Monday, November 12, 2012

Cerpen: Dia Suamiku



Rifqi Afham, Nafis Iqbal dan Rafiq Arsyad adalah tiga sahabat baik semenjak sekolah rendah lagi. Umur mereka sekarang adalah 16 tahun. Cikgu telah melantik Rifqi sebagai penolong ketua pengawas, Nafis ketua kelas manakala Rafiq sebagai penolong ketua kelas 4 A. Ketiga-tiga mereka adalah anak orang berada. Rifqi Afham adalah seorang yang nakal, hensem  serta pandai tetapi kelemahannya adalah sensitif dengan perkataan hantu, terkejut, terlalu stres dan takut. Nafis Iqbal adalah seorang yang nakal, hensem dan pandai manakala Rafiq Arsyad pula seorang yang pandai, hensem, nakal serta suka mengacau perempuan.Walaupun dari segi disiplin mereka teruk tetapi dari segi sukan dan akademik mereka amat pandai.

Suatu hari, Rafiq mengajak dua orang rakan baiknya itu untuk membuli seorang lelaki yang baru keluar dari tandas. “Geng, jom kacau budak form 1 tu, nak tak?” Tanya Rafiq kepada Nafis dan Rifqi.
“Aku taknak cari pasal lagipun hari ni aku tak ada mood. Hampir setiap hari kita kena marah oleh cikgu. Semuanya pasal idea kau.” Kata Nafis tidak setuju dengan cadangan Rafiq.
Melihat bantahan Nafis, Rafiq berpaling kearah Rifqi pula. “Aku pun taknak, aku kan penolong ketua pengawas. Mestilah menunjukkan contoh yang baik.” Kata Rifqi juga membantah.
Walaupun mereka sudah banyak membuat hal di sekolah, cikgu tetap berkeyakinan yang mereka bertiga boleh menjalankan tugas yang diberikan. “Yelah tu. Kau pun berpakat dengan kami  hari tu kenakan cikgu. Bukan hari tu je tau, selalu dah.” Kata Rafiq.
“Nafis!!” Tiba-tiba seorang perempuan dari jarak jauh memanggil Nafis sambil melambai-lambai tangannya.
“Alamak, geng. Minah gedik dah sampai. Aku lari dulu ye.” Kata Nafis lalu meninggalkan rakan-rakannya.
“Nafis mana?” Tanya Farhana kepada Rifqi dan Rafiq setelah Nafis melarikan diri.
“Dia pergi bertugaslah. Kan dia ketua kelas, mestilah sibuk.” Kata Rafiq mereka cerita.
“Habis tu, Korang ni. Tak sibuk?” Tanya Farhana.
“Kami pergi tandas je tadi. Yang awak sibuk pergi kawasan tandas lelaki ni, kenapa?” Tanya Rifqi.
“Saja je. Rifqi, kita rehat sama-sama hari ni? I belanja you, nak tak?”Tanya Farhana. Suaranya tiba-tiba lembut.
“Ermm.. Bukan taknak tapi saya.. ” Rifqi memikirkan sesuatu untuk dijadikan alasan. Hari ini dia tiada mood mahu melayan minah gedik yang dikatakan oleh Nafis itu.
“You makan dengan I jelah.” Tiba-tiba Rafiq menyampuk.
“Bolehlah. Datang tau masa rehat ni.” Kata Farhana lalu meninggalkan Rifqi dan Rafiq.
“Aku nak pergi hantar duit kat abang aku ni. Oklah aku pergi dulu. Assalamualaikum.” Kata Rifqi lalu meninggalkan Rafiq.
“Waalaikummussalam.” Rafiq menjawab salam lalu pergi mencari Nafis yang sudah melarikan diri.
                   
“Abang, nah duit. Lain kali jangan lupa lagi tau. Umi marah tadi.” Kata Rifqi.
“Ok. 5 ringgit lagi tu bagi kat abang Isy.” Kata Muhd Rafqa Asyraf iaitu abang kembar kepada Muhd Rafqi Isyraf.
“Ok.”Kata Rifqi lalu menuju kearah abang keduanya dan memberikan wang baki abang sulungnya.
Kringg!!
Loceng mengadakan waktu rehat, Rifqi segera berkumpul di tempat sahabat-sahabatnya selalu makan.
“Aku nak pergi makan dengan Farhana lepas ni. Korang nak ikut tak? ” Tanya Rafiq.
“Taknaklah. Aku gelilah dengan dia. Kau tak geli ke? Melebih sangat aku tengok.” Kata Nafis sambil membuat aksinya yang geli itu.
“Tak, aku dah biasa. Tengok tu, semuanya kekasih aku.”Kata Rafiq sambil menunjukkan sekumpulan wanita yang sedang berbual-bual.
“Baik-baik sikit, kawan. Awek aku pun ada kat situ. Dasar playboy.” Kata Nafis  bergurau.
“Sorry bro. Aku dah cop dia dulu. Aku pergi dulu. Assalamualaikum.”Kata Rafiq lalu meninggalkan kedua-dua rakannya.
“Waalaikummussalam.”  Jawab Nafis dan Rifqi serentak.
Selesai makan, mereka terus ke kelas. Loceng mengadakan masa rehat sudah tamat. Nafis masih leka dengan laptop pemberian ayahnya iaitu Acer. Dia sedang online di fb manakala Rifqi membuka songkoknya lalu tidur sebentar dengan meletakkan kepalanya di atas meja. Sekolah mereka memang dibenarkan membawa telefon bimbit, laptop dan lain-lain.

“Bye.”Kata Rafiq lalu meninggalkan Farhana dan menuju ke kelasnya.
Rafiq duduk di kerusinya. Tiba-tiba cikgu masuk.
“Assalamualaikum, cikgu. ” Kata Nafis lalu rakan-rakan lain mengikut.
Habis sahaja kelas, Rafiq pergi kearah Encik Akmal Hafiz iaitu bapanya dan terus pulang ke rumahnya manakala Rifqi dan Nafis balik menaiki basikal.
“Af, jom balik. Nanti lewat susah nak balik.” Kata Nafis kepada Rifqi.
“Oklah, jom.” Kata Rifqi lalu menuju ke tempat letak basikal. Dia mengambil basikalnya.
Mereka pun berbasikal beriringan. “Af, kenapa kau senyap je dari tadi? Bosanlah aku.” Kata Nafis.
“Takde apa-apa.” Kata Rifqi tetapi pandangannya masih ke hadapan.
“Kau nanti sambung belajar kat mana? ” Tanya Nafis yang sudah mula bertanya.
“Aku tak tahu lagi.” Kata Rifqi.
“Aku harap kita sambung belajar kat tempat yang sama. Oklah, assalamualaikum.” Nafis  membelok kearah lorong rumahnya.

“Abang, pinjam telefon boleh tak? Nak main call kawan. ” Kata Nurul Syazana iaitu adik kepada Nafis yang berumur 14  tahun.
“Zana ni, buat terkejut abang je. Suka masuk bilik orang tak minta izin.” Kata Nafis menegur perbuatan adiknya.
“Sorrylah abang, Zana lupa. Boleh tak pinjam telefon abang? ” Tanya Syazana. 
“Ambil kat atas meja komputer tu.” Kata Nafis lalu mengambil tuala lalu menuju ke bilik air untuk  mandi.

Rifqi membuka facebooknya buat bulan ini. Dia memang tidak selalu membuka facebook. Dia membuka pun hanya untuk melihat berita terbaru di facebooknya.

Dia melihat Friend Requests. Terdapat 109 orang yang ingin berkawan dengan Rifqi. Rata-ratanya adalah kaum wanita.


Dia hanya memilih orang lelaki yang dikenalinya sahaja lalu komen didalam status facebooknya.
Assalamualaikum kawan-kawan. Selamat malam. Semoga ceria selalu.  – Rifqi Afham
Waalaikummussalam.Selamat malam.Lama tak update status? – Nafis Iqbal
Malas nak on9. – Rifqi Afham

Rifqi terus offline dan tidur kerana mengantuk.
Keesokan harinya, Rifqi ke sekolah seorang diri kerana abang-abangnya telambat bangun. Dia terpaksa menaiki basikal seperti semalam. Tiba-tiba sekumpulan lelaki menghalang laluan Rifqi. “Hoi budak,  serahkan semua duit kau kat aku.” Kata salah seorang lelaki yang seperti berusia 17 tahun.
“Aku tak bawa duit.”  Kata Rifqi. Tidak ada tanda-tanda yang dia sedang takut.
“Telefon yang kat tangan kau serah kat kami. ” Kata salah seorang lelaki yang bernama Fareed.
“Aku taknak!” Rifqi menjerit. Seorang lelaki yang bernama Amsyar iaitu ketua kumpulan itu datang mendekati Rifqi.
 “Kau taknak kan.  Kau ambik ni!! ” Kata Amsyar sambil menumbuk perut Rifqi dengan kuat lalu mengambil telefon bimbit Rifqi. Rifqi rebah menahan kesakitan.
Tiba-tiba datang sebuah kereta dengan dua orang lelaki keluar dari kereta Ferrari hitam itu. “Hoi Amsyar, apa kau buat kat adik aku?” Tanya Asyraf yang memang kenal sifat Amsyar lalu mendekati Amsyar manakala Isyraf memapah adiknya ke tepi jalan.
“Aku cuma minta telefon dia tapi dia taknak bagi, aku bagilah tumbukkan percuma untuk dia.” Kata Amsyar sambil bermain-main dengan telefon bimbit milik Rifqi.
“Kau nak kena!! ”  Isyraf mahu mengejar Amsyar.
Amsyar  menunjukkan isyarat tangan mengajak rakan-rakannya untuk meninggalkan tempat itu. “Geng, jom bla.”
Asyraf menghalang Isyraf dari mengejar Amsyar. “Sabarlah, kita mesti bagi peluang yang kedua dulu untuk mereka.” Kata Asyraf lalu membawa  adik bongsunya ke dalam kereta Ferrari hitamnya manakala Isyraf mengayuh basikal adiknya untuk ke sekolah.
Sampai sahaja di sekolah, Rifqi berjalan seperti biasa walaupun dirinya masih sakit. “Qi, kalau ada apa-apa bagitahu abang ye.” Kata Asyraf mengambil berat.
“Baik bang. Assalamualaikum.” Kata Rifqi memberi salam.
“Waalaikummussalam.” Kata Asyraf menjawab salam.
Rifqi terus berlalu ke kelasnya manakala Asyraf pergi meletakkan keretanya di tempat letak kereta.
“Af,kenapa kau macam lemah je?” Tanya Nafis yang melihat Rifqi lemah.
“Aku tak apa. Fiq mana?” Tanya Rifqi mengubah topik.
“Tu.” Kata Nafis sambil menunjukkan Rafiq yang sedang berbual-bual dengan sekumpulan wanita.
“Tak habis-habis lagi.” Kata Nafis sambil menggelengkan kepalanya.
 “Cikgu tak masuk kelas ke?” Tanya Rifqi hairan. Sejak pagi cikgu tidak masuk ke dalam kelas mereka.
“Cikgu kelas kita semuanya tengah sibuk semak kertas ujian form 1 cuma Cikgu Zack je yang akan masuk kelas kita.” Kata Nafis.
Tanpa mereka sedari, Rafiq telah berada di belakang Nafis.
“Nasib baik Cikgu Zack je.” Kata Rafiq lalu mengambil kerusi dan duduk di kawasan meja Rifqi.
“Apa yang nasib baiknya?” Tanya Nafis hairan.
“Kan Cikgu Zack baik sangat kat kita.Tak macam cikgu-cikgu lain, asyik nak membebel je. Terutamanya Cikgu Syaza.” Kata Rafiq.
“Cikgu membebel tu sebab nak tegur kita buat kesilapan.” Kata Nafis.
“Sementara cikgu tak masuk ni, kita gi kat bangku pondok kecil depan kelas tu nak? Study sama.” Kata  Nafis memberi cadangan.
“Ok gak tu.” Kata Rafiq bersetuju dengan cadangan Nafis manakala Rifqi hanya mengangguk.  
Tengah mereka sibuk mengulangkaji, Rifqi terlihat seorang wanita memandangnya dengan senyuman yang manis. Rifqi membalas senyuman itu, wanita itu terus menunduk mukanya lalu meninggalkan kawasan kelas 4 A.
“Mungkin malu kot.” Tanpa Rifqi sedari, dia sudah terlepas kata disebabkan termenung.
“Apa yang kau mengarut ni, dalam buku ni ada ke tulis macam tu?” Tanya Nafis hairan dengan kata-kata Rifqi sebentar tadi.
“Tak ada apa-apalah.” Kata Rifqi lalu menyambung semula mengulangkaji pelajarannya.
Keesokan harinya, Rifqi, Nafis dan Rafiq merancang mahu mengenakan Cikgu Syaza iaitu guru disiplin ataupun guru matematik mereka. Mereka menggantung dua ekor cicak di muka pintu.
 “Cikgu dan sampai.” Kata Rafiq lalu duduk di kerusinya manakala seluruh kelasnya terbayang akan muka Cikgu Syaza setelah melihat cicak itu nanti.Semua menahan gelak.

“Aaaa!!” Cikgu Syaza menjerit kerana takut kepada cicak yang digantung itu. Cikgu Syaza berlari ketakutan meninggalkan kelas itu.
Semua murid kelas 4 A ketawa terbahak-bahak apatah lagi Rafiq. “Hahahahahahahaha.”
“Selamat hari ni. Tak payah nak dengar cikgu membebel.” Rafiq berkata seorang diri.
Pada waktu balik, Rifqi menunggu abangnya keluar dari kelas bersama Nafis kerana Nafis menumpang kereta mereka untuk pulang pada hari ini kerana basikalnya rosak.
Rifqi berkata kepada Nafis. “Fis, sapa perempuan yang asyik tengok aku tu?” Tanpa perempuan itu sedari, Rifqi telah sedar yang perempuan itu melihatnya.
. “Owh, perempuan tu. Dia pelajar baru kelas 4 B. Orang kata dia tu pemalu.” Kata Nafis sambil tersenyum.
“Kalau macam tu, aku nak gi jumpa dialah.”Kata Rifqi lalu meninggalkan Nafis.Nafis hanya membiarkan sahaja.
“Hai,sayang.” Kata Rifqi sambil membuat gaya menyandar di dinding sebelah papan notis yang dibaca oleh perempuan itu.
“Sayang,sejak bila aku ni sayang dia?” Kata Nurul Rafika sekadar dalam hatinya.
Belum sempat Nurul menjawab seseorang telah memanggil Rafika. “Fika!! Cepatlah balik sama.” Kata Izara.
Rafika terus berlari mendapatkan Izara. “Nasib baik dapat melarikan diri.Lega.”Kata Rafika lalu mengayuh basikalnya.
Rifqi hanya memerhatinya dari jauh.Nafis berkata “Kau dah ikut perangai Rafiq ke ni? Tak pernah-pernah aku tengok kau bercakap dengan perempuan.” Nafis hairan.
“Aku pernahlah cakap dengan perempuan. Umi aku? Dia kan perempuan.” Kata Rifqi lalu tergelak.
“Ish, aku tanya betul-betul, dia main-main pulak.” Kata Nafis tetapi akhirnya dia ketawa juga.
“Betul apa.” Kata Rifqi.
“Berbual apa ni? Klah, jom balik.” Kata Asyraf yang baru tiba bersama Isyraf.
Mereka pun menaiki kereta Ferrari hitam milik Asyraf.
Sudah setahun Rifqi memerhatikan Nurul Rafika tetapi tidak pernah Rafika menegurnya. Rafika hanya pernah sedekahkan senyuman sahaja. Pada usia Rifqi 17 ini, dia mengambil keputusan untuk lebih mendekatkan diri dengan Rafika tetapi halangan walaupun Rafika sudah dipindahkan oleh cikgu ke kelas 5 A.
Rifqi hadir ke sekolahnya seperti biasa. Dia terlihat sesuatu kertas di atas mejanya. Dia membacanya.
Rifqi tersenyum lalu meletakkan surat itu di dalam poket seluarnya. Rifqi memerhati semua orang di dalam kelas. Dia melihat Rafika sedang menulis sesuatu di bukunya.
Habis sahaja kelas, Rifqi menampalkan surat itu di almarinya.
Setiap hari,pasti ada sahaja surat yang diberikan. Rifqi berehat di dalam biliknya.Dia membaca satu persatu surat itu.
 “Siapalah yang hantar semua ni ye, aku rasa aku nak siasat esok. Aku ajak abang aku datang sekolah awallah.” Kata Rifqi seorang diri lalu membaringkan dirinya di atas katilnya.

Keesokan harinya,Rifqi membangunkan abangnya.
“Abang Asy!! Bangunlah.”Kata Rifqi sambil menggoyangkan badan abangnya. Asyraf memang susah bab-bab bangun awal ni.
Rifqi termenung sebentar mencari akal untuk mengenakan Asyraf. Dia mengambil jam dan telefon bimbit abangnya lalu mengeset jam. Rifqi tersenyum lalu meninggalkan Asyraf untuk mandi.
Serentak bunyi telefon bimbit Asyraf serta jamnya berbunyi.
Kringgg!!
Puan Saidatul segera ke biliknya melihat Asyraf yang sedang terduduk di birai katil sambil menggosok matanya.Mukanya yang hensem tidak kelihatan jika baru bangun tidur.Hanya muka yang budak nakal sahaja yang ada.
“Ya Allah, Asyraf.Baru bangun. Cepat mandi sekarang. Dah pukul berapa dah tu, kan nak pergi universiti.Tulah, umi dah kata jangan tidur akhir.”  Puan Saidatul memang sudah biasa dengan karenah anak sulungnya itu.
Universiti itu memang dekat dengan sekolah Rifqi. Hanya seberang sahaja dengan sekolah Rifqi.“Siapalah yang kenakan aku pagi-pagi buta ni. Eh, bukan pagi-pagi buta lagi dah.” Kata Asyraf setelah uminya meninggalkannya. Dia mecapai tuala yang tersangkut lalu menuju ke bilik air.
“Abang Asy, cepatlah.” Kata Rifqi yang sudah memasang kasut di muka pintu.
“Yelah.” Kata Asyraf manakala Isyraf pula sudah menunggu di dalam kereta. Isyraf memang suka bangun awal. Dia akan solat tahajud lalu terus bersiap untuk ke universiti.
Asyraf bergegas ke keretanya lalu keluar dari perkarangan Villa Dato Ammar.
Sampai sahaja di lobi sekolah Rifqi, Rifqi segera turun dari kereta lalu berlari menuju ke kelasnya.
“Pelikkan perangai Rifqi hari ni. Asyik nak cepat je.” Kata Asyraf kepada Isyraf yang sedang leka dengan MP3 pemberian Dato Ammar kerana dia lulus dalam ujian SPM.
“A’ah.” Kata Isyraf.

“Fiq, kau nak gi mana ni?” Tanya Rifqi yang melihat Rafiq mahu meninggalkan kelas.
“Nak gi mana lagi, dia nak gi jumpa kekasih dialah.” Kata Nafis menyampuk.
“Pandai kau teka. Aku pergi dulu.” Rafiq bergegas pergi meninggalkan rakan-rakannya.
“Aku nak siasat seseorang ni. Kau nak ikut tak?” Tanya Rifqi sambil memandang wajah Nurul Rafika yang sedang leka membaca sebuah buku di dalam kelas.
“Kau tanya kat siapa ni?” Tanya Nafis hairan melihat rakannya sedang melihat seseorang.
“Kaulah. Takkan aku nak cakap dengan dinding ni pulak.” Kata Rifqi sambil memegang dinding di tepinya.
“Boleh gak. Dah lama aku tak jadi detektif ni.” Kata Nafis lalu mengikut  Rifqi yang seperti mengekori seseorang.
“Owh, kau punya kerja ye. Patutlah setiap pagi asyik hilang je.” Kata Rifqi lalu menuju kearah orang itu.
Dia menarik lengan orang itu ke dinding kelas. “Kau rupanya yang buat. Siapa yang hantar surat ni sebenarnya?” Tanya Rifqi kepada Rafiq.
“Aku..Ermm,aku..” Rafiq mencari alasan sambil menggigit bibirnya.
“Aku apa?” Suara lembut Rifqi bertukar menjadi tegas.Dia akan bersuara seperti itu apabila menegur orang yang melakukan kesilapan semasa dia bertugas sahaja.
“Sabarlah Af. Macam mana dia nak cakap kalau kau makin buat dia takut.” Kata Nafis melihat Rafiq sudah menggigil.
“Aku.. Aku nak gi kencing.” Kata Rafiq lalu berlari ke tandas.
“Mungkin dia gagap nak jawab soalan kau tadi sebab dia tak tahan nak kencing kot.” Kata Nafis lalu tergelak sepuas-puasnya. Sakit perutnya disebabkan terlalu kuat ketawa.
“Hahahaha, ingat ni gelanggang maharajalawak ke?” Tanya Rifqi yang masih bercelaru fikirannya dengan bermacam soalan.
Adakah Rafiq sengaja nak permainkan hatinya ataupun ada orang yang menyuruhnya membuat begitu. Rafiq keluar dari tandas dengan perasaan yang tidak tenang. Rifqi hanya terdiam takut hilang sabarnya apabila Rafiq tidak menjawab soalannya nanti.
Sampai sahaja di kelas, Rafiq menerangkan kepada Rifqi setelah melihat wajah Rifqi sudah tenang. “Sebenarnya, ada orang yang suruh aku hantarkan surat tu. Nama dia..” Belum sempat Rafiq menyebut nama misteri itu cikgu sudah masuk ke dalam kelas.
Semasa balik, Rafiq ingin menyampaikan  lagi tetapi telah dihalang oleh Izara.
“Fiq,jom hantar saya balik.” Kata Izara. Izara memang suka akan Rafiq semenjak tingkatan 1 lagi. Izara juga tahu akan rancangan orang misteri itu.
Semasa Rifqi sedang termenung memikirkan surat yang selalu sahaja ada di atas mejanya tiba-tiba telefonnya berdering. Rifqi melihat mesej yang dihantarkan tanpa nama.
Saya cintakan awak.
Berkerut dahi Rifqi membaca mesej itu. “Siapalah agaknya yang hantar mesej ni?” Kata Rifqi lalu membalas mesej itu.
 Ni siapa?
Mesej masuk ke dalam telefon Rifqi. Rifqi segera melihat mesej yang baru diterimanya.
Saya adalah orang yang selalu memerhatikan awak.
Rifqi cuba untuk mengigatkan siapa yang selalu memerhatikannya.
“Nurul Rafika kot.” Hati Rifqi berkata. Rifqi terkejut. Dia terjatuh dari katilnya. Kedua-dua abang kembarnya mendengar satu bunyi yang  kuat.
Hanya dapat didengari di bilik yang bersebelahan dengan bilik Rifqi sahaja. Asyraf dan  Isyraf segera ke bilik Rifqi.
“Qi, apa yang Qi buat ni?” Tanya Isyraf hairan melihat Rifqi terbaring di lantai.Kakinya dilindung di bawah katil.
“Hehehe.. Tak ada apa-apalah abang Isy. Nak tangkap tikus yang lari dalam bilik Qi tadi.” Kata Rifqi lalu duduk di birai katil.
“Sejak bila Villa abi ni ada tikus?” Sudah berkerut dahi Asyraf mendengar alasan Rifqi yang tidak masuk akal langsung.
“Tak ada apa-apalah abang Asy. Dahlah, Qi nak tidur ni. Dah mengantuk.” Kata Rifqi berpura-pura  menguap.
“Ok, tidurlah. Abang tutup lampu bilik Qi ye?” Kata Isyraf menyakat adiknya.Dia tahu yang Rifqi takut tidur di dalam gelap. Rifqi akan bertahan sehinggi ke  pagi apabila dia mahu membuang air kecil.
“Janganlah.” Kata Rifqi lalu bergegas berlari kearah Asyraf apabila melihat tangan Isyraf sudah berada dekat dengan suiz lampu.
“Tak payah takutlah. Abang Isy sengaja nak takutkan Qi. Abang Asy pun nak tidur ni. Assalamualaikum.” Kata Asyraf.
Rifqi tidak menjawab salam Asyraf. “Jaga-jaga tau Qi. Nanti ada han..” Kata Isyraf sempat menyakat adiknya sebelum meninggalkan bilik yang serba-serbi merah itu.Kalau disebutnya perkataan itu sepenuhnya, mungkin sudah pengsan Rifqi. Dia mudah terbayang makhluk itu kerana abang-abangnya selalu menonton cerita seram.
Rifqi tidak menutup pintu, dia hanya membuka pintu biliknya dengan luas. Rifqi menuju ke katilnya lalu tidur.

Rifqi tersedar, dia terus ke tandas kerana mahu membuang air kecil. Lampu tandas  tiba-tiba terpadam. Rifqi terkejut lalu bergegas  keluar dari tandas.
“Tak ada apa-apa pun.”Kata Rifqi perlahan.
Pintu bilik Rifqi yang terbuka luas tiba-tiba terhempas dengan tiba-tiba. Perasaan takut mulai menghantui Rifqi. Segera Rifqi menarik semula pintu biliknya supaya terbuka tetapi tindakannya terbantut setelah melihat sesuatu. Dia terus pengsan.
“Qi, Qi tak apa-apa ke?” Tanya Puan Saidatul.
Dato Ammar Aniq memandang Isyraf dengan muka yang serius. Isyraf mula takut.Dia menundukkan kepalanya lalu memberanikan diri untuk bercakap dengan. Dato Ammar.
“Maaf abi. Isy Cuma nak bergurau je dengan adik. Tak sangka boleh jadi macam ni.” Kata Isyraf sambil tergagap-gagap.
“Tak payah minta maaf dengan abi, minta maaf dengan adiklah.” Kata  Dato Ammar dengan suara yang tenang.
“Qi demam ni.” Kata Asyraf sambil memegang kepala Rifqi.
Puan Saidatul segera mengambil tuala basah lalu meletakkan di atas kepala Rifqi.
“Qi dah maafkan abang Isy. Dah lewat ni. Qi nak bersiap gi sekolah.” Kata Rifqi dengan suara yang serak-serak basah. Baru sahaja Rifqi mahu bangun dihalang oleh Puan Saidatul.
“Tak payah.” Serentak sekeluarga berkata.
“Tak pe, Rifqi okey.” Baru sahaja Rifqi berdiri sudah terjatuh kembali.
“Tengok tu, anak abi yang sorang ni memang keras kepala sangat.” Kata Puan Saidatul yang sudah mahu membebel manakala Asyraf mengangkat Rifqi kembali ke katil bilik Rifqi.
“Amboi, anak abinya anak uminya jugak kan?” Kata Dato Ammar sambil menarik hidung Puan Saidatul.
“Sempat lagi abi dengan umi beromantik ye? ” Kata Isyraf.
Puan Saidatul dan Dato Ammar hanya tersenyum mendengar kata-kata anaknya itu.
Kedengaran bunyi loceng rumah, Puan Saidatul bergegas ke luar rumah melihat tetamu yang datang manakala Asy dan Isy bersiap untuk ke sekolah.
“Assalamualaikum.” Kata Amri apabila Puan Saidatul sudah membuka pintu.
“Waalaikummussalam,jemputlah masuk Amri,Lidya,I’zzah.” Kata Puan Saidatul mempelawa Amri dan keluarganya masuk. Memang Dato Ammar yang menjemput mereka untuk menginap di rumahnya untuk beberapa hari.
“Terima kasih kak.” Kata Amri manakala Lidya menyalam tangan kakak kandungnya itu.
“Abang, Amri dengan Lidya datang tu.” Kata Puan Saidatul yang sedang duduk di birai katil bilik Rifqi .
“Yelah, abang turun dulu. Tengok-tengokkan Rifqi. Suruh dia makan ubat. Abang nak pergi kerja dengan Amri sekali sebab ada meeting jauh. Tak payah tunggu abang makan malam ni ye. Mungkin abang balik lambat.” Kata Dato Ammar sambil memakai pakaian kerjanya.
 “Pak Su, Mak Su, Kami nak gi universiti ni. Kuliah pagi.” Kata Asyraf lalu menyalam tangan bapa dan ibu saudaranya bersama Isyraf.
 “Hati-hati tau.” Kata Amri memberi nasihat.
“Amri, jomlah. Nanti lambat pulak. Perjalanan kita jauh ni.” Kata Dato Ammar yang baru turun dari tangga bersama Puan Saidatul.
“Oklah. Atul jaga isteriku yang tercinta ni baik-baik ye.”  Kata Amri manakala Lidya menyalam tangannya.
“Ada orang tu nak pegi kerja yang dekat je dengan rumah pun susah sangat.” Kata Dato Ammar.
“Perli nampak.” Kata Amri.
“Taklah, kenapa? Sakit hati?” Kata Dato Ammar sambil berjalan bersama Amri menuju kearah kereta.
“Bukan sakit hati, sakit bahu.” Kata Amri sambil memegang bahunya.
Mereka sudah masuk ke dalam kereta Amri yang berwarna merah itu.
“La,kesiannya.” Dato Ammar bergurau.
“Memanglah sakit hati.” Kata Amri sambil menghirup angin. Sungguh indah suasana di jalan raya yang terdapat pokok-pokok yang subur.
 Amri berdiri di atas kerusi kereta yang terbuka atapnya. Amri kembali duduk setelah beberapa minit berdiri.

 “Rifqi,makanlah ubat.Nanti makin teruk demam kamu tu.Kalau umi tengok pil atas meja tu tak dimakan siap kamu.” Kata Puan Saidatul mengugut Rifqi.
Puan Saidatul keluar dari bilik Rifqi .Rifqi memikirkan sesuatu supaya tidak memakan ubat. Rifqi mengambil pil yang berada di atas meja lalu membuangnya ke dalam tong sampah yang berada di tepi meja itu. Hanna masuk ke dalam bilik setelah Rifqi membuang pil itu.
“Cepatnya anak umi makan ubat?” Puan Saidatul hairan dengan sikap Rifqi. Rifqi hanya tersengih-sengih.
Puan Saidatul menarik telinga Rifqi. “Aduh,sakitlah umi.”Kata Rifqi mengaduh manja.
“Nanti umi bagitahu abi, baru tahu. Ingat umi tak tahu ke yang Qi buang pil tu dalam tong sampah. Makan ubat ni.” Kata Puan Saidatul sambil memegang pil yang baru.
“Yelah.” Rifqi terpaksa akur dengan keputusan uminya.

“Mak long, mana Asy?” Tanya I’zzah yang baru masuk ke dalam bilik Rifqi.
“Ish,kamu ni. Terkejut Mak Long tau. Dia pergi kuliah. I’zzah tak kuliah ke hari ni?” I’zzah tidak tahu kerana dia sedang berehat di dalam bilik tamu semasa Asyraf dan Isyraf mahu ke universiti.
“I’zzah kuliah petang hari ni.” I’zzah menjawab soalan Puan Saidatul.
“I’zzah, tolong umi iron baju!” Lidya memanggil I’zzah yang berada bersebelahan bilik dengan  bilik Rifqi.
“Kejap umi.” I’zzah bergegas menuju ke bilik tamu.
“Umi, walid balik akhir ke hari ni?” Tanya I’zzah sambil tangannya leka iron baju.
“Ye, walid balik dengan Pak Long malam ni.” Lidya menjawab soalan anak sulungnya.

“Kenapa Af tak hadir ye?” Tanya Nafis kepada Rafiq. Kebiasaannya Asy atau Isy akan memberitahu mereka melalui telefon. Tiba-tiba mesej baru masuk di dalam telefon bimbit Samsung milik Nafis.
Adik aku tak dapat pergi sekolah hari ni sebab dia demam.
“Abang Isy kata dia demam.” Kata Nafis.
“Owh. Biasalah tu.” Kata Rafiq sambil melihat Nurul Rafika yang cantik lagi keayuan memakai tudung labuh.
Tidak sunyi Villa Dato Ammar dengan kedatangan Amri sekeluarga.
“Assalamualaikum.Kami dah balik.” Kata Izz Irfan.
“Waalaikummussalam. Masuklah.” Kata Puan Saidatul setelah membuka pintu. Asy yang mengambil Izz Irfan dan Izz Isfan dari sekolah kerana Dato Ammar yang mengarahkan. Ir dan Is adalah  kembar seiras yang berumur 14 tahun. Mereka adalah anak kepada Amri dan Lidya.
Pada malam itu, Hanna, I’zzah dan Lidya memasak di dapur manakala Ir, Is, Asy, Isy dan Rifqi sedang bermain xbox di ruang bermain.
“Abang Ir bagilah Is main pulak.” Kata Is yang sedang bosan menunggu gilirannya dengan Rifqi.
“Bagi abang Qi dululah. Is jom ikut abang.” Kata Ir.
Is sudah tahu tujuan Ir. “Ok, jom.”
Ir dan Is melangkah perlahan-lahan menuju ke dapur. “Akak!!” Kata Ir dan Is serentak. Senduk yang berada di tangan I’zzah tercampak.
“Umi, tengok dua orang anak lelaki umi ni. Nanti akak pukul pakai senduk ni kang.” Kata I’zzah sambil menunjuk senduk yang baru diambilnya di lantai.
“Ir, Is. Tak baik buat akak macam tu.” Kata Lidya yang sedang memotong sayur.
“Akak pun selalu buat macam tu.” Kata Is menjawab.
“Is, tak baik menjawab tau.” Kata Puan Saidatul menegur sikap Is.
“Yelah, minta maaf umi, akak.” Kata Ir dan Is serentak.
I’zzah menghulurkan tangannya tetapi apabila Ir mahu membalas I’zzah segera menarik tangannya semula. Dia mempermainkan adiknya.
“Umi, tengok akak tu. Dia taknak salam dengan Ir.” Kata Ir mengadu.
“I’zzah.” Kata Lidya sedikit keras.
“Yelah.” I’zzah menghulurkan tangannya. Apabila Ir dan Is pergi meninggalkan dapur, Is sempat menjelirkan lidahnya kepada I’zzah.
“Is, tak baik.” Puan Saidatul  menegur perbuatan anak saudaranya.
Ir dan Is menuju ke ruang bermain. Dilihat mereka Asyraf dan Isyraf sedang bermain xbox manakala Rifqi sedang asyik membaca cerpen di laman web www.penulisan2u.blogspot.com. Ir dan Is turut membaca cerpen yang bertajuk Encik Takut Perempuan sambil duduk di sofa bersama Rifqi. Hobi Rifqi adalah membaca cerpen dan novel terutamanya tentang cinta.
Keesokan harinya, Amri, Dato Ammar, Puan Saidatul, Lidya, I’zzah, Rifqi, Ir, Is, Asyraf dan Isyraf solat subuh berjemaah. Selesai solat, Isyraf membawa Ir, Is dan Rifqi ke sekolah manakala Asyraf tidur kembali di rumah.
“Asy bangun. Nak umi siram dengan air ke?” Tiada respons dari Asyraf.
“Macam manalah Asy kalau dah kahwin nanti.” Puan Saidatul berkata sekadar dalam hatinya.
“Muhammad Rafqa Asyraf!!” Puan Saidatul menjerit sambil menyimbah air di dalam baldinya.
“Umi, ingat Asy ni kucing ke nak mandi macam ni?” Kata Asyraf yang baru tersedar dari mimpi indah. Memang itulah cara Puan Saidatul memandikan kucing jika kucing itu terlalu busuk.
“Eh, umi ingat ni tempat kucing tidur tadi.” Sempat Hanna menyakat anaknya.
“Memang bilik kucing pun umi, bersepah barang dalam bilik ni. Isy jugak yang kena kemas.” Isy baru datang terus menyampuk perbualan Asy dan Puan Saidatul.
“Mandi Asy. Kalau umi tengok Asy belum mandi, umi bawa kucing Rifqi kat sini nanti.” Kata Puan Saidatul. Asyraf memang takut akan kucing semenjak kejadian semasa dia kecil dahulu.

“Abang Asy, tolong bawa kucing Qi kat sini.” Kata Rifqi. Oleh kerana kucing Rifqi yang bernama RA terkejut dengan tindakan Asyraf, diterkamnya Asyraf sehingga berdarah di bahagian tangan Asyraf.
 “Muhammad Rafqa Asyraf!! Apa yang kamu termenung tu. Cepat mandi.” Puan Saidatul berkata. Asy terus menuju ke tandas dengan membawa tuala mandinya. Takut marah uminya sampai tahap maksimum.
“Umi, Qi kata dia nak beli seekor kucing lagi, boleh ke?” Tanya Isyraf.
“Boleh tu memang boleh tapi bila nak beli? Kat mana?” Tanya Puan Saidatul kembali.
“Nanti, Isyraf ambil Ir, Is dan Qi kat sekolah lepas tu bawa mereka kat pasar.” Terang Isyraf.

8 tahun kemudian, Rifqi sudah berumur 25 tahun, Asyraf dan Isyraf berumur 28 manakala Ir dan Is berumur 22 tahun. Rifqi sudah tidak seperti dulu. Dia sekarang seorang yang berani cuma dia lemah dalam mengharungi dugaan-Nya.
“Umi,  AA dah tak ada!!” Rifqi menjerit di belakang rumah sambil memegang makanan kucing. AA adalah kucing Dato Ammar. Semua anggota keluarganya mempunyai kucing, hanya Asyraf seorang sahaja yang tiada kucing.
“Tu, yang dekat anak kucing tu apa. SN baru bersalin kot. Comel betul anak kucing tu.” Kata Puan Saidatul yang baru sahaja sampai di belakang rumah sambil menunjukkan anak kucing berserta AA dan SN.
“Comelnya.”Rifqi memegang seekor anak kucing lalu membelai kepala anak kucing itu.
“Dahlah, jom masuk. Sarapan dah siap dah tu.” Kata Puan Saidatul sambil berjalan seiringan dengan Rifqi menuju ke dapur.
 “Fika, makan malam dengan saya ye hari ni.”Kata Rafiq. Rafiq memang mencintai Rafika.
“Bolehlah.” Kata Rafika dengan senyuman yang terdapat satu rancangan lalu mendapatkan Izara  yang sedang menunggunya.
“Fika, kau ada hubungan apa-apa ke dengan Rafiq?” Tanya Izara.
“Taklah. Kami cuma kawan je. Aku tahulah yang kau tu suka dia. Takpe, kau ganti aku makan malam ni. Kau cakaplah yang aku tak berapa sihat.” Kata Rafika memberi cadangan.

Rifqi berjalan keluar dari kedai buku dengan membawa sebuah novel. “Hoi budak, buta ke?” Tanya seorang wanita yang berlanggar dengan Rifqi semasa Rifqi keluar dari kedai buku tadi.
“Apa awak cakap? Budak.Umur saya 25 tahun.” Rifqi juga hilang sabarnya.Dia membuka cermin mata hitamnya.
“Manalah aku tahu yang dia ni umur 25.Macam budak umur 16 je aku tengok muka dia ni tapi tinggi tu memang nampak macam dewasa.” Wanita itu berkata sekadar dalam hati.
“Saya nak awak kutip semua buku saya yang jatuh ni.” Kata wanita itu marah.
“Awak nak kata saya bersalahlah. Taknak, banyak lagi kerja daripada layan perempuan macam awak ni.” Rifqi membantah arahan wanita itu tanpa rasa bersalah.
Wanita itu mengutip buku-bukunya yang  bertaburan di atas lantai.
“Fika!!.” Seorang lelaki berbadan sasa yang bernama Adam Zafri memanggil wanita itu.
“Apa lagi yang awak nak?” Marah Rafika.
“Siapa lelaki kat sebelah awak ni?” Tanya Adam.
“Kalau awak nak tahu, this is my future husband.” Rafika mengenakan Adam sambil tersenyum.
“What?” Adam terkejut.
Rafika memegang tangan Rifqi erat lalu membawa Rifqi pergi meninggalkan Adam. Rafika terus melepaskan tangannya daripada Rifqi.Rifqi menarik plastik yang berada di tangan Rafika lalu menjatuhkan satu persatu buku yang berada di dalam plastik.  Rifqi terus meninggalkan Rafika tanpa rasa bersalah.
“Tak guna punya lelaki. Perasan hensemlah sangat tapi.. dia memang hensem pun.” Kata wanita itu sendirian.

 “Abi!” Rifqi terkejut. Selalunya Dato Ammar akan pulang akhir.
“Kenapa, Rifqi? Tak suka abi balik awal ke?” Tanya Dato Ammar.
“Taklah, Rifqi terkejut je.” Kata Rifqi.
“Jomlah makan.” Kata Puan Saidatul yang baru selesai menghidang makanan di dapur.
“Abi dan umi dah bincang, kamu akan kahwin dengan anak Dato Ismail dua minggu lagi.” Kata  Dato Ammar.
Tersembur keluar air yang baru diminum oleh Rifqi tetapi hanya sedikit. “Apa ni abi? Kenapa tak bagitahu awal.” Kata Rifqi.
“Kalau kamu tak ada calon dalam masa seminggu, kamu akan berkahwin dengan anak Dato Ismail.” Kata Dato Ammar.
Rifqi hanya terdiam. Dia tidak ada selera mahu makan lagi. Dia menuju ke biliknya lalu terkurung sendirian.
“Aku tak ada calon lagi. Apa aku nak buat ni? Kenapa abi nak aku kahwin awal? Ya Allah, aku buntu.Tolonglah hambamu ini.”Selesai solat isyak, Rifqi terus terlena di atas katilnya.
“Qi, bangun. Dah masuk waktu dah ni.” Isyraf menggoyangkan tubuh Rifqi perlahan.
“Qi demamlah.Panas ni.” Kata Isyraf yang sedang memegang dahi Rifqi. Rifqi membuka matanya perlahan, kepalanya terasa amat berat.Dia kembali menutup mata kerana terlalu lemah.
Asyraf ke tandas untuk membasahkan tuala lalu meletakkan keatas dahi Rifqi.  Puan Saidatul sedang membentangkan sejadah di ruang tamu.
“Kita solat dululah. Takut tak sempat nak solat nanti.” Mereka segera ke ruang tamu.
Rifqi sedar tetapi dirinya masih lemah. Dia masih pening memikirkan kata-kata Dato Ammar malam tadi.
“Qi rehatlah dulu.” Kata Isyraf yang risau melihat keadaan adik bongsu kesayangannya.
Dato Ammar sedang duduk di sofa ruang tamu sambil membaca sebuah novel setelah selesai solat. “Abang, saya rasa abang batalkan jelah perjanjian abang dengan Dato Ismail tu. Kesian saya tengok Rifqi tu, dia demam sebab abanglah.” Puan Saidatul sudah mula menyokong Rifqi.
“Abang tahulah. Esok dia sembuhlah tu ataupun hari ni.” Dato Ammar pasti akan kata-katanya.
Puan Saidatul memberikan air teh kepada Dato Ammar lalu berlalu ke bilik Rifqi. “Qi, Qi tak payah pergi kerja hari ni. Abi dah bagi cuti.”
“Tapi umi..” “Takde tapi-tapi.” Hanna terus ke dapur untuk membuat sarapan pagi.
Rifqi tidak dapat membantah lagi. Dia terus tidur sambil memeluk RA.
Rifqi terjaga dari tidurnya. Dia merasa dia sudah tidak pening lagi. Dia solat zuhur lalu duduk di sofa biliknya sambil menonton televisyen.
“Dapat ke aku jadi suami yang baik kalau dah kahwin nanti? Ahh!! Aku kena kuat!!” Rifqi berkata sekadar dalam hatinya. Dia menutup televisyen lalu turun tangga menuju ke ruang tamu. Dilihatnya Ir dan Is sedang leka dengan laptop masing-masing manakala Hanna sedang menonton televisyen. Ir dan Is yang mahu menginap untuk beberapa hari sahaja.
“Buat apa tu, Ir, Is?” Tanya Rifqi.
“Online jelah.” Ir sedang asyik menaip sesuatu di dalam laptopnya.
“Is tengah chating dengan kawan lama.” Kata Is sambil matanya memandang kearah laptop.
“Umi, Qi nak balik rumah Qi hari ni boleh tak?” Tanya Rifqi.
“Qi nak buat apa tidur sorang kat sana?” Tanya Puan Saidatul kembali.
“Qi cuma nak kosongkan fikiran Qi sebelum kahwin.” Kata Rifqi.
“Qi pergilah tenangkan diri. Umi izinkan.” Kata Puan Saidatul  lalu menuju ke dapur.
Rifqi mengambil kunci keretanya lalu membawa keretanya ke rumahnya yang sudah sebulan ditinggalkan olehnya. “Baik aku kemas dulu rumah ni. Nanti aku kahwin, malu pulak aku dengan isteri aku.” Rifqi mengelap tingkap, menyusun sofa yang kelihatan tidak kemas dan lain-lain.
“Eh,dah masuk waktu asar ni.Aku solat dululah.” Rifqi segera ke masjid yang berada di seberang rumahnya sahaja.

Rifqi pergi kerja seperti biasa. “Abang Asy, ni fail yang abang minta semalam.” Kata Rifqi.
“Letak je atas meja tu.” Asyraf berkata sambil matanya memandang kearah komputer kerjanya.
“Qi, abang rasa abang tak dapatlah nak hadir ke majlis perkahwinan Qi lusa.” Kata Asyraf berhenti menaip lalu memandang muka Rifqi.
“Kenapa pulak?” Tanya Rifqi.
“Abang ada kerja jauh.” Asyraf berkata.
Rifqi mengeluh.“Takpelah. Abang bawa tak Kak I’zzah?”
“Mestilah bawa.” I’zzah sudah menjadi isteri Asyraf yang sah setahun sebelum ini.
Rifqi ke bilik pejabatnya lalu duduk di kerusi bilik pejabatnya. Baru sahaja dia mahu membuka novel yang dibelinya beberapa hari, tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.
Dia menjawab panggilan. “Assalamualaikum, ada apa abi telefon pagi-pagi ni?” Tanya Rifqi.
“Petang ni, kita makan dengan Dato Ismail dan anak dia. Kamu mesti datang tau. Nanti abi sms alamatnya.
Sms masuk ke dalam telefon bimbit Rifqi.

“Dah petang ni.” Rifqi berkata lalu menuju ke alamat yang diberikan oleh Mikaeil.
Rifqi sudah sampai,dilihatnya Dato Ammar sedang duduk di kerusi kedai makan yang mewah itu. “Abi nak gi tandas kejap. Dato Ismail tak dapat datang. Anak dia pun belum datang.” Kata Dato Ammar lalu berlalu menuju ke tandas.
“Awak ke Rifqi Afham?” Tanya seorang wanita yang seperti dikenali oleh Rifqi.
“Saya Rifqi Afham.”Rifqi berkata tanpa melihat wajah wanita itu.
Dia mendongak kepalanya untuk melihat wajah itu. “Awak lagi?” Tanya Rifqi sambil membuka cermin mata hitamnya.
“Awak kenal saya ke?” Perempuan itu hairan.
“Awak yang langgar saya hari tu masa kat kedai buku lepas tu awak marah saya, awak ingat tak?” Tanya Rifqi.
“So, awaklah lelaki yang perasan hensem tu kan?” Tanya perempuan itu yang sudah kembali ingat.
“Qi, nilah anak Dato Ismail.Nama dia Nurul Rafiqa.” Kata Dato Ammar yang baru sahaja sampai.
“Hai.” Kata Rafiqa berpura-pura tidak mengenali Rifqi.
“Ni ke bakal isteri aku?” Rifqi berkata di dalam hatinya.
“Hai.” Rifqi membalas dengan senyuman yang palsu.
“Jomlah makan. Lepas ni abi nak Rifqi hantar Fiqa balik rumah sebab dia guna teksi tadi. Kesian pulak abi tengok.” Kata Dato Ammar.
“Kena bawa perempuan ni baliklah pulak. Aduhai, apalah nasib aku hari ni.” Rifqi berkata perlahan.
“Terima kasih Dato.” Rafiqa sebenarnya mendengar suara Rifqi yang perlahan tadi.
“Panggil abi je. Tak lama lagi kan kamu jadi menantu abi.” Dato Ammar berkata lalu minum air yang berada di hadapannya.
“Baik abi.”
“Klah, abi nak pergi balik ni. Qi hantar Fiqa. Assalamualaikum.” Dato Ammar meninggalkan Rifqi dan Rafika.
“Awak, saya balik ni. Lambat lagi ke awak makan, macam kura-kuralah awak ni. Saya balik naik teksi jelah.” Akhirnya Rafika bersuara setelah 5 minit mereka mendiamkan diri.
“Kalau abi saya bising macam mana?” Tanya Rifqi.
“Yelah.” Rafika duduk kembali sambil melihat Rifqi yang sedang makan.Rifqi memang risau jika Dato Ammar dapat tahu yang mereka tidak balik bersama.
Rifqi berkata. “Jomlah. Saya dah habis makan ni.”
Rafiqa hanya mengikut langkah Rifqi menuju ke tempat letak kereta.
“Awak ingat saya ni pemandu awak ke, awak duduk depan.” Kata Rifqi yang melihat Rafika duduk di bahagian belakang.
“Banyak cakaplah awak ni. Lebih baik naik teksi je tadi.” Kata Rafika lalu berjalan ke bahagian hadapan kereta.
“Saya pun tak teringin nak hantar awak tau kalau bukan sebab abi saya yang suruh.” Rifqi membawa keretanya menuju ke alamat yang diberitahu oleh Rafika.
Sampai sahaja dirumah Rafika, Rifqi ke masjid sekejap untuk solat maghrib lalu pulang ke Villa Dato Ammar. “Macam mana Rifqi? Tinggal 3 hari lagi nak kahwin. Dah sedia ke?” Tanya Isyraf yang tengah menonton televisyen di ruang tamu bersama isterinya yang bernama Diana.
“Tak tahu lagilah bang. Saya harap semuanya ok.” Kata Rifqi. Rifqi dan Isyraf sahaja yang dikahwin paksa kerana tiada calon manakala Asyraf pula mahu kahwin awal kerana dia sudah ada pasangan.
“Ana, jomlah masuk bilik. Abang dah ngantuk ni.” Kata Isyraf.
Diana hanya mengangguk lalu berjalan beriringan dengan Isy menuju ke bilik yang khas buat mereka.
“Kalau abang Isy boleh bahagia, Rifqi pun nak bahagia.” Kata Rifqi seorang diri di dalam biliknya.Dia terlelap.
Hari perkahwinan Rifqi cukup meriah dengan kedatangan para tetamu.
Hari sudah malam, Rifqi sudah lama berada di dalam bilik.Rifqi baru keluar dari bilik mandi manakala Rafika sudah baring di atas katil.Rifqi menarik bantal dan selimut. “Awak, angkat kejap boleh tak?” Tanya Rifqi.
Tanpa membantah, Rafika terus berdiri. Rifqi menarik bantal yang digunakan oleh Rafiqa. “Awak nak buat apa ni?” Tanya Rafika meninggikan suaranya sedikit.
“Saya nak ambil telefon saya je.” Kata Rifqi yang baru mengambil telefon bimbitnya di bawah bantal itu.Rifqi mahu baring di sebelah Rafika. “Awak, jangan tidur kat katil ni.” Kata Rafika.
“Kita kan dah jadi suami isteri yang sah, kalau saya tak tidur kat sini saya nak tidur kat mana?” Tanya Rifqi.
“Awak tidur kat mana-mana. Asalkan awak tak tidur kat atas katil ni.” Kata Rafika.
“Yelah. ” Rifqi mengambil selimut dan bantal lalu membawa ke sofa bilik mereka.

“Nurul Rafika Binti Dato Ismail!! ” Rifqi membangunkan Rafika yang sedang nyenyak tidur.
“Awak ni, saya nak tidur pun susah.” Rafika menarik selimut lalu menutup keseluruhan tubuh badannya.
“Macam manalah nak suruh dia ni bangun.Dah nak habis waktu dah subuh ni.” Rifqi mencari akal sambil menggaru kepalanya.
Rifqi memanggil nama Rafika sekali lagi. “Nurul Rafika Binti Dato Ismail!!”
“Ada apa?” Tanya Rafika yang baru bangun.
“Awak solatlah dulu. Nanti tak sempat, nak habis waktu ni.” Rifqi sudah duduk di birai katil.
“Yelah.” Rafika menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Rifqi menunggu Rafiqa lalu mereka solat berjemaah. “Awak taknak salam tangan saya ke?” Tanya Rifqi setelah selesai berdoa.
“Nak kena salam jugak ke?” Tanya Rafiqa yang baru mahu melipat sejadah.
Rifqi hanya mengangguk sambil tersenyum. Rafika menyalam tangan Rifqi tanpa bantahan.
“Arahan suami, mana boleh ingkar.” Kata Rafika sendirian setelah Rifqi menuju ke bilik air untuk mandi.
Rifqi keluar dari bilik air dengan mukanya yang hensem dan comel serta senyuman yang nakal.
Rafika hanya melihat sahaja wajah itu. “Baru aku perasan muka suami aku ni comel tapi kadang-kadang nampak hensem je. Masa first time jumpa dia tak pulak aku puji dia.”
“Yang awak pandang saya macam tu kenapa?” Rifqi yang menggantung tualanya baru perasan yang Rafika memerhatikannya.
“Tak ada apa-apalah.” Rafika masih melihat wajah kacak itu.
Rifqi turun ke bawah.
 “Awalnya bangun pengantin baru ni.” Kata Puan Latifah iaitu ibu kepada Rafika yang sedang menyiapkan sarapan.
“Biasa je. Memang selalu bangun awal.” Kata Rifqi lalu menuju ke ruang tamu lalu duduk di sofa.
“Susah kan nak bangunkan Fika?” Tanya Dato Ismail yang sedang duduk di sofa itu juga.
“Taklah sangat. Nanti Qi biasalah.” Kata Rifqi.
“Papa!!” Kata Rafika yang baru turun ke bawah.
“Baru bangun ke?” Tanya Dato Ismail.
“Dah lama dah. Solat subuh berjemaah awal dengan abang Qi tadi.” Sengaja dia memanggil Rifqi abang kerana dia tidak mahu keluarganya tahu lakonan mereka berdua. Rifqi tersenyum lebar mendengar Rafika memanggilnya abang. Tiba-tiba sahaja perasaan cintanya membara untuk isterinya walaupun selalu bergaduh.
“Tak pernah-pernah papa dengar anak papa ni rajin solat awal. Betul  ke Qi?” Tanya Dato Ismail lalu berpaling kearah Rifqi.
Rifqi hanya mengangguk sambil tersenyum. “Ingat dia punya senyuman tu cantik sangat ke?” Bebel Rafika di dalam hati.
“Abang, kenapa muka abang comel?” Tanya adik Rafiqa iaitu Athif Izz Haridz yang berumur 7 tahun. Dia sedang duduk di pangkuan Rifqi sambil mendongak kepalanya melihat wajah comel milik Rifqi.
Rifqi hanya tersenyum tidak terkata.

“Awak, saya nak pergi jalan-jalan hari ni boleh tak?” Rafika meminta izin setelah masuk ke dalam bilik mereka. Dia sudah mengambil kunci keretanya.
Sengaja  Rafika tidak mahu mengadap muka  suaminya lama-lama. “Boleh tapi saya kena ikut awak lagipun dah lama saya tak jalan-jalan.” Rifqi pula lebih suka bersama isterinya.
“Isy, tiba-tiba je nak ni. Selalunya bukan main lagi cari gaduh dengan aku.” Rafika berkata sekadar dalam hatinya.
“Jomlah, apa lagi?” Bersemangat Rifqi berkata. Hatinya suka apabila berdekatan dengan Rafika. Rafika hanya terdiam sambil berjalan beriringan bersama Rifqi menuju kearah kereta sport milik Rifqi yang berwarna biru dan kuning.

“Awak, angkat beg awak sendiri. Banyak lagi barang yang nak saya ambil.” Rifqi berkata sambil mengangkat beg-beg bajunya dan Rafika. Mereka baru sahaja berpindah di rumah sendiri.
“Taknaklah, saya dah penat.” Rafika memberi alasan lalu menuju ke ruang tamu untuk menonton cerita kegemarannya.
“Sejak bila pulak dia penat ni? Kat rumah papa tadi dia dah tidur dekat 2 jam dah masih penat ke? Pelik.” Hanya perkataan pelik sahaja yang didengari oleh Rafika.
“Apa yang peliknya?” Tanya Rafika.
“Tak ada apa-apalah.” Rifqi mengangkat kesemua beg yang berada di dalam keretanya lalu membawa ke dalam bilik.
“Awak, awak second room tau. Jangan letak barang awak dalam bilik saya.” Rafika mengingatkan Rifqi.
Selesai sahaja Rifqi mengangkat kesemua beg yang ada, Rifqi menuju kearah sofa ruang tamu. “Awak.” Rifqi memanggil Rafika.
“Ada apa cik abang?” Tanya Rafika. Rifqi tersenyum mendengar suara manja isterinya. Kali pertama Rafika membuat suara manja kepadanya.
“Boleh tak kalau saya suka dengan awak?” Terus terang Rifqi memberitahu niatnya.
“Tak boleh.” Rafika masih menumpukan perhatiannya pada televisyen.
“Awak..” Rifqi memanggil Rafika sekali lagi. Sekarang Rafika sudah berpaling kearah Rifqi.
Rifqi merenung muka Rafika sebentar. “Awak, saya dah jatuh cinta dengan awak.” Rifqi masih melihat wajah Rafika.
Rafika berkata di dalam hatinya. “Maaf saya tipu awak dengan kata-kata saya.”
 “Tapi saya tak pernah sukakan awak!!” Rafika menuju ke biliknya lalu terbaring.
“Apa yang aku cakap tadi? Sebenarnya aku suka kau, aku tak dapat luahkan perasaan tu.” Rafika termenung seketika sambil membelai kucing kesayangannya.
Rifqi masuk ke dalam bilik Rafika tanpa meminta izin. “Kenapa awak tak ketuk pintu?” Tanya  Rafika lalu duduk.
“Awak, sampai bila kita nak hidup macam ni?” Tanya Rifqi dengan suara yang lemah.
“Sampai bila-bila.” Kata-kata itu membuatkan hati Rifqi sakit. Rifqi menuju ke biliknya lalu baring di atas katil.
Rafika membuka diarinya lalu menulis bermacam-macam tentangnya dan Rifqi.
Rafika terus menarik selimutnya dan tidur.


“Eh, mana Rifqi ni? Selalunya dia panggil aku untuk solat subuh.” Rafika baru bangun dari tidurnya. Dia segera melangkah ke bilik Rifqi.

Dilihatnya Rifqi sedang terbaring di atas katil. “Awak, awak. Bangun awak.” Rafika menggoyangkan tubuh Rifqi perlahan.

Rifqi tidak memberi sebarang respons.“Panasnya.” Rafika memegang dahi Rifqi.

Rafika menuju ke bilik air untuk membasahkan tuala dan meletakkan diatas kepala. Selesai sahaja melakukan kerja itu, dia terus mengerjakan solat lalu menuju ke bilik air untuk mandi.

Selesai membersihkan diri, Rafika menuju ke dapur untuk membuat makanan buat Rifqi.

Dilihatnya Rifqi sudah menukar bajunya. “Awak, awak makan bubur ni ye?” Kata Rafika. Walaupun dia selalu berkasar dengan Rifqi, dia tetap mengambil berat tentang Rifqi.

“Taknak.” Jawab Rifqi lemah.

“Awak kena makan jugak, jangan degil.” Suara lembut Rafika menjadi sedikit meninggi.

Rifqi terus duduk mendengar suara isterinya yang mulai meninggi. “Ok, saya akan makan tapi awak kena suap.”

“Nah makan ni.” Rafika menyuap bubur ke dalam mulut Rifqi tanpa banyak soal.
Rifqi tersenyum setelah Rafika menyuapkannya bubur itu. “Apa senyum-senyum?” Rafika hairan.
Rifqi tidak menjawab malahan senyumannya semakin melebar. Dia amat suka apabila Rafika menyuapkannya.
“Lepas ni makan ubat. Saya suapkan.” Rafika tahu jika dia tidak suapkan pasti Rifqi tidak mahu makan.
Rifqi tersenyum sambil hatinya berkata. “Kalau kau suap, aku akan makan.”

Sudah seminggu mereka bercuti kahwin, akhirnya mereka kembali bekerja. “Selamat pengantin baru bos.” Kata salah seorang pekerja di syarikat AmDaIsyRafQi Holding.
“Terima kasih Nurul.” Rifqi berterima kasih kepada Nurul. Rifqi sedang kusyuk dengan kertas kerjanya, tiba-tiba Rafika menghantar mesej kepadanya.
Awak, malam ni umi suruh menginap kat rumah dia.
Rifqi tersenyum sambil membalas.
Nanti saya ambil awak,  ok?
Rafika tidak membalas mesej itu. Dia menuju kearah ruang tamu lalu menonton kartun kegemarannya iaitu Magic Kaito.

Selesai kerja, Rifqi pulang ke rumahnya lalu membawa Rafika menuju ke rumah Dato Ammar.

Rafika menolong Puan Saidatul memasak di dapur.
“Sayang, semua yang sayang masak ni, semuanya makanan kegemaran abang tau.” Rifqi melihat lauk-pauk yang ada di atas meja ruang makan.
Rafika hanya tersenyum sambil tangannya mengaut nasi untuk Rifqi serta ahli keluarganya yang lain. “Tak sangka pulak laki aku ni suka makan makanan kegemaran aku jugak.”
Selesai makan, Rafika dan Rifqi menuju ke bilik mereka melihat cerita kartun kegemaran mereka iaitu Love Story. Mereka gemar dengan cerita-cerita seperti itu.
“Awak, saya minta satu permintaan boleh?” Tanya Rifqi sambil memandang wajah Rafika.
Rafika hanya mengangguk.
“Boleh tak awak panggil saya abang, saya panggil awak sayang? Kalau awak taknak, kita guna panggilan yang kita guna tak kisah depan sesiapa pun.” Serius sahaja suara Rifqi.
Mendengar kata-kata Rifqi itu membuatkan Rafika terasa gembira kerana dia mahu memanggil Rifqi dengan panggilan abang tetapi hanya tersimpan dihatinya.
“Baik abang.” Rafika berkata sedikit tersekat. 
Rifqi yang mendengar terus menampar pipinya sendiri. “Saya mimpi ke ni?”
Rafika tersenyum lebar. “Dahlah, jom tidur.” Rafika sudah berada di atas katil.
Rifqi mahu mengangkat selimut dan bantalnya tetapi dihalang oleh Rafika. “Abang, abang tidur kat sini jelah.”
Rifqi kembali mengatur bantal yang diangkatnya tadi ke tempat asal lalu baring. Rifqi membelakangi badan Rafika. Rafika memeluk Rifqi, Rifqi tersenyum bahagia. Itulah Rafika yang sebenarnya. Seorang yang amat manja.

“Abang, cepatlah. Sayang pun nak mandi ni.” Rafika menunggu Rifqi di atas katil.
“Kejap. Sayang makanlah dulu. Sarapan kan dah siap.” Rifqi masih berada di dalam bilik air.
“Taknak, sayang nak makan dengan abang.” Rafika masih berada di atas katil.
Rifqi keluar dari bilik air lalu Rafika masuk. Terdengar suara Rafiqa yang merdu menyanyi di dalam bilik air iaitu lagu Aku Suka Dia nyanyian Ainan Tasneem.
Rifqi mengunci pintu bilik air dari luar lalu tersenyum gembira. Rafika yang baru selesai mandi mahu keluar dari tandas. Berkali-kali dia memulas tombol pintu tetapi tidak dapat.
“Abang!! Tolonglah buka!!” Rafika menjerit di dalam bilik air.
“Taknak.” Sengaja Rifqi menyakat isterinya.
“Abang, bukalah!!” Lagi sekali Rafika menjerit.
“Kalau abang buka, sayang mesti buat apa yang abang suruh.” Rifqi sudah mempunyai rancangan.
“Ye tapi abang bukalah pintu dulu.” Rafika bersetuju. Rifqi sudah membuka pintu.
Mereka duduk di sofa bilik lalu Rifqi bertanya. “Apa perasaan sayang dengan abang?” Senyuman nakal seperti kanak-kanak sudah terserlah di bibir Rifqi.
“Suka.” Rafika berkata sepatah sahaja.
“Suka apa? Suka makan ayam goreng ke?” Tangan Rifqi sudah berada di atas tangan Rafika.
“Saya suka awak.” Rafika menjawab tergagap-gagap sambil kepalanya menunduk.
“Apa? Tak dengarlah.” Rifqi membuat-buat tidak dengar.
“Nurul Rafika Binti Dato Ismail amat mencintai dan menyayangi Rifqi Afham Bin Dato Ammar Aniq.”  Rafika menjawab dengan lancar. Rifqi tersenyum lebar sambil memeluk Rafika.

















   

No comments:

Post a Comment