aku jugak akan tolong rahsiakan perkara ni daripada keluarga kau.”
Harraz juga ingin membantu.
“Oklah, jom kita mula baca.” Mereka pun mula membaca Surah An-Nisa ayat
1 hingga 77. Sungguh merdu suara Daniel dan Harraz.
“Apa? Isy sabotaj Kak Isha?” Perbuatan Darwisy pada hari itu telah
diketahui oleh Daniel.
Darwisy hanya mendiamkan dirinya sambil menundukkan kepalanya. Danish
berkata. “Isy tak bersalah. Danish yang bersalah. Danish yang plan semua tu.
Isy hanya ikut cakap Danish. Hukumlah Danish walau macam mana sekali pun.”
Memang betul kata Danish. Dialah yang merancang kesemuanya. Dia tidak sanggup
lagi mendengar adiknya ditengking seperti itu oleh abangnya.
“Am, sudah-sudahlah tu. Tahulah Danisha tu kekasih Am tapi janganlah
sampai tengking adik Am macam tu sekali.”
“Am tak marahkan sesiapa, Am cuma kasihan dengan Isha. Sebab Isy dan
Danishlah Isha kena hokum berdiri di atas meja sambil meletakkan beg diatas
kepala. Kalau abang Am dengar dan tengok Isy dan Danish buat benda macam tu
sekali, siap korang dan jangan cakap yang Kak Isha tu kekasih abang, abang
masih single.”
Danish dan Darwisy hanya mengangguk. Inilah kali pertama Daniel menasihati
adik-adiknya tentang kesilapan mereka.
Inilah masa yang dinantikan oleh para peserta bagi Pertandingan Tilawah
Al-Quran Peringkat Sekolah. “Daniel, kau dah sedia ke belum ni?” Tanya Harraz
kepada Daniel apabila selesai pendaftaran.
“Aku gementarlah.” Kata Daniel. Dari tadi dia asyik mengatur songkoknya.
“Tapi aku tengok kau macam cool je. Aku nak gi tandas dululah.” Harraz
terlalu gementar. Dari tadi dia asyik ulang-alik dari tandas walaupun namanya
sudah lepas.
“Sekarang, peserta yang
dinantikan oleh para penonton. Jejaka yang hensem lagi bergaya, siapa lagi
kalau bukan adik Khairul Ammar Daniel.”
Semua para pelajar tidak menyangka bahawa Daniel yang nakal disekolah
pandai mengaji. “Ish, aku tak cayalah dia pandai mengaji.” Danisha juga tidak
menyangka. ‘Malulah aku kalau macam ni.’
“Tempat kelima disandang oleh adik Khairil Imman Danish.” Ramai orang
menepuk tangan.
“Tempat keempat disandang oleh adik Khairina Asyfiya Danisha.” Hanya
sekumpulan perempuan sahaja yang menepuk tangan. Danisha menaiki tangga pentas dengan
tergesa-gesa akhirnya dia tersadung di tangga. Mukanya kelihatan merah.
“Top 3, tempat ketiga mendapat wang tunai RM250 disandang oleh adik
Khairil Immar Darwisy.” ‘Malu aku kalah dengan budak.’ Danisha malu.
“Papa!” Darwisy berlari mendapatkan Encik Amsyar.
“Tahniah anak papa.” Encik Amsyar mengusap kepala Darwisy.
“Tempat kedua, mendapat wang tunai RM350 dan sebuah basikal BMX disandang
oleh adik Harraz Shafi.” Ramai orang memberi tepukan kepada Harraz Shafi.
Seluruh penonton dapat meneka siapakah juara buat kali ini.“Johan
Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah ini, disandang oleh Khairul Ammar Daniel bin
Amsyar yang mendapat wang tunai sebanyak RM450 dan tiket ke Sarawak untuk 2
orang selama seminggu.” Para penonton memberikan tepukan yang gemuruh.
“I love you Daniel!” Seorang perempuan menjerit.
“Daniel, Daniel, Daniel.” Harraz berkata lalu diikuti oleh semua para
penonton. Daniel masih terkaku di kerusinya, dia bagaikan tidak percaya yang
dia telah menjadi johan buat kali yang pertama. Dia melangkah apabila Harraz
menolaknya.
Dia dapat melihat dari atas pentas yang keluarganya dan Danisha sedang
bersorak. Dia tersenyum kearah Danisha.
Danisha berhenti bersorak apabila melihat Daniel sedang memerhatikannya.
Dia menjelir lidah kearah Daniel.
“Dasyatlah abang kan papa. Ramai peminat.” Darwisy memuji abangnya.
Daniel turun dari pentas lalu menuju kearah keluarganya. Apabila hendak
pulang, dia nampak Danisha sedang memerhatikannya.
‘Ish, sapa perempuan kat sebelah dia tu ye. Cemburulah aku, mungkin
tunang dia kot.’ Danisha berkata didalam hatinya.
“Melepaslah kau Anis.” Kata Ainan.
“Melepas apa?” Ainan seperti tahu
apa yang dikatakan oleh Danisha didalam hatinya.
“Melepas sebab tak dapat jadikan Daniel suami kau.” Ainan berkata sambil
berjalan beriringan dengan Danisha.
“Mana ada.” Danisha berjalan lebih laju kerana dia perasan yang seorang
lelaki sedang menuju kearahnya.
“Anis, tunggulah aku.” Ainan berlari mendapatkan Danisha.
“Ok, papa balik dululah. Daniel balik akhir sikit hari ni, nak lepak dengan kawan.” Encik Amsyar hanya
setuju.
“Salamlah kakak dulu kalau ye pun
nak pergi. Akak kan nak pergi KL lepas ni.” Kata kakak Daniel, Amisya. Daniel
menyalam tangan kakaknya. Daniel sempat memeluk kakak kesayangannya itu.
“Bye abang. Love you.” Serentak Danish dan Darwisy berkata. Daniel hanya
tersenyum.
“Isha!” Danisha tahu siapakah empunya suara. Dia berjalan lebih laju.
“Isha!” Sekali lagi Daniel memanggil Danisha.
“Awak nak apa?” Danisha memberhentikan langkahnya.
“Tak ada apa-apalah.” Daniel berkata.
“Kalau tak ada apa-apa jom teman saya pergi shopping?” Ainan berkata.
Danisha mencuit bahu Ainan. “Aduh, sakitlah Anis.”
“Jom, daripada kita layan mamat ni baik kita makan kat kedai seberang
sana tu.” Danisha membawa Ainan berjalan bersamanya. Daniel hanya memerhatikan
langkah Danisha. “Semoga kita berjumpa lagi Isha.” Daniel berkata.
“Diamlah kau, Ammar.” Danisha berlari lagi pantas menyeberang jalan raya
apabila melihat tiada kereta yang lalu lalang manakala Ainan ditinggalnya
sahaja.
Sebuah kereta sport berwarna hitam putih meluncur laju di jalan raya.
Oleh kerana Danisha terlalu leka, dia tidak sedar. Kereta itu semakin
menghampiri Danisha.
“Isha!” Daniel menjerit lalu menolak Danisha. Daniel tergolek di jalan
raya manakala Danisha sudah pengsan. Kepala Daniel berdarah. Mungin kerana
hentakan yang kuat semasa dia terjatuh tadi. Pemandu yang membawa kereta sport
itu telah melarikan diri meninggalkan tempat itu.
“Daniel!” Tiga orang sahabatnya yang baru sahaja makan dari sebuah
restoran berlari mendapatkan Daniel. “Dean, kau telefon ambulan sekarang. Kau
telefon.” Harraz marah. Dia berlari laju mendapatkan keretanya lalu mengejar
pemandu kereta sport yang melanggar Daniel. Dean mengambil telefonnya lalu
menelefon ambulan.
Daniel dan Danisha dibawa ke hospital. “Macam mana boleh jadi macam ni
Zam, Dean?” Tanya Encik Amsyar penuh kerisauan.
“Kami pun tak tahu sebab kami datang masa dia dah terbaring dekat jalan
raya.” Dean memberitahu. Mukanya nampak bimbang.
“Zam, Daniel macam mana?” Harraz datang dengan bajunya yang berdarah dan
tangannya tercedera.
“Ya Allah, macam mana kau boleh jadi macam ni Az?” Tanya Ahzam.
“Aku tanya Daniel macam mana?” Harraz marah.
“Harraz, bawa bersabar. Kami pun tak tahu apa yang dah jadi dengan Daniel.”
Encik Amsyar cuba menenangkan Harraz.
Seorang doktor lelaki keluar dari
wad kecemasan. “Daniel kekurangan darah. Dia memerlukan darah jenis O.” Kata
doktor itu.
“Saya kawan dia, saya nak derma darah untuk dia.” Harraz ingin menderma
darah untuk Daniel.
“Maaf, tangan awak masih tercedera. Ianya mungkin mengambil risiko yang
tinggi terhadap awak.”
“Saya sanggup walaubagaimanapun risikonya.” Harraz masih mahu menolong
sepupunya.
“Baiklah, ikut saya.” Doktor itu membawa Harraz ke sebuah bilik.
“Anak encik dah boleh dibawa balik.” Kata Doktor Amir.
“Alhamdulillah, terima kasih doktor.” Encik Amsyar membawa Daniel
pulang.
“Papa, Am nak pergi tengok Az kejap.” Daniel menuju kearah sebuah bilik
yang terdapat ramai pesakit. Daniel mencari Harraz.
“Az, kau ok tak ni?” Daniel bertanya apabila melihat Harraz menggenggam
tangan kanannya seperti orang yang sedang menahan kesakitan.
“Aku ok.” Harraz terus menutup matanya.
“Az, Az!” Daniel memeluk Harraz.
“Hahaha, kau dah kena Daniel.” Harraz ketawa.
“Hoi, aku rasa nak cekik-cekik kau kat sini. Ingat benda ni boleh buat
main ke?” Daniel marah.
“Rilekla kawan. Aku gurau je, janganlah marah-marah. Cuba kau senyum, tak
nampak muka hensem kau tu tau kalau kau marah-marah.” Harraz memujuk Daniel.
“Ye ke tak nampak muka hensem? Yelah, aku senyum.” Daniel tersenyum.
“Jomlah, doktor kata aku pun dah boleh balik.” Harraz dan Daniel balik
bersama-sama.
“Papa, kenapa Daniel tak boleh tahu bakal isteri Daniel siapa?” Daniel
ingin bersemuka dengan bakal isterinya. Sekarang, dia sudah berumur 26 tahun.
Majlis perkahwinannya adalah esok.
“Papa nak buat kejutan.” Encik Amsyar berkata.
“Oklah papa, Daniel nak tidur. Assalamualaikum.” Daniel menuju ke
biliknya.
“Waalaikummussalam.” Encik Amsyar menuju kebiliknya juga.
“Hoi, Az. Pergilah kat katil kau. Aku nak tidur ni.” Harraz tidur
dirumah Encik Amsyar selama seminggu kerana ibubapanya tiada dirumah.
“Tilam kau empuklah, aku nak tidur kat sini.” Harraz menarik selimut
Daniel lalu tidur dengan nyenyak. ‘Cair kalau perempuan kalau tengok dia ni
tidur.’ Daniel melihat muka hensem dan comel milik Harraz yang tidur dengan
gaya seperti kebudak-budakkan.
Daniel tidak sampai hati mahu mengejutkan Harraz jadi dia tidur di katil
Harraz yang mempunyai banyak patung. ‘Apa nak jadilah dengan Az ni, banyak
betul teddy bear dia.’ Daniel mengemas patung yang bersepah diatas katil Harraz
lalu tidur. Sebenarnya itu adalah patung kakaknya yang sedang bekerja di Australia.
“Daniel, aku hairanlah. Kenapa papa kau suruh aku bersiap pakai baju
macam pengantin jugak ye?” Harraz hairan.
Daniel yang sedang mengatur songkoknya berkata. “Manalah aku tahu, aku
tengok macam kau pun nak kahwin lagaknya.”
“Daniel, Harraz, cepat keluar. Akad nikah tak lama lagi ni.” Encik
Amsyar memanggil Daniel dan Harraz.
Mereka keluar dari bilik. Harraz melihat ibu dan bapanya berdiri di luar
pintu. “Eh, mama cakap mama dengan papa nak pergi umrah semalam?” Tanya Harraz
hairan.
Dato Yusof bisik di telinga Harraz. “Apa? Papa ni.” Harraz kelihatan
terkejut tetapi masih tenang.
“Alah, senanglah kalau sekali.” Puan Hajar berkata.
“Yelah.”
“Harraz, Daniel. Bila nak mula ni?” Encik Amsyar sudah tidak sabar.
‘Khairina Asfiya Danisha’ “Apa?” Terkeluar kata-kata itu dari mulut
Daniel.
‘Saya suruh awak lafaz ni.”
“Saya terima nikahnya Khairina Asfiya Danisha Binti Zakaria dengan mas
kahwin sebanyak RM130 ringgit tunai.”
“Sah?”
“Sah.
“Sah?”
“Sah.
Selesai sahaja upacara akad nikah, Daniel mencapai cincin lalu
dimasukkan ke jari manis Danisha. Daniel tersenyum manakala Danisha membuat
senyuman plastik.
Daniel mahu mencium dahi Danisha. Baru sahaja mahu mencium, Danisha
menolak tubuh ringan Daniel perlahan tetapi badan Daniel tidak dapat
menolongnya untuk duduk semula. Akhirnya Daniel terbaring. ‘Nasib baik sikit je
orang datang, kalau tak malu dibuatnya.’
Sekarang adalah majlis akad nikah Harraz.
“Aku terima nikahnya Nur Anazah Binti Razak dengan mas kahwin sebanyak
RM1000 ringgit tunai.” Harraz melafazkan dengan lancar.
Daniel masuk ke dalam biliknya dan Danisha tanpa memberi salam. “Siapa
suruh awak masuk?” Tanya Danisha serius.
‘Terkejut aku dibuatnya. Tak sangka dengan suami pun nak garang macam
tu.’ Daniel keluar balik dari bilik itu lalu mengetuk. “Assalamualaikum, boleh
saya masuk?”
“Masuk.” Danisha berkata kasar.
“Awak lupa jawab salam, jawablah dulu.” Daniel sudah duduk di atas sofa
bilik mereka.
“Sukahati sayalah.” Kebetulan Encik Amsyar baru sahaja mahu masuk ke
dalam bilik Danisha dan Daniel, dia tidak jadi mahu masuk ke dalam bilik itu
apabila mendengar Daniel dan Danisha mahu bergaduh. ‘Biarlah diaorang dulu,
baru kahwin kan dikatakan. Mesti ada gaduh-gaduh.’
“Dahlah, saya nak keluar.” Apabila mendengar Daniel mahu keluar, Encik
Amsyar segera menuju ke dapur.
“Sebelum tu, tutup pintu bilik.” Danisha memberi pesanan kepada Daniel.
Daniel hanya mengangguk. Daniel bukannya takut tetapi dia tidak mahu membantah
arahan Danisha kerana Ainan kata Danisha memang susah untuk dipujuk.
“Assalamualaikum, Harraz.” Daniel memberi salam di bilik Harraz yang
hanya sebelah sahaja dengan biliknya kerana rumahnya agak jauh dari rumah Encik
Amsyar.
“Waalaikummussalam, kejap ye sayang.” Harraz menuju kearah pintu.
“Kenapa?” Tanya Harraz.
“Macam mana kau punya isteri, ok tak?” Daniel juga ingin tahu bagaimana
keadaan Harraz dengan isterinya Anazah.
“Aku ok je. Kau ni, kacaulah. Kenapa? Isteri kau tak suka kau ke?”
Harraz cuba meneka.
“Aku tak tahulah. Korang tengah buat apa tadi, aku dengar suara kau dan
Ana menjerit tadi.” Daniel tadi terdengar suara Harraz dan Anazah yang kuat.
“Kami main baling-baling bantal.” Kata Anazah sambil tersengih-sengih.
Dia tengah mengatur tudungnya. Dia terlalu tergesa-gesa tadi untuk memakai
tudung jadi dia nampak serabut.
“Tak ada apa-apa lagi kan? Bye.” Harraz menutup pintu.
“Kenapa abang buat Daniel macam tu, dia macam nak cakap sesuatu dengan
abang tadi.” Anazah kasihan melihat Daniel yang baru sahaja mahu berkata-kata
tetapi Harraz sudah menutup pintu.
“Biarlah, abang nak bermanja-manja dulu dengan sayang.” Harraz
mencempung badan Anazah lalu membaringkan Anazah di atas katil.
“Abang ingat sayang ni bayi ke nak kena bawa macam tu sekali?” Anazah
berkata dengan suara yang manja sambil membuka tudungnya.
“Memang pun.” Harraz baring di sebelah Anazah.
“Assalamualaikum, papa ajak makan malam.” Daniel mengejutkan Danisha
yang berada di dalam bilik.
“Kejap, awak pergilah dulu.” Danisha memakai tudungnya.
“Taknaklah, saya nak jalan dengan awak sekali.” Daniel masih diluar
bilik.
“Pergilah dulu.” Danisha berkata dengan nada yang tinggi.
“Yelah.” Daniel menuju ke ruang makan.
“Mana Danisha?” Tanya Encik Amsyar.
“Masih dalam bilik.” Daniel berkata sambil menuang air jus oren ke dalam
gelasnya.
“Daniel bergaduh dengan Danisha ke?” Puan Hamizah iaitu ibu Danisha
bertanya manakala Harraz dan Anazah sedang bersuapan antara satu sama lain.
“Taklah mummy.” Daniel menyembunyikan perkara yang sebenarnya.
“Sorrylah sebab anak mummy ni memang kasar sikit orangnya.” ‘Bukan
sikit, banyak dah.’ Sempat lagi Puan Hamizah mengata anaknya.
Danisha baru sahaja turun dari
tangga terus mendekati ruang makan. Tinggal satu lagi kerusi yang berada di
sana, dia terpaksa duduk bersebelahan dengan Daniel.
‘Takpe, sabar jelah. Tunggu sehingga kita keluar dari rumah ni.’ Danisha
berkata-kata di dalam hatinya.
“Kamu nak honeymoon ke mana Ammar?” Tanya Encik Amsyar.
“Ammar dah tempah tiket ke sarawak, Am nak pergi sana jelah lagipun Am
tak pernah pergi ke sana.” Daniel akan ke sana selama seminggu.
“Papa pulak nak bawa Isy dan Danish ke Melaka jadi papa suruh ibu dan
bibik je yang jaga rumah ni.” Encik Amsyar juga sudah merancang mahu ke Melaka.
“Ammar, mana baju jubah hitam saya?” Tanya Danisha yang masih berada di
dalam bilik mengemas barangnya.
“Tulah awak, saya suruh awak sediakan malam tadi awak taknak. Saya dah
kemas barang awak, dah letak dalam kereta dah pun.” Daniel masuk ke dalam
keretanya.
“Kenapa tak bagitahu awal-awal. Kalau tak, tak payahlah saya susah-susah
sediakan yang baru.” Danisha masuk ke dalam kereta lalu kereta itu menuju ke
Lapangan Terbang Kuala Lumpur.
“Dah sampai.” Daniel memberhentikan kereta di tempat parking
kereta lalu mengeluarkan semua beg-beg dari kereta itu.
“Kereta ni macam mana?” Danisha bertanya.
“Pak Mat kata nanti dia ambil.” Pak Mat adalah pemandu bapa Daniel.
Danisha membawa begnya.
Semasa di dalam kapal terbang, makanan dan minuman disediakan. Danisha
sedang tidur di sebelah Daniel. “Isha, kita dah sampai ni.” Daniel membangunkan
Danisha. Danisha membawa beg tangannya manakala Daniel hanya membawa kamera.
Itulah hobi Daniel jika dia pergi melancong.
‘Ish, laki aku ni tak layan aku langsung. Dia ingat kamera tu lebih
berharga ke dari isteri dia ke?’ Danisha geram.
“Isha, awak nak makan apa?’ Tanya Daniel yang sedang berada di kaunter
untuk memesan makanan.
“Saya nak burger ni.” Danisha menunjukkan burger kegemaran Daniel.
“Air?”
“Air milo.” Sama sahaja dengan air kegemaran Daniel.
“Isha, awak bayar guna duit ni ye. Saya nak pergi jalan-jalan dekat
kawasan ni je.” Daniel memegang kamera yang di gantung di lehernya untuk
mengambil gambar.
“Sayang!” Walaupun Amisya adalah kakak Daniel tetapi Amisya lebih senang
jika adiknya memanggilnya dengan panggilan yang lebih manja.
“Am!” Amisya terkejut.
“Ammar buat apa kat KL?” Tanya Amisya.
“Ammar pergi honeymoon.” Daniel memberitahu Amisya.
“Ammar!” Danisha menuju kearah Daniel.
“Ni sapa ni Am?” Tanya Danisha.
“Saya girlfriend dia.” Amisya bergurau.
“Ammar, awak dah tak sayang saya lagi ke?” Tanya Danisha mengalirkan air
matanya sambil memeluk tubuh Daniel.
Buat kali pertamanya Daniel dipeluk oleh Danisha. “Bila pulak saya cakap
saya tak sayang awak, awak tu yang garang sangat. Kalau awak nak tahu, nilah
kakak saya. Dia bekerja kat Kuala Lumpur.” Daniel tersenyum.
“Korang memang jahatlah.” Sebenarnya Danisha malu, dia menuju ke sebuah
kedai coklat.
“Isha, Isha sayang. Janganlah macam ni, tak cantik tau kalau Isha
merajuk.” Sekali lagi Danisha memeluk Daniel tanpa rasa malu terhadap orang
yang melihat mereka.
“Ainan kata Isha ni susah nak dipujuk tapi bila dengan Ammar, Isha
senang dipujuk.” Selama ini, inilah antara sebab-sebab Daniel tidak mahu
membantah kata-kata Danisha.
“Isha tak sanggup nak merajuk lama-lama dengan Ammar.” Danisha memeluk
Daniel lebih erat.
“Kalaulah Am tahu yang Isha macam ni masa mula dulu, tak payahlah Am nak
ikut je cakap Isha.” Daniel tersenyum.
“Amboi, kak Misya ni dah tak dilayan ke? Macam dah jadi dinding dah kat
sini.” Amisya sedang berdiri bersebelahan dengan Daniel.
“Yelah, kita makan kat Mc Donald ye kak Misya?” Daniel memberi cadangan.
“Boleh jugak tu.”
“Isha, kenapa Isha taknak panggil Ammar abang?” Tanya Daniel yang sedang
menonton televisyen di dalam bilik hotel Hilton. Dia terus menutup televisyen.
Itulah kebiasaan mereka, kalau tidak menutup televisyen pasti mereka tidak
menumpukan perhatian antara satu sama lain.
“Sebab Isha tak biasa. Am?” Jujur Danisha.
Sama juga jawapan Daniel dengan Danisha.
“Kita keluar lepas ni nak? Pergi waterfront.” Ajak Daniel.
“Boleh, boleh bla.” Kata Danisha yang sudah bersedia untuk berlari.
“Isha!” Daniel mengejar Danisha. Mereka berkejaran di dalam bilik yang
kecil itu, akhirnya Danisha dapat ditangkap.
“Cepatlah bersiap, kalau tak Am cium Isha.” Muka Daniel nampak serius.
Danisha berkata. “Yelah, Isha nak pergi tukar baju kejap.” Danisha masuk
ke dalam bilik air dengan membawa pakaian salinan.
“Dah ke tu?” Tanya Daniel. Hampir setengah jam dia menunggu Danisha.
“Kejap, Isha tengah pakai tudung ni.” Danisha keluar dari bilik air.
“Ok, jom.” Mereka keluar dari bilik hotel. Tanpa merekas sedari,
seseorang telah memerhatikan mereka.
‘Hidup kau akan hancur Daniel!’
“Isha makan aiskrim comotlah.” Daniel mengelap mulut Danisha yang comot.
“Mana ada. Ammar memang suka makan aiskrim perisa coklat ke?” Tanya Danisha.
“Ye, Isha pulak?”
“Isha suka perisa vanilla.” Danisha berjalan beriringan dengan Daniel
menghirup udara malam di waterfront.
“Apa makanan kegemaran Isha?” Tanya Daniel. Mereka sudah mula berbual
dengan rancak.
“Isha suka makan roti John kat restoran baru papa. Kalau Am?” Roti John
itu adalah buatan Daniel tetapi Danisha tidak mengetahuinya.
“Am suka makan Isha.” Kata Daniel.
“Kenapa Am taknak makan Isha sekarang?” Danisha bergurau.
“Nak Ammar makan sekarang ke?” Tanya Daniel.
“Bolehlah.” Danisha masih bergurau.
Daniel mengambil tangan Danisha lalu digigitnya. “Aduh, sakitlah. Tu
lah, terpengaruh sangat dengan novel Suamiku Vampire tu. Tengok, dia sendiri
dah jadi vampire.” Danisha membebel.
“Biarlah, novel tu best apa. Kalaulah Am dapat jadi macam Danish kan
best.” Daniel sudah berangan-angan.
“Habis tu Isha ni macam mana? Nak buang ke tepi ke?” Danisha berkata.
“Kalau boleh nak buang dalam tong sampah rasanya.” Daniel berlari takut
dikejar oleh Danisha.
Danisha mengejarnya sehingga Daniel sakit perut. “Aduh, sakitnya perut
Am.” Daniel mengaduh.
“Kenapa ni Am? Jomlah Isha temankan Am.” Mereka menuju ke tandas awam.
“Isha tunggu kat sini ye. Jangan pergi mana-mana.” Sempat Daniel
berpesan sebelum masuk ke dalam tandas awam.
Danisha masih menunggu Daniel di luar tandas dengan membaca novel
Suamiku Vampire milik Daniel. ‘Betullah, memang best. Patutlah Am suka.’
Sedang dia kusyuk membaca, seseorang menutup matanya menggunakan
tangan. “Cuba teka, siapa ni?” Bunyi
suara itu adalah suara milik wanita.
“Emm, Anazah kan?” Danisha cuba meneka.
“Betul tu, pandai kau teka.” Anazah adalah rakan baiknya semenjak tadika
lagi merangkap isteri sepupu Daniel, Harraz.
“Mana suami kau?” Tanya Danisha.
“Harraz tengah berbual dengan kawan dia kat sebelah sana tadi.” Anazah
menunjukkan tempat Harraz berbual dengan rakan-rakannya.
Semasa mereka sedang berbual-bual, dua orang lelaki menghampiri mereka
dari belakang dan terus menutup mulut Danisha dan Anazah serentak menggunakan
kain yang terdapat sesuatu cecair. Mereka pengsan.
“Dah bangun pun puteri kesayangan
aku ni. Kesiannya kau.” Lelaki itu memegang wajah Danisha.
“Zack!” Serentak Danisha dan Anazah berkata.
“Ye, Ahmad Dafi Zaki.” Zack menyebut nama penuhnya. Semasa sekolah
menengah, Zack pada mulanya adalah kekasih Danisha tetapi mereka telah putus
kerana Danisha ternampak Anazah keluar dengan Zack menyebabkan hubungan
persahabatan mereka juga hancur tetapi Anazah juga terperangkap akhirnya dan
hubungan persahabatan itu disambung semula.
“Kau nak apa lagi dengan kami? Cukuplah kau dah permainkan hati kami.
Kami dah bahagia dengan suami kami.” Anazah bersuara.
“Aku lebih suka kalau kau dan Danisha bahagia dengan aku.” Kata-kata itu
membuatkan hati Danisha dan Anazah sakit.
“Kau tak puas lagi ke kahwin dan cerai kau tu?” Akhirnya Danisha juga
bersuara.
“Aku tak akan puas buat selama-lamanya. Hahaha!” Zack ketawa.
“Bos, apa kita nak buat dengan adik cantik manis dua orang ni bos?”
Tanya salah seorang konco Zack iaitu Sariman tetapi orang selalu memanggilnya
dengan panggilan Arim.
“Kali ni korang tak boleh sentuh mereka kalau tak korang akan kena ni.”
Zack memberi amaran sambil memegang pistolnya.
‘Mati? Aku belum bersedia lagi nak mati.’ Arim menelan air liurnya.
Zack mengambil telefon bimbitnya lalu menelefon seseorang. “Hai Daniel.
Kau tengah cari isteri kau sekarang ni kan, cuba kau dengar suara dia.”
Zack mahu mencium Danisha. “Jangan!” Danisha menjerit.
“Kau jangan buat yang bukan-bukan dengan Anis, Zack.” Anazah berkata
sambil menendang Zack dengan kakinya yang sudah terikat.
Daniel terkejut. “Zack, kau jangan apa-apakan isteri aku.” Harraz juga
mendengar perbualan Zack dan Daniel.
“Apa? Aku tak dengarlah. Aku cuba bagi kau dengar suara isteri kau ni
buat kali yang terakhir.” Zack terus menutup telefon bimbitnya.
“Kau ikut aku sekarang Dan.” Kata Harraz tergesa-gesa sambil membaca
mesej di dalam telefon bimbitnya. Muka Daniel dan Harraz penuh kerisauan.
Harraz membawa kereta dengan had yang hampir paling laju.
“Kau ni boleh lagi nampak cool bila isteri kau ada masalah.” Daniel
berkata sambil memegang tali pinggang keledarnya dengan kuat.
“Mana ada aku cool, aku tengah risau ni tau. Dah Allah mentakdirkan muka
aku sentiasa cool nak buat macam mana.” Harraz meningkatkan lagi kelajuan
keretanya. Daniel pula sudah mengucap berkali-kali dan berzikir untuk
menenangkan dirinya.
“Esok kita kahwin ye Danisha dan kau pulak Ana, aku akan jadikan kau
isteri kedua aku selepas aku kahwin dengan Anis.” Zack duduk di kerusi di dalam
rumahnya.
“Zack, aku tak suka kau. Aku taknak kahwin dengan kau.” Danisha dan
Anazah berkata serentak.
“Tetapi nak buat macam mana kan, korang akan jadi milik aku tak lama
lagi.” Zack ketawa sepuas-puas hatinya. Dia mendekati Anazah kerana ingin
membuka tudung Anazah. Danisha pula sudah meronta-ronta untuk menolong Anazah
tetapi dia sudah tidak terdaya lagi. Badannya menjadi semakin lemah.
Baru sahaja Zack mahu membuka tudung Anazah, Daniel dan Harraz datang
serentak. “Berhenti!” Serentak Daniel
dan Harraz berkata. Semasa Zack leka bercakap dengan Daniel melalui telefon,
Anazah bersusah payah menghantar alamat rumah Zack dengan tangannya yang
terikat.
“Kau ingat kau kata berhenti tu aku akan berhenti ke?” Tanya Zack. Dia
cuba melakukan perkara yang terbantut tadi.
Zack tidak sempat berbuat apa-apa lagi Daniel sudah menuju kearah Zack
lalu menyepak Zack jauh dari Anazah dan Danisha.
“Arim.” Panggil Zack. Sariman sudah tahu mengapa Zack memanggilnya, dia
memanggil konco-konco Zack yang lain
lalu mereka bertumbuk-tumbukan dengan Daniel dan Harraz tetapi Harraz lebih
cepat bertindak dan ramai konco-konco Zack sudah tidak terdaya mahu melawan
Harraz dan Daniel. Mereka mengundur ke belakang Zack.
“Kau dah kalah Zack.” Daniel cuba mendekati Zack tetapi dihalang oleh
Harraz.
“Bertenanglah Dan, kau selamatkan dulu isteri kau dengan Ana. Nanti aku
datang, korang tunggu dalam kereta dulu.” Harraz dan Zack sudah memulakan
pergaduhan.
“Ana, Isha, korang tunggu dalam kereta ye dan telefon polis. Saya nak
jaga kat luar kereta. Daniel risau akan Harraz tetapi dia tidak mahu membantah
arahan Harraz. ‘Mungkin Az dah ada plan
dia sendiri kot.’
Zack rebah dengan bibirnya yang berdarah. “Aku minta maaf Zack.” Harraz
menghulurkan tangannya terhadap Zack.
“Kenapa kau tak bunuh je aku?” Zack hairan.
“Membunuh itu dosa Zack. Kau masih ada masa untuk bertaubat jadi aku
bagi kau peluang.” Harraz sekali lagi menghulurkan tangannya untuk membantu
Zack tetapi Zack tidak menghargai. Dia menikam Harraz menggunakan pisau yang
berada di dalam poket seluarnya tetapi lebih pantas Harraz mengelak. Sekali
lagi Zack cuba menikam Harraz, Harraz terpaksa menendang Zack. Pisau yang
berada di tangan Zack tercampak jauh dari Zack dan Harraz. Polis datang lalu
Zack dihantar ke balai polis.
“Abang, Naufal asyik menangis je dari tadi. Abang temankan dia sekejap,
sayang nak buat susu untuk dia.” Harraz segera ke bilik.
“Alahai, anak papa kenapa ni?” Harraz membaringkan Naufal Fikhri iaitu
anaknya di pangkuannya.
“Dah berhenti pun nangis anak papa ni.” Harraz hairan. Setiap kali
anaknya dengan Anazah pasti anaknya akan nampak gelisah tetapi apabila
dengannya Naufal nampak selesa dan tenang. ‘Mungkin manja dengan aku kot.’
“Isha!” Panggil Daniel.
“Kejap ye. Isha baru nak buat makan malam.” Daniel menghampiri Danisha.
“Baru nak buat ke? Takpe, hari ni biar Am yang buat. Isha cari baju Am
yang berwarna hitam macam Isha ni ye.” Daniel mengambil kuali.
“Am pandai ke masak?” Danisha berkata.
“Mestilah pandai. Am kan Ammar Masterchef musim kedua.” Daniel
tersenyum.
“Yelah tu. Kalau tak sedap siap Am. Isha hukum Am kemas rumah dan basuh
baju esok.” Danisha tahu yang suaminya pandai memasak jadi dia pasti yang
Daniel tidak akan terkena hukuman yang diberikan olehnya itu.
“Isha.” Panggil Daniel ingin berkata sesuatu.
“Ada apa?” Danisha masih berada di hadapan Daniel.
“Am nak cakap yang..” Ayat Daniel tergantung.
“Am apa? Cakaplah.” Danisha marah.
“Ganasnya isteriku.” Daniel sudah bersedia untuk langkah seribu.